Ahli Politik Masih Wajar Diberi Pencen Cuma Sebaiknya Biarlah Setelah Dua Penggal Pegang Jawatan




Seorang pakar ekonomi yang pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas Ekonomi kepada Tun Mahathir Mohamad sewaktu 22 bulan beliau menjadi Perdana Menteri, memberi cadangan agar skim pencen untuk Ahli Parlimen dan Menteri dimansuhkan.


Muhammed Abdul Khalid berpendapat, perkara itu perlu dilakukan untuk memberi “pengajaran” kepada ahli politik agar turut merasai kesempitan hidup seperti dilalui orang kebanyakan.


Beliau sebaliknya mencadangkan, semua Menteri dan Ahli Parlimen hanya dimasukkan ke skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sahaja.


Sekali imbas, terutama melihat perangai sebahagian Ahli Parlimen yang “tak semenggah” sejak kebelakangan ini, kerap tidur di Dewan Rakyat dan bercakap pula banyak merapu, termasuk ada yang bersikap jelek serta biadap dengan kata-kata tidak sopan terhadap Perdana Menteri, cadangan Muhammed Abdul Khaled itu terlihat amat cantik sekali.


Ini kerana seperti membazir wang rakyat saja memberi pencen kepada Ahli Parlimen jenis “tak semenggah” itu.


Tetapi, tentulah lebih cantik jika Muhammed Abdul Khalid memberi cadangan ini ketika beliau masih berkhidmat selama 22 bulan dengan Tun Mahathir sebelum ini.


Kenapa ketika itu beliau hanya diam dan tidak melontarkan cadangan berkenaan?


Apa pun, harus disedari bahawa tugas sebagai Ahli Parlimen dan Menteri, termasuk juga Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik, iaitu pemegang jawatan politik yang layak menerima pencen, peranan dan beban mereka adalah melebihi penjawat awam biasa.


Mereka bekerja bermula seawal Subuh lagi hinggalah lewat malam dan tidak ada rehat sama ada pada cuti umum atau hari Ahad.


Setiap hari ada saja program di sana sini yang perlu dihadiri, itu belum kira lagi kalau berlaku banjir, kebakaran dan lain-lain bencana alam dalam kawasan.


Pendeknya, sepanjang masa mereka bekerja dan bergemulang dengan rakyat, kadang-kadang belum bangun tidur lagi sudah ada pengundi menunggu di bawah rumah untuk meminta bantuan.


Di waktu malam pun begitu keadaannya, kena selesaikan masalah rakyat dan mendengar rungutan mereka dahulu barulah boleh masuk ke bilik tidur.


Dengan beban tugas sebegitu, kalau penjawat awam perlu berkhidmat selama 25 atau 30 tahun baru boleh menikmati pencen, tiada salahnya orang politik patut diberi pencen, walaupun tempoh berkhidmat mereka lebih singkat.


Lagi pun, pencen itu hanya dinikmati setelah mereka berusia 55 tahun dan bukan serta-merta setelah tidak lagi memegang jawatan.


Namun, kebiasaannya ahli politik hanya mencapai kemuncak kerjaya mereka sewaktu berusia dalam lingkungan usia 50-an.


Ini bererti dalam usia 55 hingga 65 tahun, mereka masih lagi sibuk dengan kerja dan sentiasa berkhidmat untuk rakyat, walau dalam usia yang sama, penjawat awam biasa sudah boleh berehat dengan pencen masing-masing.


Hanya selepas itu, mungkin di ketika usia 65 atau 70 tahun, barulah pencen dapat dinikmati dan kalau panjang umur macam Tun Mahathir atau Tun Daim Zainuddin, bolehlah lama menikmati wang pencen tersebut.


Tetapi, untuk kewajaran yang lebih munasabah terutama ahli politik kebakangam ini semakin “tak semenggah” sebaik-baiknya wajar diubah peraturan iaitu hanya mereka yang berkhidmat sekurang-kurangnya dua penggal PRU saja patut diberikan pencen.


Mereka yang jadi Ahli Parlimen, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik selama sepenggal atau kurang dua penggal tidak perlu sama sekali diberikan pencen.


Dengan demikian, jika kerajaan bertukar setiap kali PRU sekali pun, masih banyak wang kerajaan boleh dijimatkan.


Berbeza dengan peraturan sekarang di mana berkhidmat selama 3 tahun saja sebagai Ahli Parlimen, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik, seseorang itu sudah boleh menikmati pencen, bayangkan berapa banyak “tunggul kayu” perlu disara kerajaan hingga mereka meninggal dunia kiranya setiap lima tahun kerajaan bertukar tangan? – ShahbudinHusin 22/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/#google_vignette






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/ahli-politik-masih-wajar-diberi-pencen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mansuh Pencen Ahli Politik Ada Mp Anggap Pakar Ekonomi Hipokrit

Mansuh Pencen Ahli Politik Ada Mp Anggap Pakar Ekonomi Hipokrit

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 141 hits
malaysiakini comCadangan memansuhkan pencen untuk semua menteri dan ahli parlimen tidak disambut baik oleh sesetengah ahli parlimen dengan menganggap langkah tersebut tidak adil Malaysiakini cuba mendapatkan maklum balas dari 26 daripada 22...
Pdip Lagi Hitung Baik Buruknya Jika Cuma Dua Capres Di Pilpres 2024

Pdip Lagi Hitung Baik Buruknya Jika Cuma Dua Capres Di Pilpres 2024

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 178 hits
Ketua DPP PDI Perjuangan Puan Maharani mengaku partainya terbuka untuk membahas kemungkinan terbentuknya dua poros di Pilpres 2024
Buktikan Muda Amal Politik Baharu Letak Jawatan Wakil Rakyat

Buktikan Muda Amal Politik Baharu Letak Jawatan Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 309 hits
Parti Muda mengumumkan menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan semalam di atas dasar prinsip perjuangan dan politik baharu yang tidak toleran terhadap salah guna kuasa Bagaimanapun bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat Datin Faizah Ari...
Ahli Parlimen Pn Nafi Hisap Vape Di Dewan Saya Pegang Pen

Ahli Parlimen Pn Nafi Hisap Vape Di Dewan Saya Pegang Pen

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 209 hits
Anne MuhammadGambar tular menunjukkan Ikmal Hisham Abdul Aziz didakwa menghisap vape di Dewan Rakyat PETALING JAYA Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan menghisap vape di Dewan Rakyat susulan gambarnya yang tul...
Saman Halim Saad Tun M Dua Pihak Lagi Diberi Tempoh Hingga Bulan Depan Fail Pembelaan

Saman Halim Saad Tun M Dua Pihak Lagi Diberi Tempoh Hingga Bulan Depan Fail Pembelaan

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 298 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lagi diberi tempoh sehingga bulan depan untuk memfailkan pembelaan dalam kes saman bekas Pengerusi Eksekutif Renong Berhad Tan Sri Halim Saad berhubung isu penjualan saham syarikat secara paksa hampir 2...
Sialnya Dua Maling Motor Di Tangerang Terkapar Setelah Tabrak Mobil Saat Kabur

Sialnya Dua Maling Motor Di Tangerang Terkapar Setelah Tabrak Mobil Saat Kabur

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 240 hits
Aksi kedua pelaku dipergoki sekuriti kompleks ruko New Castel Green Lake City Kecamatan Cipondoh
Tular Isu Pegang Pegang Sahabat Ebit Liew Dedah Bukti Baru Mondy Mengaku Cuma Mahu Duit

Tular Isu Pegang Pegang Sahabat Ebit Liew Dedah Bukti Baru Mondy Mengaku Cuma Mahu Duit

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 294 hits
Setelah Caprice mendedahkan pengakuan Mondy yang mendakwa dirinya diganggu secara kurang sopan sepanjang berada di Malaysia sebelum ini Ustaz Ebit Lew yang baru pulang dari Jeddah segera membuat laporan polis Rapper terbabit bagaimanapun ti...
Dua Tahun Lalu Ahli Parlimen Ph Juga Berarak Tanpa Kebenaran Polis

Dua Tahun Lalu Ahli Parlimen Ph Juga Berarak Tanpa Kebenaran Polis

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 286 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 11 2023 10 09 PMIsu notis dan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan kembali diperkatakan selepas Perikatan Nasional mengumumkan untuk menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini Malah seorang ahli parlimen Pakat...
Syor Ahli Parlimen Pkr Gabung Semula Kl Selangor Kukuhkan Kuasa Politik Cina Dap Kata Bekas Menteri

Syor Ahli Parlimen Pkr Gabung Semula Kl Selangor Kukuhkan Kuasa Politik Cina Dap Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 326 hits
Seorang bekas menteri berkata sebarang langkah untuk menggabungkan Kuala Lumpur dengan Selangor akan menyebabkan Dewan Undangan Negeri mendapat sekurang kurangnya 24 lagi tambahan kerusi majoriti bukan Melayu keputusan yang katanya akan men...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean