Donald Trump Mendarat Di Klia Lawatan Pertama Presiden As Ke Malaysia Dalam 10 Tahun


SEPANG: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, menandakan lawatan pertama Presiden AS ke negara ini dalam tempoh sedekad.
Pesawat rasmi Presiden AS, Air Force One, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 9.54 pagi dan disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir menyambut ketibaan pemimpin AS ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan.
Konvoi rasmi presiden turut merangkumi “The Beast”, kenderaan rasmi yang diterbangkan khas bagi lawatan ini, yang akan digunakan sepanjang berada di Malaysia.
Selepas saling bertanya khabar, Anwar dan Trump menaiki The Beast bersama-sama, meninggalkan Kompleks Bunga Raya untuk ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan bermula hari ini hingga Selasa.
Kunjungan ini menandakan lawatan rasmi pertama Trump ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS bagi penggal kedua pada Januari lepas.
Trump ialah Presiden Amerika ketiga dalam sejarah yang melawat Malaysia, selepas Lyndon B Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014 dan 2015.
Sepanjang penggal pertama Trump (2017-2021), Presiden AS itu pernah menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2017 di Filipina, namun tidak mengikuti mesyuarat berikutnya, sekali gus mengundang persoalan tentang komitmen jangka panjang Washington terhadap Asia Tenggara.
Lawatan terakhir Presiden AS ke Malaysia ialah Obama pada 2015, menjadikan ketibaan Trump kali ini satu detik diplomatik yang penting, tatkala Washington berusaha memperkukuh hubungan dengan Asia Tenggara di tengah-tengah persaingan strategik global yang semakin sengit.
Kunjungan ke Asia adalah yang pertama bagi Trump sejak memulakan penggal kedua sebagai presiden pada Januari lalu.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 menghimpunkan pemimpin tertinggi dari 10 negara anggota serta rakan dialog termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan India, sekali gus menekankan peranan ASEAN sebagai platform utama untuk dialog dan kerjasama dalam suasana dinamik global yang semakin berubah.
Trump dijangka menyertai dialog peringkat tinggi dan menyaksikan pemeteraian KL Accord – perjanjian damai penting antara Thailand dengan Kemboja yang bertujuan menamatkan pertikaian sempadan dua negara selama beberapa dekad.
Anwar menyifatkan lawatan Trump ini sebagai satu pencapaian diplomatik yang mencerminkan penglibatan semula AS dengan Asia Tenggara.
Perdana Menteri berkata Malaysia kekal komited menjadikan sidang kemuncak itu sebagai platform untuk mempromosikan dialog, memperkukuh kerjasama dan menonjolkan kepentingan strategik ASEAN.
Antara pemimpin dunia yang turut menghadiri sidang kemuncak itu ialah Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva, Presiden Afrika Selatan Matamela Cyril Ramaphosa dan Perdana Menteri Jepun yang baharu Sanae Takaichi.
Wisma Putra dalam kenyataan semalam memaklumkan Trump melakukan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga esok, atas undangan Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025, bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.
Anwar dan Trump dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala hari ini dan dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan serta hubungan antara rakyat, selaras dengan Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS.
Sidang kemuncak ini adalah yang terakhir dianjurkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 sebelum menyerahkan kepengerusian kepada Filipina.
Sumber : BERNAMA
The post Donald Trump Mendarat di KLIA — Lawatan Pertama Presiden AS ke Malaysia Dalam 10 Tahun! appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/26/donald-trump-mendarat-di-klia-lawatan-pertama-presiden-as-ke-malaysia-dalam-10-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 325 hits
Donald Trump telah secara rasmi mendarat di Malaysia pagi tadi dengan menggunakan pesawat Air Force One dan beliau disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa menteri kabinet Suasana sambutan di lapangan terbang ke...
Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut

Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 299 hits
Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut KUALA LUMPUR 14 Okt Orangnya kecil molek dan apabila bertutur pula nadanya sentiasa lembut namun di sebalik semua itu Prof Ts Dr Norazah Mohd Suki bukan wan...
Pm Anwar Dijemput Presiden Mesir Kunjungan Trump Ke Malaysia Amat Penting

Pm Anwar Dijemput Presiden Mesir Kunjungan Trump Ke Malaysia Amat Penting

papar berkaitan - pada 19/10/2025 - jumlah : 348 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput Presiden Mesir Abdel Fattah el Sisi bagi menghadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza di Mesir sebagai sebahagian daripada usaha bersama memperkukuh sokongan antarabangsa terhadap pemuliha...
Tak Nampak Macam Dunia Ke 3 Tular Video Konvoi Presiden Trump Di Kl Netizen Luar Negara Puji Keadaan Jalan Di Malaysia

Tak Nampak Macam Dunia Ke 3 Tular Video Konvoi Presiden Trump Di Kl Netizen Luar Negara Puji Keadaan Jalan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 252 hits
Meski sering dikeluh mengenai keadaan jalan raya tempatan yang berlubang atau tidak rata video yang memaparkan rombongan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkonvoi melalui lebuh raya semasa perjalanan ke Sidang Kemuncak ASEAN menerima...
Hiburan Aksi Spontan Donald Trump Berjoget Sejurus Ketibaan Di Malaysia Curi Perhatian Ramai

Hiburan Aksi Spontan Donald Trump Berjoget Sejurus Ketibaan Di Malaysia Curi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 196 hits
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencuri tumpuan ramai sebaik tiba di Malaysia apabila secara spontan menari bersama kumpulan penari tradisional tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Trump disambut meriah oleh Perdana...
Trump Arrives In Malaysia For First Asean Summit In 8 Years

Trump Arrives In Malaysia For First Asean Summit In 8 Years

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 273 hits
The US president will preside over the Thailand Cambodia peace signing upon arrival US president Donald Trump and Prime Minister Anwar Ibrahim on the red carpet during a ceremonial welcome at KLIA this morning SEPANG US president Donald Tru...
Thai Cambodia Peace Deal To Be Signed Upon Trump S Arrival In Malaysia

Thai Cambodia Peace Deal To Be Signed Upon Trump S Arrival In Malaysia

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 279 hits
US President Donald Trump will attend the ceremonial signing of a peace agreement between Thailand and Cambodia at the Asean summit today US President Donald Trump speaks to the media aboard Air Force One in Doha after meeting Qatar s Emir ...
Trump Arrives In Malaysia For Asean Summit Shares Light Moment With Anwar On Red Carpet

Trump Arrives In Malaysia For Asean Summit Shares Light Moment With Anwar On Red Carpet

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 309 hits
US President Donald Trump arrived in Malaysia this morning to attend the 47th Asean Summit and Related Summits marking his first visit to the country since resuming diplomatic engagements in the region Air Force One touched down at Kompleks...
Presiden Colombia Gustavo Petro Tenang Hadapi Ancaman Trump

Presiden Colombia Gustavo Petro Tenang Hadapi Ancaman Trump

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 197 hits
Presiden Colombia Gustavo Petro tampak tenang berhadapan dengan ancaman pemotongan bantuan AS oleh Trump Bantuan ekonomi dari AS kepada Colombia telah lama ada terutama melalui program USAID yang mementingkan pembangunan sosial pemulihan ka...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Bunga Liar Bidens Alba

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik