Ahli Warisan Sendiri Tolak Karim Bujang Sebagai Calon Warisan Untuk Prk Kimanis
Terima Kasih Piee Bedal Duit Pilih Karim Bujang Sebagai Calon Warisan
Bahang PRK Kimanis makin hangat.
Sebaik selesai proses penamaan calon, dengan rasminya PRK Kimanis menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara wakil dari UMNO Sabah, Mohamad Alamin dan wakil Warisan, Karim Bujang.
Wakil UMNO Sabah, Mohamad Alamin memang sudah dikenali oleh penduduk tempatan kerana beliau merupaka bekas ADUN Bongawan dari 2013 hingga 2018.
Beliau juga adalah adalah mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Kimanis dari 2013 hingga 2018 dan kini beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Kimanis.
Warisan pula meletakkan harapan kepada Karim Bujang sebagai calon PRK Kimanis kali ini.
Karim Bujang juga bukan asing bagi pengundi Kimanis.
Mungkin di Semenanjung Karim Bujang kurang dikenali kerana penglibatan beliau dalam politik peringkat nasional agak kurang tapi di peringkat tempatan beliau juga 'agak dikenali'!!!
Jom kita baca surat terbuka dari salah seorang bekas ahli Warisan yang menamakan diri beliau sebagai Ramli.
Kenapa Karim Bujang Tidak Layak Menjadi Ahli Parlimen Kimanis
Saya telah mengikuti jentera Karim Bujang sejak tahun 1990 iaitu ketika Pilihan Raya Umum Ke-8 sejurus selepas menamatkan Pengajian Ijazah Sarjana Muda di UKM.
Ketika itu, saya membantu Karim Bujang sebagai perantara di dalam menjalinkan hubungan baik antara Karim Bujang dengan masyarakat Brunei, Kadazan Dusun dan Bajau untuk memastikan kemenangan beliau di Bongawan.
Walaubagaimanapun, saya telah tersilap langkah kerana mengikuti percaturan Karim Bujang yang menyertai Parti Warisan Sabah bagi menentang Anifah Aman.
Saya akui, perjuangan barisan ahli politik Parti Warisan Sabah adalah bertunaskan dendam dan harta benda semata-mata.
Segalanya bermula apabila berlakunya konflik politik di Sabah pada tahun 2008 dan 2013 yang menyaksikan barisan-barisan adun dan ahli parlimen di Sabah yang terlibat di dalam skandal rasuah dan penyelewengan wang diketepikan oleh Musa Aman daripada bertanding di dalam Pilihanraya Umum (BACA DI SINI).
Senarai nama yang diketepikan tersebut termasuklah Karim Bujang yang merupakan ketua kami.
Konflik menjadi semakin meruncing apabila terbongkarnya skandal Jabatan Air dan KKLW yang melibatkan Shafie Apdal, Hamid Apdal, Peter Anthony, Aziz Jamman, Manzur Hussien dan Amarjit Singh terbongkar.
Ianya berakhir dengan penubuhan Parti Warisan Sabah yang dianggotai oleh barisan-barisan ahli UMNO yang telah pecah tembelangnya.
Ketika itu, saya hanya mendiamkan diri dan mengikut percaturan Karim Bujang memandangkan Anifah Aman tidak pernah membantu di dalam memberikan surat sokongan untuk kami mendapatkan projek membaiki jalanraya di Kimanis sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 2010, 2013, 2014 dan 2017.
Saya hanya bergantung pendapatan dengan kerja sampingan bantuan Karim Bujang dan Hadi Bazli sepanjang tempoh itu.
Walaubagaimanapun, sejak terbongkarnya pengakuan Aziz Jamman mengenai Projek IC moden melalui PSS, saya merasa sudah menjadi tanggungjawab saya selaku rakyat Sabah untuk bangkit mendedahkan segalanya tanpa mengambilkira nasib dan sumber pendapatan saya kelak.
Saya menyedari bahawa tindakan saya ini jelas telah terpesong dan salah dari sudut agama dan bangsa.
Saya tidak mahu lagi mengkhinati rakyat Sabah khususnya orang-orang Kimanis.
Saya perlu mengambilkira akan masa depan anak muda Kimanis berbanding duit poket saya sendiri.
Saya senaraikan beberapa sebab mengapa Karim Bujang perlu ditolak di Kimanis :
》 Selama beliau menjadi wakil rakyat, tiada pembangunan yang dikecapi di Bongawan.
Beliau lebih cenderung untuk mengumpul kekayaan melalui komisyen projek semata-mata.
》Karim Bujang ditolak oleh orang-orang kampungnya kerana sifatnya yang suka menabur janji tetapi tidak pernah ditunaikan.
Pernah suatu ketika dahulu, kami dijanjikan dengan bantuan membaik pulih rumah di kampung-kampung tetapi bertahun-tahun berlalu hanya tinggal janji.
Bantuan tersebut hanya diterima pada tahun 2014 ketika Bongawan diterajui oleh Mohamad Alamin.
》Karim Bujang bertanding di Kimanis atas tujuan dendam dan projek semata-mata terutamanya dengan harapan Projek Pemindahan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabah di Kimanis diluluskan yang melibatkan sejumlah komisyen yang besar sekiranya beliau membantu kontraktor-kontraktor Cina mendapatkannya.
》Karim Bujang jarang melawat rakyat bagi menghulurkan bantuan selepas memperoleh undi.
Pernah suatu ketika di tahun 90-an, seorang warga tua yang meminta sedekah di Bongawan diludah oleh beliau kerana menumpahkan air di bajunya.
》Karim Bujang digugurkan oleh Musa Aman sebagai calon Pilihanraya disebabkan skandal rasuah.
Beliau mampu membina rumah bernilai RM8 juta di Putatan dan Resort di Binsuluk ketika menjawat jawatan Pembantu Menteri Pelancongan Sabah.
Maka, saya selaku anak jati Kimanis menyeru masyarakat Kimanis menolak Karim Bujang dan Parti Warisan Sabah dalam PRK Kimanis demi masa depan anak cucu kita.
Kita tolak calon penipu dan jahanam.
Ramli : 29 Disember 2019
Bekas Ahli Warisan Kimanis
Surat ini bukannya datang dari cytro UMNO atau PAS tetapi datangnya dari seorang bekas ahli Warisan Sabah.
Video klip di atas bukannya dirakam di Semenanjung tetapi dirakam di Kimanis.
Pakatan Harapan dan Warisan selaku kerajaan pusat dan negeri boleh berikan apa juga alasan atas pendedahan yang dibuat tetapi rakyat Kimanis jangan lagi tertipu dengan berbagai-bagai janji manis mereka.
Sabah for Sabahan kata Shafie Afdal tapi rasanya Zahida Rafik tu bukan orang Sabah, betulkah bah!!!
Nak tahu berapa banyak Shafie Apdal laburkan untuk Zahida Rafik (BACA DI SINI BAH).
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2020/01/ahli-warisan-sendiri-tolak-karim-bujang.html