Ahli Parlimen Dap Tidak Bercakap Benar Mengata Dulang Paku Serpih



Kamarul Yusoff
Semalam Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago, membantai kerajaan yang didakwa tidak memberi keutamaan kepada isu hak asasi manusia kerana dikatakan lewat melantik pesuruhjaya Suhakam.
Lebih dari itu, Charles Santiago malah mendakwa bahawa sepanjang enam bulan lepas Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri tidak pernah berkata apa-apa tentang hak asasi manusia dan demokrasi.

Sesungguhnya tuduhan lucu ini amat menepati peribahasa Melayu berbunyi “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih” yang bermaksud “Mencari salah orang, diri sendiri lebih banyak salah”.
Di bawah Seksyen 5 (2) Akta Suhakam 1999, lantikan pesuruhjaya Suhakam adalah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Perdana Menteri setelah beliau berunding dengan jawatankuasa lantikan.
Kekosongan jawatan pesuruhjaya Suhakam wujud pada 26 April 2022, hari ini baru 10 Jun 2022, dan ia sudah berada di peringkat penyembah makluman nama-nama calon kepada Yang di-Pertuan Agong.
Perlu diingat, waktu PH memerintah selama 22 bulan dulu, PH mengambil masa dua bulan untuk mengisi pada 26 Jun 2019 kekosongan jawatan pesuruhjaya Suhakam yang wujud pada 26 April 2019.
Ke mana menghilangnya Charles Santiago, mengapa tidak beliau persoalkan kelembapan PH mengisi kekosongan jawatan pesuruhjaya Suhakam sekali gus komitmen PH kepada isu hak asasi manusia, waktu itu?
Dakwaan bahawa Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri tidak pernah berkata apa-apa tentang hak asasi manusia dan demokrasi sepanjang enam bulan lepas pula adalah lebih tidak betul.
Jika diteliti ucapan beliau sepanjang enam bulan lepas, akan ditemui banyak sekali pernyataan komitmen beliau ke atas pengukuhan demokrasi dan penegakan hak asasi bagi golongan yang terpinggir.
Dalam Perutusan Sempena Tahun Baharu 2022 pada 31 Disember 2021, beliau menyatakan kesediaan kerajaan untuk mengadakan transformasi sistem kehakiman bagi memperkukuhkan demokrasi di negara ini.
Dalam ucapan sempena Hari Wartawan Nasional 2022 pada 29 Mei, beliau menekankan betapa kerajaan beliau tidak pernah mengekang suara pihak media serta menjamin kebebasan bersuara di negara ini.
Di dalam pelbagai majlis, beliau sering menekankan bahawa kerajaan beliau akan memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang ketinggalan dalam merasai nikmat dan kemakmuran negara, ‘No one will be left behind’.
Ini temasuklah hak Sabah dan Sarawak, kaum minoriti, Orang Asli, orang kurang upaya (OKU), warga emas, wanita, kanak-kanak serta golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik dan bencana alam.
Malah, hak asasi haiwan juga beliau caknai, antaranya melalui pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 pada 21 Disember 2021 untuk meningkatkan keberkesanan perundangan konservasi hidupan liar.
Begitupun, seperti yang ditekankan oleh beliau sewaktu menjawab soalan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 1 Mac, nilai hak asasi di negara kita mungkin berbeza daripada nilai badan antarabangsa.
Tetapi jika hak asasi itu merangkumi penghapusan semua peraturan dan undang-undang yang menjadikan homoseksualiti sebagai satu jenayah, maka memang benarlah beliau tidak pernah bercakap mengenainya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/06/10/ahli-parlimen-dap-tidak-bercakap-benar-mengata-dulang-paku-serpih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Benar Ahli Politik Masuk Sekolah

Kpm Benar Ahli Politik Masuk Sekolah

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 118 hits
Timbalan Menteri Pendidikan Mohamad Alamin berkata beliau mengalu alukan mana mana ahli politik yang bercadang melaksanakan projek kecil di sekolah PETALING JAYA Ahli politik berhasrat memasuki kawasan sekolah bagi tujuan pembangunan dan pe...
Takut Kalah Atau Takut Hilang Gaji Soal Nur Jazlan Kepada 3 Ahli Parlimen Umno

Takut Kalah Atau Takut Hilang Gaji Soal Nur Jazlan Kepada 3 Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 117 hits
Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata Barisan Nasional tidak boleh menunggu lebih lama lagi kerana sekiranya terlambat momentum dan mood rakyat akan berubah PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno Johor mahu Annuar Musa Nazri Azi...
Lantikan Ahli Parlimen Belia Dilanjut Sehingga 2023 Kata Menteri

Lantikan Ahli Parlimen Belia Dilanjut Sehingga 2023 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 105 hits
Lantikan ahli Parlimen belia dilanjut sehingga 2023 kata menteri Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Jun 2022 1
Tarikh Pilihan Raya Dap Tak Hormat Yang Di Pertuan Agong

Tarikh Pilihan Raya Dap Tak Hormat Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 153 hits
Kamarul Yusoff Dalam kenyataan media yang beliau buat pada 2 Jun lalu Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook menyelar Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob kerana kononnya bersikap flip flop dalam soal bila beliau akan memanggil...
Dap A Victim Of Umno S Internal Ge15 Row Says Loke

Dap A Victim Of Umno S Internal Ge15 Row Says Loke

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 147 hits
PETALING JAYA Umno s internal conflict over when to call the next general election has led to DAP being blamed again says DAP secretary general Loke Siew Fook He said a reprimand by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob apparently aimed at DAP...
Umno S The One Pressing Pm For Early Polls But Dap Gets Blame Loke

Umno S The One Pressing Pm For Early Polls But Dap Gets Blame Loke

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 137 hits
DAP secretary general Anthony Loke expressed puzzlement over Prime Minister Ismail Sabri Yaakob training his guns on the opposition party when it is Umno that is pressing him for early polls The ones pressuring the prime minister to dissolv...
Tun Tolak Anwar Dap Tolak Kerjasama Dengan Pejuang

Tun Tolak Anwar Dap Tolak Kerjasama Dengan Pejuang

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 103 hits
Tun tolak Anwar DAP tolak kerjasama dengan PejuangPosted By on June 05 2022Sikap Pengerusi Perjuang Tun Mahathir Mohamad yang menyalahkan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya penyebab beliau tidak lagi menjadi Perdana...
Kawaq2 Umno Mau Pru15 Segera Dap Pula Disalahkan

Kawaq2 Umno Mau Pru15 Segera Dap Pula Disalahkan

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 206 hits
Kluster mahkamah UMNO dok gila nak PRU15 sebenaqnya Walaun PAS macai UMNO dok ratip DAP 24 jam sampai sewel Rafizi s day in court will put Sapura Energy under scrutiny Former Sapura Energy Berhad CEO Shahril Shamsuddin upset with remarks by...
Tiada Ruang Kerjasama Ph Pejuang Jika Mahathir Tolak Anwar Tegas Dap

Tiada Ruang Kerjasama Ph Pejuang Jika Mahathir Tolak Anwar Tegas Dap

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 98 hits
Lim Guan Eng berkata PH sememangnya berhasrat membuka pintu rundingan dengan Pejuang menjelang PRU15 namun mungkin terpaksa melupakannya ekoran pendirian Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA DAP menegaskan bahawa tiada ruang kerjasama antara P...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Wanita Terkejut Melihat Bawang Hijau Dijual Pada Harga Rm9 45 Sekilogram