Petanda Parti Warisan Sabah Bakal Menang Prk Kimanis


Petanda Parti Warisan Sabah Bakal Menang PRK Kimanis | Parti Warisan Sabah dilihat mempunyai kelebihan berbanding BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, yang hanya berbaki enam hari sebelum menjelang tarikh pengundian pada 18 Jan

Warisan, yang mengemudi kerajaan Sabah, mempunyai sumber dan jentera kerajaan negeri serta sokongan padu daripada kerajaan persekutuan. 
Mereka telah berkempen berhempas pulas di kawasan luar bandar itu, yang memiliki seramai 29,644 pengundi dan terletak kira-kira 55 kilometer dari Kota Kinabalu

Presiden Warisan yang juga ketua menteri Sabah, Shafie Afdal turun berkempen di kubu kuat BN, yang sebelum ini diwakili Anifah Aman hampir setiap hari

Shafie tanpa mengira penat lelah, berceramah dalam majlis-majlis sambutan perayaan untuk menyampaikan mesej mengenai pembangunan dan agenda kerajaan negeri

Beliau juga menyeru rakyat Sabah menolak Umno dan BN yang berasaskan semenanjung, yang sebelum ini didakwa gagal membawa pembangunan ke negeri itu

Shafie (gambar) dan calon Warisan, Karim Bujang menghabiskan banyak masa berkempen di Kampung Kadazandusun Murut (KDM) bagi memberi penerangan berhubung isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang didakwa BN memberi ruang kepada pendatang asing mendapat kerakyatan

Petanda Parti Warisan Sabah Bakal Menang PRK Kimanis
Jentera Warisan juga menyasarkan Batu Enam yang merupakan kampung kelahiran dan pusat daerah mengundi (PDM) bagi calon BN, Mohamad Alamin

Sebaliknya, BN cuma dilihat memainkan isu PSS yang didakwa akan memberi laluan mudah bagi pendatang meraih kewarganegaraan walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan bahawa isu itu merupakan salah faham

Namun, ramai pengundi di Kimanis masih ragu-ragu berkenaan perlaksanaan PSS ekoran perkembangannya

BN juga berjanji melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebaik sahaja kembali menawan Putrajaya walaupun pada April lalu anggota parlimennya menetang undi untuk meminda Artikel 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan memulihkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama di peringkat persekutuan

BN bekerjasama dengan bekas anggota parlimen Kimanis, Anifah Aman iaitu abang kepada Musa Aman dan parti pembangkang tempatan, iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP)

Meskipun BN menang dengan majoriti besar semasa PRK Tanjung Piai pada November tahun lalu, ia dilihat kerana faktor Muafakat Nasional yang dibawa Umno-PAS. Namun, di Kimanis, PAS tidak dilihat sebagai parti yang popular atau berpengaruh di Sabah atau Sarawak

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang muncul tiga hari sebelum hari penamaan calon

Namun himpunan yang dinamakan "Himpunan Muafakat Rakyat Sabah" anjuran BN pada 15 Jan itu, gagal mempamerkan kekuatan kepimpinan PAS

Penganalisis percaya Warisan mempunyai kelebihan
Penyelidik bebas, Jeniri Amir berkata sukar bagi BN memenangi PRK Kimanis memandangkan Warisan mempunyai jentera, wang dan media

“PRK di Kimanis dan Tanjung Piai adalah dua situasi berbeza. Sentimen di Tanjung Piai tidak menentu tetapi rakyat Kimanis umumnya gembira dengan Warisan,” katanya

Selain itu, Perunding Sabah berkenaan hal ehwal kerajaan dan risiko politik, Noel Meldan berkata Kimanis adalah kempen peribadi yang memaparkan personaliti tempatan terkena, khususnya Karim dari Warisan

Beliau berkata ini tidak seperti PRK Tanjung Piai di mana Pakatan Harapan bergantung kepada personaliti politik seperti Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan menteri persekutuan seperti Yeo Bee Yin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

"Ia merupakan pertandingan pemimpin tempatan dan personaliti di Kimanis," katanya sambil menambah Shafie tidak sepatutnya membayangi calon Warisan

Beliau juga percaya Karim yang berumur 67 tahun mempunyai kelebihan berbanding Mohamad, yang 19 tahun lebih muda

“Karim, walaupun kesetiaannya dalam BN dan menyokong Musa, digugurkan setelah berkhidmat kepada masyarakat selama lima penggal

Petanda Parti Warisan Sabah Bakal Menang PRK Kimanis
"Pengundi akan mempertimbangkan rekodnya dan bagaimana dia harus memberi laluan kepada seseorang yang masih muda. Saya rasa sentimen sedemikian akan dimainkan para pengundi juga," katanya menambah pengalaman dan keperibadian Karim memberikannya kelebihan dalam PRK Kimanis itu

Penganalisis politik bebas Esther Sinirisan Chong yang berasal dari Sabah menegaskan Umno perlu memainkan peranan seimbang kerana Muafakat Nasional dengan PAS tidak akan diterima secara meluas oleh orang bukan Islam di Sabah

“KDM yang memeluk Islam berfikiran terbuka, dan tidak boleh menerima konservatif kerana mereka rasa mereka tidak boleh mengambil tapai atau wain beras (dengan PAS),"katanya

Bagaimanapun, tambahnya, kerjasama BN bersama parti pembangkang berasaskan KDM seperti PBS dan Star akan mendapat sokongan pengundi dalam kalangan KDM

Sementara kedua-dua calon berkempen dari rumah ke rumah dan melakukan tinjauan mesra (walk about) untuk meraih sokongan, BN hanya bergantung kepada ceramah kelompok di kawasan kampung dan pemimpin politik tertinggi mereka termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan

Ia juga tidak memberi sebarang kesan kepada kedua-dua parti kerana program sedemikian hanya dihadiri penyokong parti mereka

Kimanis merupakan kawasan pertanian dan memiliki 29,644 pengundi berdaftar, di mana 63.16 peratus adalah Bumiputera Islam, 30.67 peratus Bumiputera bukan Islam, 3.59 peratus Cina dan 2.58 peratus lain-lain kaum

Walaupun Sabah mempunyai kira-kira 42 kumpulan etnik yang terdiri lebih daripada 200 kumpulan sub-etnik, pengundi Bumiputera terutamanya dikelaskan sebagai Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam

Seorang petugas parti memberitahu Malaysiakini bahawa Warisan percaya mendapat anggaran 55 peratus sokongan di Kimanis. Bagaimanapun, sumber itu bimbang bahawa BN akan dapat memancing undi dengan isu PSS

Sebaliknya, petugas Umno percaya tidak mustahil BN mendapat kemenangan dengan majoriti 2,000 undi

Pada pilihan raya umum 2018, BN memperoleh lebih kurang 53 peratus undi Bumiputera Islam dan 38 peratus undi Bumiputera bukan Islam

Isu kos sara hidup
Penganalisis sosiopolitik Universiti Malaya, Awang Azman Awang Pawi berkata keadaan kini berubah sedikit selepas hampir dua tahun Shafie mengetuai kerajaan negeri Sabah

Beliau berkata faktor ekonomi, termasuk kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi akan memberi kesan kepada corak pengundian Kimanis

"Ekonomi tidak berkembang. Orang ramai di bawah mengadu bahawa gaji mereka tidak berubah sementara mereka perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk barangan," kata profesor Jabatan Sosio Budaya, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya itu

Petanda Parti Warisan Sabah Bakal Menang PRK Kimanis
Beliau menambah Warisan perlu memastikan perpaduan dalaman dan  mengawasi hubungannya dengan Bersatu, rakannya dalam Pakatan Harapan. 
Bersatu menarik sejumlah penyertaan daripada anggota Parlimen Umno Sabah apabila ia melebarkan sayapnya ke negeri itu

Awang Azman menegaskan terdapat kemungkinan berlaku sabotaj atau jentera di lapangan yang tidak berusaha keras untuk memenangi kerusi itu

Jeniri dan Meldan, bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat berkenaan dengan mengatakan kekalahan Warisan akan turut menjejaskan kewibawaan PH

"Ia juga penting kepada Bersatu memastikan Warisan memenangi undi," kata Meldan, sambil menambah Pakatan Harapan memerlukan kemenangan selepas kekalahannya dalam beberapa PRK pada 2019, terutamanya di Tanjung Piai di mana BN menang dengan majoriti 15,087 undi

Jeniri berkata 'politiking' antara Warisan dan Bersatu akan ditangguhkan sehingga PRU akan datang





Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/01/petanda-parti-warisan-sabah-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pas Sementara Sabah Akan Kuburkan Bukan Saja Calon Warisan Dalam Prk Kimanis Malah Parti Warisan Akan Terkubur

Isu Pas Sementara Sabah Akan Kuburkan Bukan Saja Calon Warisan Dalam Prk Kimanis Malah Parti Warisan Akan Terkubur

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 690 hits
Isu Pas Sementara Sabah yang kerajaan Pakatan Harapan jadikan sebagai dasar kononnya untuk membantu Pendatang Asing Tanpa Izin menjadi duri dalam daging bukan saja di PRK Kimanis malah bakal meruntuhkan kerajaan Warisan di Sabah Rakyat Saba...
Prk Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang

Prk Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 459 hits
PRK Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang Ketua Bahagian Kimanis Parti Warisan Sabah Karim Bujang diumumkan sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal membuat pengumuma...
Ph Saman Dan Menang Kes Dengan Kerajaan Ph Jadilah Prk Kimanis

Ph Saman Dan Menang Kes Dengan Kerajaan Ph Jadilah Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 288 hits
KITA perlu ingat bahawa PRK Kimanis ini hanya berlaku kerana PH telah saman dan menang kes dengan kerajaan PH Ini ialah setelah PH gagal membuktikan bahawa Ahli Parlimen BN rasuah pengundi sehingga PH diperintah oleh Mahkamah untuk membayar...
Kalau Warisan Parti Sabah Menteri Kabinetnya Kena Tarik Diri

Kalau Warisan Parti Sabah Menteri Kabinetnya Kena Tarik Diri

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 178 hits
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa berkempen sempena PRK Parlimen Kimanis semalam KUALA LUMPUR Kalau Warisan parti Sabah pemimpinnya kena keluar dari jemaah menteri pusat Itu tegas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin...
Prk Kimanis Pertandingan Satu Lawan Satu Antara Bn Warisan

Prk Kimanis Pertandingan Satu Lawan Satu Antara Bn Warisan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 368 hits
Diterbitkan Hari ini 9 54 pagiBERITAPRK KIMANIS Pilihan Raya Kecil Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan Karim Bujang dan calon BN Mohamad Alamin Ini selepas tiada calon bebas hadir di pusat penamaan calon di...
Prk Kimanis Wariasan Jangan Membuyok Rakyat Sabah Asyraf Wajdi

Prk Kimanis Wariasan Jangan Membuyok Rakyat Sabah Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 358 hits
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa BN tidak pernah ekstrim dalam mentadbir dan berkerajaan selama ini Jelas beliau Malaysia yang BN bina selama lebih 60 tahun tidak pernah mengizinkan rasis sepe...
Bn Menang Prk Kimanis Dengan Majoriti Lebih 2 000 Undi

Bn Menang Prk Kimanis Dengan Majoriti Lebih 2 000 Undi

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 337 hits
BN menang PRK Kimanis dengan majoriti lebih 2 000 undi Dikemas kini 49 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Jan 2020 10 12PM
Sabah Ppbm And Warisan Bury Hatchet To Ensure Kimanis Victory

Sabah Ppbm And Warisan Bury Hatchet To Ensure Kimanis Victory

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 248 hits
Hajiji Noor raising his hands with other Warisan PKR and Upko leaders at the state level Christmas and New Year celebration today KIMANIS Party leaders of Sabah PPBM and Warisan were seen together for the first time today setting aside thei...
Prk Kimanis Zuraida Janjikan 8 Balai Bomba Baru Di Sabah

Prk Kimanis Zuraida Janjikan 8 Balai Bomba Baru Di Sabah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 338 hits
KIMANIS Lapan lagi balai bomba dan penyelamat baharu akan dibina di Sabah tahun ini kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin Beliau berkata BBP baharu berkenaan akan dibina di Putatan Kudat Merotai Nabawan Lahad Datu ...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil