Prk Kimanis Peluang Seimbang Bagi Warisan Dan Bn


HASPAIZI ZAIN



ULASAN | Suhu kempen pilihan raya kecil (PRK) Kimanis semakin "panas" meskipun cuaca di sini agak sejuk ekoran hujan lebat yang melanda kawasan Kimanis pada sebelah petang dan malam sejak beberapa hari lalu.

Baki kempen yang tinggal hanya beberapa hari lagi menyaksikan jentera kempen kedua-dua parti, baik Warisan mahupun BN telah meningkatkan lagi gerak kerja bagi bertemu dan meraih sokongan seramai mungkin pengundi.

Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang tempoh kempen sehingga hari ini, politik damai Sabah tidak tergugat dengan kempen politik ala semenanjung, bahkan penyokong kedua-dua belah parti boleh duduk semeja.

BN terus memainkan isu pas sementara Sabah (PSS) sebagai senjata ampuh mereka untuk menumbangkan calon Warisan dan Warisan pula menepis serangan BN dengan menyentuh isu tempatan serta memainkan sentimen "Sabah fo Sabahan" dengan menekankan Umno, BN parti dari semenanjung.

Setakat ini sukar untuk meramalkan sokongan pengundi secara konsisten cenderung kepada parti mana baik BN mahupun Warisan, kedua-dua parti mempunyai kelebihan untuk memenangi PRK kali ini

Kehadiran orang ramai pada kempen kedua-dua parti dilihat agak seimbang dan ia tidaklah dalam skala besar seperti mana gaya politik di semenanjung.

Kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak yang terkenal dengan "Bossku" turut membantu kempen BN di sini, malah dalam satu program di Kampung Pimping, meskipun hujan lebat masyarakat setempat tidak berganjak untuk bertemu Najib.
Kempen 'Bossku' di Kimanis kelmarinMeskipun Najib berdepan pelbagai pertuduhan di mahkamah, namun ia tidak mempengaruhi masyarakat tempatan di sini, malah penulis yang turun membuat tinjauan bertemu dengan pengundi, mereka tidak pun peduli dengan apa dihadapi Najib di mahkamah.

Tidak dinafikan Najib mempunyai pengaruh, ramai pengundi Kimanis masih mengagumi Najib, malah ada yang merasakan budi bekas presiden Umno itu terlalu besar buat mereka di Sabah.

Mereka cukup terkesan dengan bantuan-bantuan yang diilhamkan kerajaan BN pimpinan Najib sebelum ini seperti Bantu Rakyat 1Malaysia (BR1M), malah mereka kurang senang dengan tindakan kerajaan hari ini memotong dan menamatkan sesetengah bantuan yang diterima sebelum ini.

Begitu juga dengan Warisan termasuk Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal juga ketika kempennya dilihat lebih banyak menekankan isu-isu tempatan, malah tidak menyentuh tentang 1MDB ataupun isu nasional membabitkan bekas perdana menteri ataupun presiden Umno kini.
Shafie Apdal bertemu pengundi PSS memang menyentuh pengundi di Kimanis, hasil tinjauan rambang yang penulis lakukan terhadap pengundi di sini, majoritinya menolak dan risau sekiranya kerajaan hari ini melaksanakan PSS.

Bukan saja masyarakat Brunei Sabah, bahkan PSS juga turut terkesan dalam kalangan pengundi Kadazan Dusun Murut (KDM) di sini.

Tinjauan penulis terhadap pengundi juga mendapati ada dalam kalangan mereka yang menyokong BN secara diam kerana risau akan nasib ahli keluarga mereka yang bekerja dengan kerajaan.

Meskipun Umno kehilangan pemimpin utama selepas pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) lalu, namun sokongan rakyat kepada BN dilihat masih ketara.

Isu-isu tempatan seperti kos sara hidup, nasib nelayan dan petani menjadi perkara pokok masyarakat di sini.
Soal isu nasional bukan perkara pokok yang mampu mempengaruhi sokongan pengundi, pun begitu ia tetap memberi kesan tetapi tidak begitu ketara.

Warisan menggunakan kelebihannya sebagai kerajaan untuk mempengaruhi pengundi memihak dan menyokong calon mereka Karim Bujang.

BN pula mendapat sedikit kelebihan apabila bekas anggota Parlimen Kimanis, Anifah Aman turun membantu kempen calon BN Mohamad Alamin.

Apa pun yang boleh penulis katakan ada dua situasi kemungkinan bakal berlaku sama ada Warisan akan dapat merampas Kimanis dengan majoriti lebih besar ataupun berdepan undi protes dari rakyat.

*  HASPAIZI ZAIN ialah anggota sidang redaksi Malaysiakini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/prk-kimanis-peluang-seimbang-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warisan Didesak Batal Pss Selepas Tewas Prk Kimanis

Warisan Didesak Batal Pss Selepas Tewas Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 364 hits
Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin beramah mesra dan mengucapkan terima kasih kepada peniaga dan penduduk pada hari pertama sebagai Ahli Parlimen Kimanis selepas menang Pilihan Raya Kecil P 176 Kimanis di Pasar Tamu Pekan Membakut K...
Prk Kimanis Ph Komited Menangkan Calon Warisan

Prk Kimanis Ph Komited Menangkan Calon Warisan

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 354 hits
Pakatan Harapan komited membantu untuk memenangkan calon Parti Warisan Sabah Datuk Karim Bujang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Presiden HARAPAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sebagai rakan kepada Warisan HARAPAN akan ...
Prk Kimanis Pertandingan Satu Lawan Satu Antara Bn Warisan

Prk Kimanis Pertandingan Satu Lawan Satu Antara Bn Warisan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 453 hits
Diterbitkan Hari ini 9 54 pagiBERITAPRK KIMANIS Pilihan Raya Kecil Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan Karim Bujang dan calon BN Mohamad Alamin Ini selepas tiada calon bebas hadir di pusat penamaan calon di...
Prk Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang

Prk Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 548 hits
PRK Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang Ketua Bahagian Kimanis Parti Warisan Sabah Karim Bujang diumumkan sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal membuat pengumuma...
Prk Kimanis Penyokong Bersatu Diarah Undi Calon Warisan

Prk Kimanis Penyokong Bersatu Diarah Undi Calon Warisan

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 436 hits
Penyokong dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia perlu memberi sokongan padu kepada Datuk Karim Bujang yang diketengahkan sebagai calon Parti Warisan Sabah pada Pilihan Raya Kecil parlimen Kimanis Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk H...
Isu Pas Sementara Sabah Akan Kuburkan Bukan Saja Calon Warisan Dalam Prk Kimanis Malah Parti Warisan Akan Terkubur

Isu Pas Sementara Sabah Akan Kuburkan Bukan Saja Calon Warisan Dalam Prk Kimanis Malah Parti Warisan Akan Terkubur

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 780 hits
Isu Pas Sementara Sabah yang kerajaan Pakatan Harapan jadikan sebagai dasar kononnya untuk membantu Pendatang Asing Tanpa Izin menjadi duri dalam daging bukan saja di PRK Kimanis malah bakal meruntuhkan kerajaan Warisan di Sabah Rakyat Saba...
Faktor Kekalahan Warisan Di Prk Kimanis

Faktor Kekalahan Warisan Di Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 289 hits
Penganalisis politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Profesor Dr Sivamurugan Pandian menyifatkan kesukaran untuk memenangi hati pengundi atas pagar menjadi punca kepada kekalahan Pakatan Harapan di Pilihan Ray...
Ahli Warisan Sendiri Tolak Karim Bujang Sebagai Calon Warisan Untuk Prk Kimanis

Ahli Warisan Sendiri Tolak Karim Bujang Sebagai Calon Warisan Untuk Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 850 hits
Terima Kasih Piee Bedal Duit Pilih Karim Bujang Sebagai Calon WarisanBahang PRK Kimanis makin hangat Sebaik selesai proses penamaan calon dengan rasminya PRK Kimanis menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara wakil dari UMNO Sabah Mohamad Al...
Petanda Parti Warisan Sabah Bakal Menang Prk Kimanis

Petanda Parti Warisan Sabah Bakal Menang Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 558 hits
Petanda Parti Warisan Sabah Bakal Menang PRK Kimanis Parti Warisan Sabah dilihat mempunyai kelebihan berbanding BN dalam pilihan raya kecil Kimanis yang hanya berbaki enam hari sebelum menjelang tarikh pengundian pada 18 Jan Warisan yang me...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Rezeki Tahun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord