Lelaki Dipenjara 26 Bulan Kerana Hina Islam Nabi Muhammad


Bernama
KUALA LUMPUR b- Seorang lelaki dipenjara 26 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad, agama Islam dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi laman sosial Facebook tahun lepas.
Hakim M. M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan penjara untuk pertuduhan kedua ke atas Danny Antoni, 29, serta memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 6 Mac 2019.
Dalam penghakimannya, Edwin berkata, jenayah menghina agama seseorang dilakukan bukan sahaja terhadap individu yang disasarkan tetapi juga ke atas nilai dan fungsi yang diwakili agama tersebut.
“Persoalan dalam setiap kes ialah sama ada perkataan yang digunakan adalah dalam bentuk yang boleh menimbulkan kejahatan substantif, yang mana badan perundangan telah menggubal undang-undang untuk mencegahnya.
“Walaupun kebebasan bersuara membenarkan kebebasan mengkritik, hak ini tidak membenarkan individu untuk menghina. Undang-undang melindungi kebebasan beragama menerusi penggubalan atau pengukuhan kerangka kerja  nasional dan perundangan bagi mencegah cercaan terhadap agama dan melabel kumpulan-kumpulan agama dengan stereotaip negatif,” katanya.
Edwin menambah, agama merupakan sesuatu yang peribadi serta mempunyai tempat yang istimewa bagi penganutnya, dan tidak dapat dinafikan dalam kes itu bahawa hantaran tidak sesuai, tidak bertanggungjawab serta bersifat provokatif  berdasarkan kaum dan agama yang dibuat tertuduh telah melanggar parameter kebebasan bersuara yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Apatah lagi hantaran itu boleh membakar sentimen terhadap agama Islam, katanya.
“Apabila dilihat secara objektif, seseorang itu dapat merumuskan kata-kata atau hantaran sedemikian bukanlah sebahagian daripada penjelasan mana-mana idea dan mempunyai nilai sosial yang sangat rendah. Apa juga manfaat daripada paparan itu tidak sebesar kepentingan, ketenteraman dan keamanan masyarakat. Kata-kata yang dikeluarkan itu menyebabkan kerosakan dan boleh menggugat keamanan,” katanya.
Danny dituduh menggunakan akaun Facebook atas nama Danny A’antonio Jr untuk memuat naik hantaran menghina Nabi Muhammad dan Islam yang boleh menggugat keharmonian di antara umat Islam dan bukan Islam pada 1.21 pagi, 9 Januari 2019 mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun.
Dia juga dituduh melakukan kesalahan sama terhadap Abdul Hadi di tempat, tarikh dan masa yang sama menurut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) yang memperuntukkan denda maksimum sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
Kedua-dua hantaran tersebut dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ di sini pada 10 pagi 4 Mac 2019.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin sementara tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/lelaki-dipenjara-26-bulan-kerana-hina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulangi Kesalahan Hina Agong Pekerja Kilang Hanya Tersenyum Dipenjara 10 Bulan

Ulangi Kesalahan Hina Agong Pekerja Kilang Hanya Tersenyum Dipenjara 10 Bulan

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 308 hits
26 total views 26 views today KUALA LUMPUR 6 Julai Akibat tidak serik mencetuskan kontroversi dan kemarahan masyarakat di negara ini dengan menghina Yang di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menerusi laman sosial Instagram seorang pek...
P Bagaan Persekutuan Membenarkan Pelaksanaan Islam Dr Muhammad Fathi Yusof

P Bagaan Persekutuan Membenarkan Pelaksanaan Islam Dr Muhammad Fathi Yusof

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 205 hits
Islam terhalang kerana tiada kemahuan politik KUALA LUMPUR Perlembagaan Persekutuan membenarkan pelaksanaan Islam namun ia terhalang selama ini kerana tidak adanya kemahuan politik kata Penganalisis Politik Dr Muhammad Fathi Yusof Pelaksana...
7 Sunnah Nabi Muhammad Saw Yang Hebat Mudah Diamalkan

7 Sunnah Nabi Muhammad Saw Yang Hebat Mudah Diamalkan

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 543 hits
Dalam hidup kita setiap hari pasti kadangkala kita membuat banyak kesilapan yang melampau berfikiran negatif dari segi perbuatan percakapan yang tidak sepatutnya sehingga membuatkan diri kita sentiasa jauh dengan Allah SWT
Wanita Pelempar Al Qur An Minta Maaf Saya Tak Niat Hina Umat Islam

Wanita Pelempar Al Qur An Minta Maaf Saya Tak Niat Hina Umat Islam

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 416 hits
Ince Ni matullah wanita di Kota makassar yang viral karena melempar Al Qur an dan hendak merobeknya mengaku khilaf atas perbuatannya Ince meminta maaf dan mengatakan dirinya tak bermaksud menghina umat Islam Saya mohon maaf saya khilaf Saya...
Abi Talib Bapa Saudara Nabi S A W Tidak Melawan Kebenaran Islam Dan Tidak Melawan Kebatilan Quraish

Abi Talib Bapa Saudara Nabi S A W Tidak Melawan Kebenaran Islam Dan Tidak Melawan Kebatilan Quraish

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 822 hits
SARIDAH SH ABDULLAHKenapa apabila kita sebagai rakyat apabila menegur org politik dicop berpolitik Ditegur pula kita agar jaga diri dan famili seolah kita sedang mengumpat mereka yang sedang tadbir negara sekaligus terkait dengan kehidupan ...
Kagumi Nabi Muhammad Jadi Penyebab Chicharito Berdoa Seperti Seorang Muslim

Kagumi Nabi Muhammad Jadi Penyebab Chicharito Berdoa Seperti Seorang Muslim

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 282 hits
Dalam dunia sepakbola selebrasi adalah salah satu hal menarik untuk disaksikan ketika seorang pemain berhasil membobol gawang lawan Berbagai macam selebrasi pun telah tercipta dan tak jarang pesepakbola justru memilih untuk memanjatkan doa ...
Beragama Katolik Chicharito Anggap Nabi Muhammad Sebagai Manusia Terbaik

Beragama Katolik Chicharito Anggap Nabi Muhammad Sebagai Manusia Terbaik

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 268 hits
Eks striker Manchester United Javier Hernandez alias Chicharito ternyata seorang pengagum Nabi Muhammad SAW Hal ini dirinya sampaikan dalam wawancaranya bersama CNN News beberapa waktu lalu Kekaguman pemain asal Meksiko ini terbilang cukup ...
Guna Jawi Untuk Tipu Melayu Islam

Guna Jawi Untuk Tipu Melayu Islam

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 1336 hits
Kicap jenama Iqbal cina punya Guna nama Islam dan tulisan jawi nak tipu umat Islam Sampai masa kerajaan haramkan penggunaan jawi pada produk bukan Islam MR Haramkn tulisan jawi pd brg2 keluaran bukan muslim Untuk dapatkan berita daripada ka...
Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

Tabung Haji Tidak Dikuasai Bukan Islam Muhyiddin Siapa Kata Saya Lelong Aset Th Mujahid

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1 9 bilion dan tidak dikuasai orang bukan Islam kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah