Ahli Politik Sm Zakir


1. Perkara pertama yang harus disyukurkan adalah novel ini dilahirkan dalam keadaan yang tidak berat sebelah, beza dengan kartun Zunar dan akhbar Utusan.

2. Kedua ia hadir tepat pada waktunya. Kala Malaysia di ambang pilihan raya ke 13, dan di ambang saya mula bosan dengan politik berserta ahlinya.

3. Waktu mula-mula melihat kulit depan novel ini, dengan 4 orang lelaki, seorang sedang tidur di atas kerusi, seorang wanita berdada besar memegang bunga ros (?) dan seekor lembu dengan dua tompok najis, saya berasa dan menganggapkan ia adalah sebuah novel yang akan bercerita tentang parti serta ahli-ahli politik kerajaan BN. Menghentam dan mempersendakan mereka.

4. Tapi ternyata saya silap. Bila novel ini mencelakakan PPSMI sekali dengan pengasasnya, ia juga menggambarkan kediktatoran Anwar yang bakal melebihi Mahathir jika berkuasa kelak. Bila ia memperkatakan perkara-perkara jijik yang diperlakukan oleh ahli politik, ia sebenarnya merujuk kepada semua ahli politik, tanpa membezakan parti. Kerana semua mereka adalah sama.

5. Novel ini barangkali terhasil dari sebuah perasaan mual dan loya penulisnya terhadap senario politik yang berada di sekitar. Seperti kata watak Aku di dalam novel ini, "ah, Aku mula bosan dan mual dengan politik."

6. Saya jarang membaca karya SM Zakir. Lebih sering saya membaca tulisan S Othman Kelantan. Kerana itu saya tidak tahu adakah memang begini caranya tulisan beliau atau selalunya bersopan cuma bila nak memperkatakan tentang ahli politik, perlu berkurang ajar sedikit, agaknya, entah. Ada sebuah dua antologi cerpen SM Zakir di dalam rak, tapi masih belum tersentuh. Tapi untuk buku ini, entah magnet apa yang telah menarik saya untuk lekas-lekas membacanya, pun saya tak tahu.

7. Tapi ternyata ia tidak mengecewakan, walaupun kelihatannya novel ini ditulis dan diterbitkan dengan tergesa-gesa tanpa disunting molek-molek. Ah, saya bukan ahli sunting, tak patut bercakap hal menyunting-nyunting di sini.

8. Tapi sebagai pembaca saya tetap terganggu oleh kesilapan-kesilapan kecil itu. Contoh, ms 48 baris 8, 'tadi' sepatutnya ditulis 'lagi'. ms 138 baris 21, 'kau' sepatutnya ditulis 'aku'. ms 184 baris 13, 'mansusia' sepatutnya ditulis 'manusia'. ms 230 baris 23, 'tentanya' sepatutnya ditulis 'tentunya'. ms 273 baris 21, 'latat' sepatutnya ditulis 'lalat'. Ah, kenapa pulak saya perlu beriya membetulkan kesilapan-kesilapan ini?

9. Sebagai pembaca kita akan dapat melihat bagaimana penulis membogelkan ahli politik di dalam setiap helaian muka surat novel ini. Saya juga pernah cuba untuk membogelkan mereka (ahli politik) dalam sebuah zine 'Berus Gigi Menteri' saya. Tetapi setelah mendapati ia tidak berapa sedap, saya menghentikan jualan.

10. Novel ini mengisahkan tentang watak Aku. Aku seorang penulis yang mencari makan dengan menulis, menulis bermacam-macam tulisan, termasuk biografi ahli politik. Aku di dalam novel ini ingin berjumpa dengan seorang ahli politik dan menawarkan khidmat untuk menulis buku mengenainya. Buku yang sudah tentu sarat dengan sanjungan pujian. Tetapi sebenarnya Aku adalah seorang yang hipokrit. Hanya lewat tulisannya sahaja, yang sudah tentu akan dibayar puluhan ribu untuk sebuah biografi, dia mendewakan ahli politik. Tetapi dalam kehidupan sebenarnya, Aku lah yang bercerita dari awal sehingga akhir tentang kebobrokan dan tentang kecelakaan ahli politik kepada para pembaca. Kenapa watak Aku dijadikan sebegitu hipokrit? Apa yang boleh saya katakan, mungkin penulis mahu menunjukkan apa yang telah dilakukan ahli politik terhadap masyarakat sehingga masyarakat menjadi seperti watak Aku, penuh dengan kepura-puraan, mungkin.

11. Aku di dalam novel ini sarat dengan falsafah dungunya (dinyatakan penulisnya sendiri). Namun begitu fikirannya mampu untuk membuatkan pembaca merenung kembali menteri-menteri yang telah mereka undi, yang tak habis-habis memekik bersedia bekerja untuk rakyat, tetapi sebenarnya hanya memenuhi poket sendiri.

12. Novel ini jika ditulis dengan lebih teliti dan bersungguh mungkin saya boleh menjadi lebih suka. Bayangkan betapa main-mainnya novel ini pada muka surat 226-227 apabila watak Aku dalam novel tiba-tiba menjadi watak Aku mewakili penulis sebenar, yang kelaparan hendak berhenti menulis dan mencari makan. Apa ni? Ah, pedulilah. Mungkin dari awal lagi novel ini memang ditulis oleh watak Aku tentang cerita Aku. Ah, apa sahajalah.

13. Dalam Twitter Khairy Jamaluddin (KJ), beliau memuji filem Bunohan yang telah ditonton. Sebuah filem yang bagus, yang memerlukan penonton melihat lebih dalam lagi untuk memahaminya, mengandungi metafora yang deep buat direnung, yang menuntut penonton untuk menonton berulangkali bagi mengesan bahawa Bakarlah yang menjadi tok dalang sebenar, bukan ayahnya. Bakarlah yang bertanggungjawab terhadap masalah yang berlaku dalam keluarganya yang huru-hara. Bakarlah yang telah berpakat dengan seorang Datuk (menteri/YB?) untuk merampaskan tanah milik ayahnya untuk didirikan resort. Bakarlah punca segalanya. Pendek kata, KJ kata, filem ini bagus. Ah, kenapa pula saya menyebut nama KJ di sini? O, sebenarnya saya ingin mengesyorkan untuk KJ baca novel ini dan cuba pula melihat apa yang tersirat disebaliknya, apa pula metaforanya yang deep, seperti misteri filem Bunohan itu. Ah, kenapa pula hanya KJ? Sepatutnya semua ahli politik harus membacanya. Supaya mereka menjadi sedar dan tahu bahawa rakyat bukan lagi bodoh untuk mendengar dan percaya bulat-bulat ceramah mereka.Ceramah yang bila di hadapan orang Melayu, dijeritkan tentang berjuang untuk bangsa, mempertahankan hak. Bila di hadapan orang Cina pula, dipekikkan tentang perpaduan, bersatu-padu, kerjasama.

14. Sebenarnya, watak Aku di dalam novel ini agak berbeza dengan watak Berus Gigi dalam zine saya itu. Aku seorang yang sedar akan kekotoran politik dan para ahlinya. Bahkan Aku menuduh bahawa politiklah yang telah merebakkan penyakit dalam masyarakat dan menkucar-kacirkan negara dengan kegilaannya, tetapi disebalik itu semua, Aku masih tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk menghampiri seorang ahli politik bagi menawarkan khidmat menulis biografi dirinya. Lain pula dengan watak Berus Gigi. Awalnya Berus Gigi berasa bangga apabila mengetahui seorang menteri telah membelinya. Berus Gigi memberus gigi menteri dengan penuh hati-hati serta mengalir perasaan bangga di hatinya dapat berkhidmat untuk seorang menteri yang berpengaruh dalam negara. Tapi bila saban hari menggosok gigi menteri, Berus Gigi mula mendapati bahawa dalam mulut menteri terselit perkara-perkara najis. Air liur menteri penuh dengan pembohongan dan retorik semata. Lidahnya melekit dengan perkara maksiat hasil perbuatan sundal dengan pelacur. Berus Gigi akhirnya sedar, dan telah bertindak lari dari bilik air menteri, dan mula mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat mengenai siapa sebenarnya menteri tersebut. Beza dengan Aku, yang terus mengipas untuk mendapatkan projek menulis biografi, setelah gagal mendapatkan menteri, Aku diakhir bab, dilukiskan sebagai si Sisipus yang akan mengulang semula kehidupannya (hidup meminjam wang dari kawannya, mencari ahli politik, menawarkan tulisan biografi). Ah, kenapa pula saya membuat perbandingan ini? O, kerana keduanya (novel dan zine) berusaha membogelkan ahli politik. *tak baik sebenarnya membogelkan orang, tapi demi kemaslahatan ramai, dibolehkan.

15. Ah, entri kali ini juga banyak repeknya, sama seperti novel ini.

16. Banyak sebenarnya falsafah si Aku yang menarik dalam novel ini. Contoh seperti menyamakan negara Malaysia sebagai sebuah tren LRT. Yang bergerak dan berhenti pada satu stesen untuk mengambil penumpang yang berbagai warna, sebelum menyambung perjalanan. Kemudian berhenti lagi di satu stesen untuk mengambil lagi penumpang berbagai warna, sambil menurunkan beberapa penumpang di dalam, sebelum menyambung semula perjalanan. Begitulah sampai ke stesen terakhir, tren dinaiki dan dituruni oleh pelbagai orang, pelbagai warna, pelbagai bangsa. Pada satu keadaan, tren dipenuhi penumpang warga asing sehingga watak Aku berasa hilang di bumi sendiri. Satu tren seperti Satu Malaysia. Rakyatnya berbilang kaum, berbilang budaya, berbilang agama, digaul dalam sebuah mangkuk, menampakkan sebuah warna yang cukup ganjil. Digaul bersama liberalisme, sekuralisme dan isme-isme lainnya.

17. Ah, merepeklah. Sebagai akhirnya, novel ini sedap, tapi jika lebih hati-hati, barangkali boleh jadi lebih sedap. Jika ingin membeli, boleh emel kepada melihatbuku[at]gmail[dot]com.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://melihatbuku.blogspot.com/2012/03/ahli-politik-sm-zakir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Adalah 3 Bentuk Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Yang Tertinggi Apa Kata Jika Pencen Ahli Politik Dikaji Semua

Ini Adalah 3 Bentuk Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Yang Tertinggi Apa Kata Jika Pencen Ahli Politik Dikaji Semua

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 307 hits
JAMZURI ARDANI1 Bayar gaji kakitangan awam 2 Bayar hutang kerajaan 3 Bayar pencen pemimpin politik dan kakitangan awam Apakah ini bentuk pengurusan kewangan yang sustainable untuk jangka panjang Fikir fikirkan Saya nak tambah sikit pasal ba...
Mokhtar Dahari Dikritik Oleh Ahli Politik

Mokhtar Dahari Dikritik Oleh Ahli Politik

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 128 hits
Ini bukan cerita mengenai legenda bola sepak Malaysia Mokhtar Dahari tetapi ia adalah mengenai Akademi Bola Sepak yang dibangunkan di Gambang yang menggunakan nama Akademi Mokhtar Akademi dikritik oleh seorang ahli politik di Pahang Memetik...
Keh Keh Beza Ahli Politik Cerdik Dan Tidak Lokman Adam Tau La Crita Mamat Nih

Keh Keh Beza Ahli Politik Cerdik Dan Tidak Lokman Adam Tau La Crita Mamat Nih

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 209 hits
Kami bergaduh tidaklah sampai gulingkan rakan Howard sindir Peja November 14 2021 Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji Howard Lee berkata Ahmad Faizal Azumu juga gemar melaga lagakan terutama mencetuskan ketegangan antara ahli Exconya sen...
Ahli Politik Semuanya Munafiq

Ahli Politik Semuanya Munafiq

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 194 hits
Semalam orang kuat PKR Shah Alam mengendeng gua bertanya khabar pastu melobi minta sokong Azmin Ali Jawapan gua mudah saja gua dah tak berminat dengan politik kepartian nih lu orang dengan BN sama saja mungkin cuma baik sikit jer dari BN at...
Hiburan Itu Benda Baik Nafi Kecewa Shahir Af Tak Terkejut Erra Fazira Digosipkan Dengan Ahli Politik

Hiburan Itu Benda Baik Nafi Kecewa Shahir Af Tak Terkejut Erra Fazira Digosipkan Dengan Ahli Politik

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 284 hits
Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia Shahir Zawawi yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan primadona Erra Fazira memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui kesahihan berita yang mendakwa pelakon itu telah mendirikan rumah tang...
Sprm Pdrm Digesa Siasat Ahli Politik Lompat Parti

Sprm Pdrm Digesa Siasat Ahli Politik Lompat Parti

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 149 hits
SPRM PDRM DIGESA SIASAT AHLI POLITIK LOMPAT PARTIOleh yieMEGASEJAK RUTUHNYA Kerajaan Barisan Nasional semakin menjadi jadi aktiviti melompat parti dikalangan Ahli Ahli Parlimen amnya dan Ahli Parlimen BN khasnya Budaya lompat parti ini sewa...
Nabil Perjelas Kontroversi Video Jenaka Mengenai Pakatan Rakyat Politik

Nabil Perjelas Kontroversi Video Jenaka Mengenai Pakatan Rakyat Politik

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 160 hits
Video kontroversi yang dilakonkan oleh Salih Yaakob dan Nabil telah membuatkan Salih Yaakob bersara daripada dunia hiburan tanah air Namun sehingga ke hari ini tiada penjelasan atau reaksi yang telah dikeluarkan oleh Nabil berkenaan video t...
Tsunami Politik Lompat Parti Di Sabah

Tsunami Politik Lompat Parti Di Sabah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 181 hits
Mengikut blogger kembar seiras akan wujud lebih ramai lagi peserta lompat parti time olimpik di Sabah Ikutilah petikan dari kembar seiras di bawah PANAS DARI SABAH SENARAI MP DAN ADUN YANG BAKAL TINGGALKAN BN Selepas Ahli Parlimen Beaufort ...
Memilih Antara Tun M Dan Ds N

Memilih Antara Tun M Dan Ds N

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 388 hits
Rakyat khususnya ahli UMNO sudah bagai tidak dapat mengelak dan terpaksa memilih antara 2 Diantara DS Najib dengan Tun Dr Mahathir mantan Presiden dan Perdana Menteri yang namanya sudah sinoniom dengan negara Malaysia Diluar negara bila ora...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Fix Harmful Backlinks For Free


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Sinopsis Dongeng Sang Kancil

Buat Pancake Paling Mudah Guna Blender

Valdy Nyonk Zinidin Zidan Selamat Tinggal Kenangan Chord

Sambutan Tahun Baru 2025 Lokasi Pertunjukan Bunga Api Bacaan Doa

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Safety S Off Kc Kawano S White Knuckle Bobber