Buktikan Muda Amal Politik Baharu Letak Jawatan Wakil Rakyat







 
Parti Muda mengumumkan menarik sokongan daripada Kerajaan Perpaduan semalam di atas dasar prinsip perjuangan dan politik baharu yang tidak toleran terhadap salah guna kuasa.

Bagaimanapun bagi Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Datin Faizah Ariffin, parti itu tidak wajar terlalu mengkritik lawan politiknya sedangkan presiden Muda juga menghadapi empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) di Mahkamah Tinggi.

Lebih buruk, kata Faizah, rakyat tidak melihat Muda membawa politik baharu apabila semua calon yang parti itu letak dalam Pilihan Raya Negeri lalu kalah teruk sehingga hilang deposit.

Biar pun menghormati pendirian politik Muda dan presidennya Syed Saddiq, Faizah berkata, sekiranya Ahli Parlimen Muar itu benar benar mahu membawa politik baharu, beliau hendaklah memegang teguh prinsipnya dengan mengosongkan kerusi yang dimenangi parti itu dalam pilihanraya sebelum ini di atas bantuan Pakatan Harapan (PH).

"Atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dari penyokong tegar PH, saudari Amira Aisya memenangi kerusi DUN Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri Johor pada 2022 dan saudara Syed Saddiq memenangi kerusi parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15.

"Atas semangat itu, hari ini parti Muda mempunyai 2 orang wakil rakyat. Bayangkan jika penyokong PH tidak menyokong mereka, pastinya mereka akan hilang deposit.

"Atas nama prinsip perjuangan, saya gesa semua wakil rakyat dari parti Muda meletak jawatan dan kembalikan sokongan kepada rakyat semula. Ini barulah dinamakan prinsip," katanya.

Tambah Ketua Wanita KEADILAN Terengganu itu, Syed Saddiq tidak perlu terus menerus menunding jari ke atas kesalahan orang lain sebaliknya perlu menjadikan diri beliau sebagai ukuran 'kebaikan' dan 'prinsip sejati' ahli politik yang jujur.

"Syed Saddiq tidak perlu mengatakan orang lain jahat untuk menyatakan dirinya baik.

"Jika prinsip menjadi ukuran, maka prinsip beliau pasti lebih baik lagi. Jadi ini masanya untuk membuktikan kononnya Muda membawa politik baharu dalam negara.

"Pesanan saya kepada Syed Saddiq; Kesalahan orang lain selalu terlihat jelas di mata kita, tetapi kesalahan diri sendiri terkadang kita buta untuk melihatnya," katanya lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/buktikan-muda-amal-politik-baharu-letak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muda Psm Desak Zahid Letak Jawatan Tpm

Muda Psm Desak Zahid Letak Jawatan Tpm

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 509 hits
Faisal AsyrafPUTRAJAYA Muda dan Parti Sosialis Malaysia mahu Presiden Umno Zahid Hamidi melepaskan jawatan timbalan perdana menteri Mereka berkata beliau mesti berada di luar kerajaan agar boleh dituduh dan dibicarakan semula bagi kes berka...
Wakil Rakyat Pakatan Desak Anwar Jelaskan Isu Zahid Di Parlimen

Wakil Rakyat Pakatan Desak Anwar Jelaskan Isu Zahid Di Parlimen

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 416 hits
Wakil rakyat Pakatan desak Anwar jelaskan isu Zahid di Parlimen Dikemas kini 38 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Sep 2023
Wakil Rakyat Pas Bergaduh Dalam Whatsapp Guna Istilah Beruk Kepada Lawannya

Wakil Rakyat Pas Bergaduh Dalam Whatsapp Guna Istilah Beruk Kepada Lawannya

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 235 hits
HarapanDaily comBORHAN AHMAD Tindakan seorang ahli parlimen Pas bergaduh dengan rakyat kawasan beliau di dalam kumpulan whatapps sehingga memanggilnya sebagai beruk telah menarik perhatian pelbagai pihak kini tular di media sosial Dalam pet...
Wakil Rakyat Ph Persoal Demo Pn Laung Reformati

Wakil Rakyat Ph Persoal Demo Pn Laung Reformati

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 169 hits
Martin VengadesanWakil rakyat PH menyokong hak PN untuk mengadakan berdemonstrasi hari ini namun mereka juga menyoal kewibawaan pembangkang dalam menegakkan kebebasan dan melaksanakan pembaharuan Kami menghormati hak mereka berhimpun Namun ...
Rakyat Johor Tolak Politik Agama Kata Pemimpin Dap

Rakyat Johor Tolak Politik Agama Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 237 hits
Kemenangan PH pada PRK Pulai dan Simpang Jeram isyarat rakyat Johor menolak politik memperalat agama kata Sheikh Umar Bagharib Ali 10 Sep 2023 12 28pmNaib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali meminta PN kembali fokus dan menjadi pem...
Jadi Wakil Rakyat Lebih Kurang Macam Berbini Dua Tiga Dan Empat Yang Tak Mampu Jangan Cuba Cuba

Jadi Wakil Rakyat Lebih Kurang Macam Berbini Dua Tiga Dan Empat Yang Tak Mampu Jangan Cuba Cuba

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 278 hits
Sejak semalam kecoh di media sosial dengan sebuah poster mengenai seorang Adun yang baru menang di Selangor yang cuba memohon derma secara terbuka daripada rakyat jelata untuk pusat khidmat masyarakat yang mahu diwujudkannya Bantuan atau de...
Pmx Perlu Letak Jawatan Segera Ini Signal Ke Putrajaya

Pmx Perlu Letak Jawatan Segera Ini Signal Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 451 hits
PH BN gagal Tunjuk jalan PMX perlu letak jawatanKEPUTUSAN PRN15 untuk Negeri Kedah pada 12 Ogos 2023 memberi 7 mesej berikut Rakyat masih memberi mandat kepada PN untuk terus mentadbir negeri Bahkan mandat yang diperolehi kali ini adalah le...
Isham Dakwa Kena Desak Letak Jawatan Dengan Pemimpin Umno Yang Pro Dap

Isham Dakwa Kena Desak Letak Jawatan Dengan Pemimpin Umno Yang Pro Dap

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 235 hits
agendaily com12 09 2023Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak Isham Jalil Pemimpin UMNO yang pro DAP didakwa tidak berpuas hati dengan pengikut setia Bossku Isham Jalil kerana kelantangannya mengkritik pemimpin atasan parti Ahli Majlis T...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Advise Akmal To Shut Up First Dap Youth Tells Tok Mat

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Banyak Chanteq

Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Lirik Lagu Kita Iman Troye Harry Azrul

Sultan Pahang Meninjau Tapak Projek Balai Bomba Yang Akan Di Bina Di Kampung Tekek Pulau Tioman

Tol Tanpa Palang Teknologi Anpr Di Malaysia Mulai Okt 2025

Sarapan Di Klasik Kopitiam Medini Iskandar Puteri