Ahli Parlimen Miri Desak Agar Pemimpin Perikatan Nasional Bantah Soalan Ismail


 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man menggesa rakyat Sarawak menolak pemikiran individu seperti ahli parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib.
Chiew merujuk kepada beberapa soalan bertulis Ismail kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan warganegara, kaum dan agama.
“Selaku anak Sarawak yang mencintai perpaduan dan keharmonian antara masyarakat yang berbilang kaum dan agama, saya ingin menyeru seluruh rakyat Sarawak untuk bangkit dan menolak ahli politik yang berfikiran sempit seperti ini dan sering menjadikan perkauman dan agama sebagai alat untuk tujuan politik tersendiri.
“Saya juga ingin menyeru pimpinan daripada Perikatan Nasional yang masih cinta kepada kebenaran untuk turut menyuarakan bantahan ke atas tindakan ahli parlimen Maran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara isu dibangkitkan Ismail ialah meminta kerajaan menjelaskan rasional "mengiktiraf" rakyat yang lahir selepas Malaysia merdeka tanpa mengira "warna kulit".
Ismail juga bertanya mengapa kampung baru Cina masih dikekalkan dan sama ada komunisme masih wujud di tempat tersebut atau tidak.
Ahli parlimen dari PN itu turut bertanya mengapa “sebuah kerajaan negeri” mengeluarkan arahan kepada semua masjid di negeri itu untuk merendahkan pembesar suara azan, tanpa menyebut negeri tersebut.
Namun, difahamkan dia merujuk kepada maklumat palsu berhubung larangan pembesar suara masjid untuk azan di Pulau Pinang.
Maklumat palsu itu tersebar sejak sekurang-kurangnya 2011, di mana ia digunakan sebagai senjata untuk menyerang negeri pimpinan DAP sejak bertahun-tahun lagi.
Mengulas lanjut mengenai soalan yang dikemukakan oleh Ismail itu, Chiew mengaitkan dengan nasib penduduk Sarawak di kawasan pedalaman yang tidak mendapat dokumen warganegara atas faktor pengangkutan dan kurangnya kesedaran tentang prosedur pendaftaran kewarganegaraan.
“Namun, daripada memberi fokus kepada isu utama tentang kewarganegaraan dan membantu rakyat menyelesaikanya, ahli parlimen Maran telah menjadikan isu kewarganegaraan ini sebagai perkauman dan alat politiknya bagi mencapai publisiti murahan,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau berkata ahli parlimen boleh memfailkan usul ke pejabat Speaker terhadap Ismail Abd Muttalib jika mereka menganggap soalan ahli parlimen PAS itu sebagai menghasut.
Bagaimanapun, Ismail dalam kenyataannya hari ini menafikan dakwaan bahawa soalan yang dibangkitkannya itu berbaur perkauman dan menghasut. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/04/ahli-parlimen-miri-desak-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Ingatkan Ahli Umno Agar Sedar Diri Jangan Tuntut Macam Macam

Tok Mat Ingatkan Ahli Umno Agar Sedar Diri Jangan Tuntut Macam Macam

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 246 hits
SEDARLAH DIRI KERANA KITA HANYA MENUMPANG KASIH INGATAN TOK MAT KEPADA UMNOShahbudin Husin Selama ini apabila saya menyebut dalam tulisan saya bahawa UMNO hanya menumpang dalam kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim ini ada beberapa pihak yang mar...
Ismail Muttalib Soalan Kerakyatan Tanpa Mengira Warna Kulit Itu Bukanlah Rasis

Ismail Muttalib Soalan Kerakyatan Tanpa Mengira Warna Kulit Itu Bukanlah Rasis

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 176 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib telah menafikan dia bersikap rasis apabila mengemukakan soalan kepada kerajaan berhubung pengiktafan kewarganegaraan tanpa mengira warna kulit Bercakap kepada media hari ini Is...
Kalau Hadir Ke Parlimen Pun Malas Memanglah Tak Dapat Tanya Soalan

Kalau Hadir Ke Parlimen Pun Malas Memanglah Tak Dapat Tanya Soalan

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 254 hits
Menjawab kritikan umum terhadap ketidakhadiran pemimpin utama blok pembangkang ketika sesi soal jawab dengan Perdana Menteri di Parlimen Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bukan semua Ahli Parlimen boleh bertanya soalan ket...
Alice Lau Jikalau Soalan Menghasut Mp Boleh Fail Usul Terhadap Ismail Muttalib

Alice Lau Jikalau Soalan Menghasut Mp Boleh Fail Usul Terhadap Ismail Muttalib

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 150 hits
KUALA LUMPUR Ahli parlimen boleh memfailkan usul ke pejabat Speaker terhadap Datuk Seri Ismail Abd Muttalib jika mereka menganggap soalan ahli parlimen PAS itu sebagai menghasut kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau Setakat ini saya ...
Bekas Ahli Parlimen Pkr Dilantik Anggotai Span

Bekas Ahli Parlimen Pkr Dilantik Anggotai Span

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 307 hits
PETALING JAYA Bekas Ahli Parlimen Merbok daripada PKR Nor Azrina Surip dilantik menganggotai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara SPAN dalam catatan di Facebook berkata Azrina bersama sembilan individu lain menerima watikah pelantikan daripa...
Punca Ahli Parlimen Rasmikan Mesin Atm

Punca Ahli Parlimen Rasmikan Mesin Atm

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 277 hits
Punca Ahli Parlimen Rasmikan Mesin ATM Anggota Parlimen Besut Che Mohamad Zulkifly Jusoh pada Jumaat melancarkan sebuah mesin pengeluaran wang ATM di kawasan parlimennya Mesin itu diletakkan di sebuah stesen minyak di kawasan parlimen di Te...
Anwar Mohon Penghakiman Ingkar Terhadap Ahli Parlimen Pendang

Anwar Mohon Penghakiman Ingkar Terhadap Ahli Parlimen Pendang

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 250 hits
BernamaKUALA LUMPUR Anwar Ibrahim memohon untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Ahli Parlimen Pendang Awang Solahuddin Hashim atas kegagalannya memfailkan pernyataan pembelaan bagi menjawab saman fitnah oleh perdana menteri itu dalam...
Ahli Parlimen Pas Dirakam Keterangan Berkait Kenyataan Perkauman

Ahli Parlimen Pas Dirakam Keterangan Berkait Kenyataan Perkauman

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 192 hits
BernamaBUKIT MERTAJAM Ahli Parlimen Permatang Pauh Muhammad Fawwaz Mohamad Jan memaklumkan beliau telah memberi keterangan kepada polis di IPD Timur Laut berhubung kertas siasatan berunsur perkauman membabitkan dirinya Fawwaz berkata ketera...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah