Wanita Pertama Memeluk Islam
Siapakah wanita pertama yang memeluk agama Islam? Allah menjelaskan dalam Al-Quran bahawa kedudukan wanita dalam Islam adalah sama dengan lelaki. Banyak perkara telah diperbetulkan oleh Islam terhadap akhlak dan pandangan Jahiliyah terhadap wanita. Jadi siapakah wanita yang pertama memeluk islam, jom kita kenali mereka ini.
Wanita Pertama Memeluk Islam.
Khadijah RA adalah orang yang pertama kali memeluk islam setelah mendengar kabar kenabian Nabi Muhammad SAW. Khadijah RA percaya terhadap apa yang dikatakan dari suaminya Nabi Muhammad SAW dan Khadijah meyokongnya, dan berusaha meringankan beban yang dirasakan Nabi Muhammad SAW. Tidak heran lah jika Khadijah RA (Radhiyallahu Anha) menjadi orang pertama yang beriman kepada risalah Nabi Muhammad, sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Ishaq dan al Waqidi.
" Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mendengar sesuatu yang menyakitkan dari Khadijah. tidak pernah membantah dan juga tidak pernah mendustakan. Kegelisahan dan penderitaan yang dirasakan Rasulullah SAW , telah dihapus oleh Allah Azza wa Jalla, atau berkurang dengan perantaraan Khadijah Radhiyallahu anha . Sungguh, beliau seorang isteri yang sangat berjasa. Wajarlah jika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sangat mencintainya." Hingga diceritakan bahwa, Aisyah Radhiyallahu anhuma tidak pernah merasa cemburu kecuali kepada Khadijah Radhiyallahu anha, karena Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sering menyebutnya, meskipun beliau Radhiyallahu anha sudah wafat.
Anak Pertama Memeluk Islam
Ali bin Abu Talib RA adalah anak pertama yang memeluk agama Islam. Dikatakan bahawa Ali melihat Nabi Muhammad dan Khadija berdoa, lalu Ali bertanya apa yang mereka lakukan. Ketika Nabi memberitahunya tentang wahyu yang diterimanya, Ali memintanya untuk membiarkannya memikirkannya. Dia menghabiskan malamnya dengan berfikir, dan keesokan harinya dia kembali menemui Nabi Muhammad dan memeluk Islam.
Lelaki Pertama Memeluk Islam
Abdullah bin Uthman atau Abu Bakar Ash Shiddiq berasal dari Bani Taim bin Murrah. Seorang lelaki dewasa yang pertama memeluk Islam, serta menjadi penyokong pertama Nabi. Abu Bakar adalah seorang yang sering menolong Nabi Muhammad dengan harta dan jiwanya.
Abu Bakar memiliki perana penting dalam menyampaikan pesanan nabi. Beliau juga berjaya membawa masuk empat orang yang kemudian menjadi sahabat utama Nabi Muhammad SAW. Mereka adalah Sa'd bin Abi Waqqas, Utsman bin Affan, Al-Zubayr ibn al-Awam, dan Abdur Rahman bin Awf.
Budak Pertama Memeluk Islam
Budak pertama yang memeluk agama Islam adalah Zaid bin Harithah al-Ka’bi. Terdapat kisah menarik mengenai Zaid, semasa kecil, Zaid telah diculik sekumpulan penyamun dalam perjalanan pulang ke penempatan kabilahnya. Beliau kemudian dijual di pasar Ukaz sebagai hamba lalu dibeli oleh pembesar Quraisy Hakim bin Hizam bin Khuwailid. Hakim kemudian menghadiahkan Zaid kepada ibu saudaranya Khadijah binti Khuwailid.
Tidak lama selepas itu, Khadijah berkahwin dengan Nabi Muhammad SAW. Zaid kemudian dibesarkan oleh kedua mereka. Beliau dijaga dengan baik laksana sebahagian dari keluarga itu sendiri. Waktu itu baginda SAW belum lagi diangkat sebagai Nabi.
Pada waktu yang sama, keluarga Zaid begitu merinduinya dan sentiasa memikirkan nasibnya. Mereka tidak tahu bagaimana keadaan semasa Zaid. Di manakah beliau sekarang. Apakah masih hidup atau telah mati. Bapanya Harithah sentiasa mencari dan bertanya orang kalau-kalu bertemu dengan anaknya.
Akhirnya pada satu musim haji, kaum kerabat mereka telah bertemu dengan Zaid lalu dikhabarkan kepada bapanya.
Sebaik menerim berita, Harithah terus ke Mekah menemui Rasulullah SAW untuk meminta kembali anaknya dengan apa jua bayaran yang diminta. Nabi SAW sebaliknya menawarkan:“Apa kata kita biarkan Zaid buat keputusan sendiri. Sekiranya dia memilih untuk kembali ke pangkuan keluarga, maka ambillah tanpa sebarang bayaran. Tapi jika dia memilih bersamaku, maka itu atas kehendaknya.”
Harithah bersetuju. Lalu baginda memanggil Zaid dan bertanya berkenaan itu. Zaid tanpa sebarang ragu terus menjawab:“Aku mahu terus tinggal bersama kamu.”
Harithah yang begitu terkejut dengan jawapan Zaid terus berkata:“Celaka! Kamu pilih menjadi hamba daripada pangkuan ibu dan bapamu?”
Zaid menjawab:“Aku dapat rasakan lelaki ini bukan seperti lelaki biasa. Aku tak mahu berpisah sekali-kali dengannya.”
Baginda SAW yang sangat gembira dengan reaksi Zaid itu lantas menggenggam tangan beliau dan memimpinnya menuju Masjidil Haram. Beliau berdiri di Hijr Ismail lalu berkata:“Wahai sekalian Quraisy! Saksikanlah pada hari ini bahawa ini adalah anakku. Dia mewarisiku dan aku mewarisinya.”
Pilihan yang dibuat oleh Zaid itu berdasarkan pengalaman hidup bersama baginda SAW. Beliau tidak pernah tahu pun bahawa lelaki yang didampingi itu adalah sebaik-baik makhluk tuhan. Beliau tidak pernah terlintas bahawa Muhammad bakal ditabalkan sebagai Rasul Allah dan pemimpin sekalian Anbiya’. Beliau juga tidak pernah membayangkan Muhammad bakal membawa ajaran yang akan memimpin dunia, dan dirinya menjadi batu bata awal bagi sebuah pemerintahan agung nanti.
Sejak hari itu, Budak bertuah itu dipanggil sebagai Zaid bin Muhammad. Hanya beberapa tahun selepas peristiwa terbabit, baginda menerima wahyu pertama sebagai utusan tuhan. Dan Zaid antara yang terawal menerima agama suci ini.
Zaid terus digelar sebagai anak Muhammad sehingga turun wahyu dari ayat 5 surah al-Ahzab yang membatalkan adat pewarisan kepada anak angkat dan penisbahan nama kepada ayah angkat. Lalu bertukarlah kembali namanya kepada Zaid bin Harithah.-sumber
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ohzarina.com/2020/07/wanita-pertama-memeluk-islam.html