Ahli Pas Lebih Kenal Nik Aziz Jawab Tuan Ibrahim


N Faizal Ghazali 
   
PRK RANTAU | PAS memulangkan paku buah keras terhadap kenyataan Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman yang mendakwa sokongan akar umbi parti itu dijangka beralih arah kepada undi protes dengan tidak mengundi Umno pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau.

Sebaliknya timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Syed Badli itu sebagai tidak berpijak di bumi nyata.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Syed Badli bahawa ramai akar umbi PAS masih berpegang kepada prinsip Allahyarham Nik Abdul Aziz untuk menolak kerjasama dengan Umno

"Kami ahli PAS lebih mengenali keperibadian Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz (Nik Mat), yang menjunjung Islam sebagai asas perjuangan. Beliau menentang kemungkaran dan mendukung amal makruf daripada mana sekalipun.

"Keputusan dua PRK sebelum ini membuktikan sama ada PAS, Umno dan rakyat mendukung hasrat penyatuan ummah demi kebaikan negara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau yang juga anggota parlimen Kubang Kerian menegaskan, kenyataan Syed Badli itu memberi gambaran betapa Pakatan Harapan (PH) bimbang dengan perkembangan kerjasama PAS dan Umno.

"Kenyataan ini menggambarkan kebimbangan PH di atas muafakat politik PAS dan Umno kini," jelasnya.

Terdahulu, Syed Badli berkata beliau yakin sebahagian besar penyokong dan akar umbi PAS yang masih kekal bersama prinsip yang dibawa Allahyarham Nik Aziz akan menolak kerjasama Umno dengan PAS.

"Umno kini berada dalam keadaan yang amat terdesak sehingga terpaksa memperalatkan PAS dengan dakyah penyatuan Melayu demi mengukuhkan kembali kedudukan Umno yang sedang nazak.

"Justeru, saya yakin akar umbi PAS khususnya di Rantau akan menolak Umno sebagai tanda protes terhadap kerjasama Umno PAS," katanya.

Sebagai rekod PAS dan Umno mengumumkan kerjasama secara rasmi pada 5 Mac lalu selepas kejayaan BN memenangi PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN, Mohamad Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding di DUN Rantau selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang lawannya dari PKR, Dr S Streram daripada mengemukakan kertas pencalonan.

Streram kemudian memfailkan petisyen pilihan raya dan mahkamah memerintahkan supaya pilihan raya kecil diadakan.

Pakatan Harapan sekali lagi akan mencalonkan Streram di kerusi itu pada PRK yang dijadual berlangsung 13 April ini.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhi Shaari berkata, ahli akar umbi PAS sudah membuktikan mereka memberi sokongan kepada Umno dalam PRK di Cameron Highlands dan Semenyih sebelum ini.

"Komen saya mudah sahaja, tunggu dan lihat.

"Setakat ni, akar umbi PAS di Cameron Highlands dan Semenyih tiada masalah untuk mematuhi arahan pimpinan parti," jelasnya sambil mengakui akar umbi PAS sudah membuktikan sokongan kepada Umno pada dua PRK terakhir sebelum ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/ahli-pas-lebih-kenal-nik-aziz-jawab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akar Umbi Pas Yang Berpegang Prinsip Nik Aziz Tak Akan Undi Umno

Akar Umbi Pas Yang Berpegang Prinsip Nik Aziz Tak Akan Undi Umno

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 394 hits
Syed Badli Shah berkata akar umbi PAS kecewa dengan hubungan rapat pemimpin mereka dengan Umno
Ph Sangat Takut Dengan Muafakat Pas Umno Tuan Ibrahim

Ph Sangat Takut Dengan Muafakat Pas Umno Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 265 hits
MARANG Pas mendakwa Pakatan Harapan takut dengan permuafakatan politik yang terjalin antara parti itu dan UMNO Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia boleh dilihat menerusi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands...
Puasa Sunat Mulai Isnin Ini Tuan Ibrahim Al Hamdulillah Jazakallahu Khairan Kathira

Puasa Sunat Mulai Isnin Ini Tuan Ibrahim Al Hamdulillah Jazakallahu Khairan Kathira

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 274 hits
MARANG 2 Mac Mulai Isnin ini seluruh kepemimpinan Pas ahli serta para penyokong parti itu akan menunaikan puasa sunat selain bermunajat bersedekah dan mengerjakan amal makruf yang mendekatkan diri dengan Allah Langkah itu diputuskan oleh Ti...
Nik Nazmi Perkahwinan Pas Umno Berpaling Dari Perjuangan Tokoh Parti

Nik Nazmi Perkahwinan Pas Umno Berpaling Dari Perjuangan Tokoh Parti

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 378 hits
MALAYSIAKINI Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan perkahwinan Umno dan PAS sebagai berpaling dari perjuangan tokoh kedua dua parti masing masing Tindakan pemimpin Umno dan PAS hari ini serta apa yang dipanggil perk...
Ahli Pas Tak Lupa Perbuatan Umno Dulu Kata Hanipa

Ahli Pas Tak Lupa Perbuatan Umno Dulu Kata Hanipa

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 328 hits
MP Sepang yakin anggota bawahan PAS terutama yang pernah menerima kesan kerajaan Umno dan BN sebelum ini tidak mudah menerima persandingan kedua dua parti itu
Informasi Bukan Islam Lebih Terjamin Di Bawah Pas Mic

Informasi Bukan Islam Lebih Terjamin Di Bawah Pas Mic

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 255 hits
DI KALA pemimpin DAP menuduh Malaysia akan menjadi Negara Taliban di bawah pemerintahan PAS dan di saat pemimpin PAN menyokong kuat dakyah dan hasutan DAP tampil pemimpin MIC membela PAS di Parlimen Perbahasan menjunjung Titah Diraja di Dew...
Orang Melayu Islam Harus Takut Dengan Umno Pas Kata Bekas Ahli Parlimen

Orang Melayu Islam Harus Takut Dengan Umno Pas Kata Bekas Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 373 hits
Bekas ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar bersama pengerusi acara Yoke Ling Chee di wacana sejarah dan kesan buruh kontrak di Malaysia di Brickfields hari ini KUALA LUMPUR Seorang bekas ahli Parlimen berkata masyarakat Melayu da...
Kerjasama Umno Pas Tidak Gugat Ph Kata Ahli Akademik

Kerjasama Umno Pas Tidak Gugat Ph Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 433 hits
MALAYSIA DATELINE Ahli akademik berpendapat Pakatan Harapan tidak terjejas dengan kerjasama Umno Pas memandangkan PH yang pada masa ini memegang kuasa Pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddi...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix


Unboxing Series Amgras Tripod S01 Pro

Manusia Tidak Mengetahui Akhir Sesuatu Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Moira Dela Torre Artis Filipina Pilih Kuala Lumpur Sebagai Hentian Pertama Moira World Tour 2024

Dap Lagi Ambil Tindakan Begini Meggajarnya

Mengopi Buttercream Latte Di Simpol Cafe Alor Setar

Happy Birthday