Saman Halim Saad Tun M Dua Pihak Lagi Diberi Tempoh Hingga Bulan Depan Fail Pembelaan



(Utusan) – Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dua pihak lagi diberi tempoh sehingga bulan depan untuk memfailkan pembelaan dalam kes saman bekas Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, Tan Sri Halim Saad berhubung isu penjualan saham syarikat secara paksa, hampir 23 tahun lalu.
Selain bekas Perdana Menteri, bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Kerajaan Malaysia turut diarah oleh Mahkamah Tinggi di sini memfailkan pembelaan sebelum atau pada 6 Oktober ini manakala Halim selaku plaintif pula diarah memfailkan jawapan kepada pembelaan pada 23 Oktober ini.
Pihak-pihak juga diarah memfailkan permohonan interlokutori sebelum tarikh pengurusan kes berikutnya pada 20 November ini.
Perkara itu dimaklumkan kepada pihak media oleh Peguam Persekutuan Imtiyaz Wizni Aufa Othman selepas sesi pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nik Nur Amalina Mat Zaidan hari ini.
Pada 2 Ogos lalu, Halim menyaman Dr. Mahathir dan dua pihak lagi bagi menuntut pampasan berhubung kerugian yang dialaminya selepas menjual pegangan saham dalam syarikat itu secara paksa, hampir 23 tahun lalu.
Menurut pernyataan tuntutannya, Halim selaku plaintif mendakwa, beliau diarah oleh Dr. Mahathir dan Nor Mohamed supaya tidak meneruskan pemerolehan 32.69 peratus saham Renong daripada United Engineers Malaysia Bhd (UEM).
Sebaliknya dakwa Halim, beliau dikehendaki menyokong inisiatif kerajaan melalui Khazanah Nasional Bhd. untuk mengambil alih UEM secara tawaran am.
Menurut pernyataan itu, UEM merupakan syarikat berprestij dengan beberapa aset bernilai tinggi seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), ELITE Expressway, Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Intria Bina Sdn Bhd, Ho Hup Construction Sdn Bhd, Pharmaniaga Berhad dan Kualiti Alam Sdn Bhd, yang kesemuanya secara bersama menjana aliran tunai menghampiri RM1 billion setahun.
Menurut ahli perniagaan terkemuka itu, tindakan bersama kedua-dua defendan menyebabkan beliau hilang kawalan terhadap Renong serta kawalan secara tidak langsung dalam UEM.
Halim turut menyatakan, hak beliau sebagai pemegang saham dilucutkan ekoran pengambilalihan UEM oleh Khazanah menyebabkan saham Renong miliknya mengalami penurunan nilai.
Pernyataan tuntutan itu selanjutnya menyatakan, pada masa material, Renong memegang 37.92 peratus saham UEM manakala plaintif merupakan pemegang saham individu tunggal terbesar dalam Renong.
“Kesudahannya, Khazanah telah memperoleh keseluruhan saham UEM melalui anak syarikatnya, Syarikat Danasaham Sdn Bhd, dan dengan itu memperoleh kawalan terhadap UEM yang ketika itu memiliki 32.6% saham Renong.
“Dengan cara ini, Kerajaan mengambilalih UEM dan secara tidak langsung memperoleh kawalan dan hakmilik tidak langsung ke atas kumpulan Renong,” kata beliau dalam pernyataan tersebut.
Sehubungan itu, Halim menyatakan, ekoran pengambilan hak kukuh dan pelucutan haknya sebagai pemegang saham yang mengawal Renong, beliau tidak dibayar apa-apa pampasan.
Plaintif menyatakan, beliau dijanjikan sejumlah RM1.3 bilion antaranya meliputi wang tunai sebanyak RM325 juta.
Plaintif meletak jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Renong pada 3 Oktober 2001 dan turut meletak jawatan daripada syarikat-syarikat lain dalam Kumpulan UEM-Renong berkuat kuasa hari yang sama.
Pada 2013, Halim memfailkan saman RM1.8 bilion terhadap kerajaan, Khazanah dan Nor Mohamed selepas mendakwa beliau ditipu. Saman itu ditolak manakala rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015 turut diketepikan.
Pernyataan itu seterusnya menyatakan, Halim bertemu Dr. Mahathir sekitar April 2010 dan bekas Perdana Menteri memaklumkan bahawa saham Renong milik plaintif sebenarnya dimiliki oleh UMNO dan tidak ada sebab kerajaan membayar pampasan kepadanya atas kerugian yang dialami.
Oleh yang demikian, plaintif memohon deklarasi bahawa beliau pemilik sah dan benefisial saham Renong, bukan UMNO.
Halim turut memohon deklarasi bahawa kerajaan telah secara paksa mengambil haknya untuk melaksanakan tawaran am terhadap UEM dan bertindak melalui defendan pertama dan kedua.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/09/13/saman-halim-saad-tun-m-dua-pihak-lagi-diberi-tempoh-hingga-bulan-depan-fail-pembelaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Wapres As Puji Makanan Hingga Hiburan Ktt Asean Di Depan Jokowi Hampir Melebihi Hollywood

Viral Wapres As Puji Makanan Hingga Hiburan Ktt Asean Di Depan Jokowi Hampir Melebihi Hollywood

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 131 hits
Wapres Harris juga menyampaikan rasa gembira atas sambutan kepada dirinya ketika tiba di Jakarta Selasa
Dua Tahun Menanti Isteri Hamil 7 Bulan Azmi Saat Bakal Timang Anak November Ini

Dua Tahun Menanti Isteri Hamil 7 Bulan Azmi Saat Bakal Timang Anak November Ini

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 179 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi Azmi Saat yang berkongsi berita gembira isterinya kini hamil tujuh bulan Pernah diuji dengan kehilangan anak akui Azmi dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki itu malah kini tidak sabar untuk menantikan kelah...
Sarat Hamil Anak Kedua Izara Aishah Dijangka Bersalin Bulan Depan

Sarat Hamil Anak Kedua Izara Aishah Dijangka Bersalin Bulan Depan

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 206 hits
Tahniah diucapkan buat pelakon Izara Aishah yang berkongsi perkhabaran gembira bakal menimang cahaya mata keduanya sedikit masa lagi Menerusi Instagramnya ibu cantik manis itu turut berkongsi beberapa keping foto terkini dengan baby bump ya...
Video Kapolda Sumut Tegas Copot Kapolres Dairi Hajar Dua Anggotanya Hingga Tak Berdaya

Video Kapolda Sumut Tegas Copot Kapolres Dairi Hajar Dua Anggotanya Hingga Tak Berdaya

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 221 hits
Kapolres Dairi AKBP Reinhard H Nainggolan dinonaktifkan sementara dari jabatannya buntut dari kasus pemukulan yang dilakukannya terhadap dua anggota
Pukul Dua Anggota Hingga Masuk Rumah Sakit Ini Pengakuan Kapolres Dairi

Pukul Dua Anggota Hingga Masuk Rumah Sakit Ini Pengakuan Kapolres Dairi

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 250 hits
Kapolres Dairi AKBP Reinhard H Nainggolan angkat bicara soal pemukulan yang dilakukannya terhadap dua anggotanya hingga mereka terpaksa dirawat di rumah sakit
Jakpro Klaim Perbaikan Jis Rampung Bulan Depan

Jakpro Klaim Perbaikan Jis Rampung Bulan Depan

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 121 hits
PT Jakpro memastikan memastikan seluruh perbaikan Jakarta Internasional Stadium rampung pada Oktober
Bunyikan Klakson Telolet Di Ciamis Bisa Dipenjara Dua Bulan

Bunyikan Klakson Telolet Di Ciamis Bisa Dipenjara Dua Bulan

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 218 hits
Sanksi ini diterapkan usai adanya pengaduan dari masyarakat kepada Pemkab Ciamis
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa