Ahli Politik Berbadan Gemuk Lebih Cenderung Kepada Rasuah Kajian
perakinsights.com
September 19, 2021
Ahli politik yang berbadan gemuk cenderung kepada rasuah, lapor kajian yang mula diterbitkan pada tahun 2020 dalam jurnal Economics of Transition and Institutional Change yang dilakukan oleh penyelidik dari Ukraine, Pavlo Blavatskyy.
Dia juga yang berjaya memenangi Ig Nobel pada 9 September dalam kategori Ekonomi dengan kesimpulan yang berbentuk satira.
Ig Nobel telah diadakan setiap tahun sejak tahun 1991 dan dianjurkan oleh Annals of Improbable Research. Ig Nobel dan Nobel Prize adalah dua anugerah yang berbeza.
Nobel Prize merangkumi penemuan yang mengubah dunia. Manakala Ig Nobel pula merangkumi kajian lucu yang ‘akan membuat orang tertawa, kemudian membuat mereka berfikir’.
Walaupun kajian dalam Ig Nobel mempunyai satiranya sendiri, namun untuk masuk dalam senarai Ig Nobel, seorang penyelidik perlu mengikuti kaedah saintifik yang ketat untuk memenangi anugerah tersebut.
Bagi Blavatskyy, dalam kajiannya mendapati bahawa ahli politik yang mempunyai badan yang gemuk di sesebuah negara mungkin merupakan penunjuk yang baik untuk aktiviti rasuah di negara itu.
Untuk menyimpulkan kajiannya, dia telah mengumpulkan 299 gambar wajah ahli kabinet dari 15 negara pasca Soviet Union pada tahun 2017.
Melalui gambar tersebut Blavatskyy menyatakan bahawa bentuk fizikal seseorang menteri kabinet sangat berkait dengan tindak tanduk mereka terhadap rasuah.
“Hasil ini menunjukkan bahawa ciri fizikal ahli politik seperti indeks jisim badan (BMI) mereka dapat digunakan sebagai pemboleh ubah proksi untuk korupsi politik…” kata Blavatskyy, yang merupakan pensyarah di Montpellier School of Business.
Dengan menggunakan lima ukuran mengenai persepsi rasuah, termasuk dari Basel Institute of Governance Basel Anti-Money Laundering Index dan Transparency International Corruption Perceptions Index.
Blavatskyy menyatakan bahawa negara-negara yang mempunyai nilai rasuah yang tinggi umumnya mempunyai menteri dengan indeks jisim badan atau BMI yang cukup tinggi.
Blavatskyy mendapati bahawa negara-negara pasca Soviet yang paling kurang terdedah dengan rasuah adalah Estonia, Lithuania, Latvia, dan Georgia.
Sementara yang paling korup adalah tiga negara di Asia Tengah: Turkmenistan, Tajikistan, dan Uzbekistan.
Selain itu, Blavatskyy juga menyarankan agar kaedah BMI digunakan bagi melihat kecenderungan rasuah dalam kalangan ahli politik.
“Metodologi yang dicadangkan kami dapat diterapkan secara meluas di seluruh negara kerana data fotografi pegawai awam berpangkat tinggi dapat diakses di media massa tradisional dan media sosial,” katanya.
Sumber | TV
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/ahli-politik-berbadan-gemuk-lebih.html