Ahmad Danniel Nekad Peluk Islam Walaupun Berdepan Pelbagai Ujian


[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM – Sejak menerima hidayah dan memeluk Islam pada 15 Jun 2016, Ahmad Danniel Al-Hafiz Aduka tidak lagi menoleh ke belakang dan kini bergerak aktif dalam aktiviti dakwah.
Pemuda berusia 28 tahun dari Sarawak itu nekad kembali kepada fitrah iaitu memeluk Islam setelah terjadi satu peristiwa yang begitu sukar untuk dilupakan dalam hidupnya.
“Perjalanan hijrah saya dihadapkan dengan begitu banyak dugaan dan pengorbanan terutama ketika mula-mula memeluk Islam, namun itu semua tidak mematahkan iman dan semangat saya,” ujarnya yang mendapat pendidikan dan bimbingan agama di Kompleks Darul Hidayah dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Wilayah.
Menurut pemuda berkelulusan daripada Universiti Malaya itu, dia amat berterima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Perkim kerana banyak mendidiknya dalam mengenal Allah dan al-Quran.
“Selain itu, saya juga mendapat bimbingan mengenal alif ba ta di Kompleks Darul Hidayah. Pada mulanya terasa amat sukar, namun saya kuatkan semangat untuk belajar kerana itulah satu-satunya jalan untuk saya mengenal ALLAH.
“Di situ juga saya mendapat tunjuk ajar dalam berpidato hingga memenangi pertandingan syarahan agama peringkat kebangsaan di Sarawak pada tahun 2017,” kata Ahmad Danniel yang berpeluang menunaikan umrah pada tahun 2019.
“Ketika mengerjakan umrah, saya berkesempatan melawat makam nabi, pergi ke muzium, memanjat Gua Hira dan sebagainya.
“Sekembalinya daripada umrah, saya menjalankan aktiviti dakwah bersama rakan-rakan dengan bimbingan Ustaz Amran Anbarasu Abdullah yang merupakan pegawai dakwah Perkim merangkap Pengerusi Pertubuhan Mualaf Malaysia,” katanya.
Bakal bergelar bapa Disember nanti hasil perkongsian hidup dengan Nur Syafiqah Liyana Sabeli, Ahmad Danniel turut berkongsi pengalaman menyambut Hari Raya Aidiladha dan menyertai aktiviti korban.
Menurutnya, kali pertama beliau mula mengenal ibadah korban secara mendalam adalah pada tahun 2018 menerusi program dianjurkan Perkim.
“Pelbagai ilmu saya peroleh, di situlah saya mula belajar cara sembelihan yang betul,” katanya
The post Ahmad Danniel nekad peluk Islam walaupun berdepan pelbagai ujian appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/30/ahmad-danniel-nekad-peluk-islam-walaupun-berdepan-pelbagai-ujian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Kembar Terasa Hilang Beban Selepas Peluk Islam

Pasangan Kembar Terasa Hilang Beban Selepas Peluk Islam

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 275 hits
Jarang sekali mendengar kisah adik beradik yang mengambil keputusan memeluk Islam tetapi tidak bagi pasangan kembar perempuan ini apabila memilih untuk bergelar saudara baru Kisah mereka dikongsi penceramah bebas Firdaus Wong Wai Hung yang ...
Kami Berg4duh Izzue Islam

Kami Berg4duh Izzue Islam

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 229 hits
Penyanyi dan pelakon Izzue Islam ada melayangkan dedikasi terindah buat permaisuri hatinya Nurinafilah Waharudin bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh bulan lalu Lebih 11 tahun saling mengenali bintang asal Kelantan ...
Besok Umat Islam Diminta Cek Ulang Arah Kiblat Ada Apa

Besok Umat Islam Diminta Cek Ulang Arah Kiblat Ada Apa

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 208 hits
Besok Umat Islam Diminta Cek Ulang Arah Kiblat Hal ini karena Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika mengatakan matahari akan berada tepat di atas Ka bah pada Rabu 15 Juli besok Fenomena tersebut terjadi karena pada tanggal tertentu da...
Lelaki Dipenjara 26 Bulan Kerana Hina Islam Nabi Muhammad

Lelaki Dipenjara 26 Bulan Kerana Hina Islam Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR b Seorang lelaki dipenjara 26 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad agama Islam dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi laman sosial Faceb...
5 Pasaraya Malaysia Dimiliki Orang Islam Yg Ramai Tak Tahu

5 Pasaraya Malaysia Dimiliki Orang Islam Yg Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 167 hits
Video Oleh TOP 5 MALAYSIA Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke oo000oo MINDARAKYAT 1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa apa bahan di dalam laman ini...
Telemovie Aku Ocd Lakonan Naim Daniel Izzue Islam Camelia Natasya

Telemovie Aku Ocd Lakonan Naim Daniel Izzue Islam Camelia Natasya

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 1374 hits
Akan Datang 1 Ogos ini 9 mlm di Astro Citra Exclusive naimdanielx izzueislam adibahnoormohdomar camelianatasya arahan zaccazharizain SINOPSIS TELMOVIE AKU OCDMengisahkan tentang Seorang pelajar OCD di tahun akhir pengajian yang ingin grad o...
Wanita Pertama Memeluk Islam

Wanita Pertama Memeluk Islam

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 658 hits
Siapakah wanita pertama yang memeluk agama Islam Allah menjelaskan dalam Al Quran bahawa kedudukan wanita dalam Islam adalah sama dengan lelaki Banyak perkara telah diperbetulkan oleh Islam terhadap akhlak dan pandangan Jahiliyah terhadap w...
Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1 9 bilion dan tidak dikuasai orang bukan Islam kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Pasangan Kekasih Berdepan Hukuman Mati Cuba Seludup Dadah Guna Kurier Ke Singapura

Pasangan Kekasih Berdepan Hukuman Mati Cuba Seludup Dadah Guna Kurier Ke Singapura

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 249 hits
Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistreet Kulai Johor atas pertuduhan cuba menyeludup 516 gram dadah jenis Methamphetamine ke Singapura di Senai 11 Mei lalu Tertuduh Kok Choon King 26 tahun dan Hue Sie Jia 31 tahun dituduh mengikut...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67