Agong Terima Watikah Pelantikan 12 Perwakilan Asing Ke Malaysia


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima Watikah Pelantikan daripada Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Peter - Christof Blomeyer pada Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan oleh bakal Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Malaysia di Istana Negara hari ini.




KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini.

 
Turut hadir ke istiadat itu Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

 
Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan ialah Sami Rafael Leino dari Finland; Kristen Rosenvold Geelan (Denmark); Dr Petra Ponevács-Pana (Hungary); Jagdishwar Goburdhun (Mauritius) dan Michalis Rokas (Kesatuan Eropah).

 
Yang lain ialah Hermono dari Indonesia; Ronald Galharague (Perancis); Dr Peter-Christof Blomeyer (Jerman); Diego Velasco Von Pilgrimm (Chile); Pam Chong Dunn (New Zealand);  Tran Viet Thai (Vietnam) dan Golam Sarwar (Bangladesh).

 
Leino merupakan Pengarah Unit Timur Asia dan Oceania, Jabatan Amerika and Asia di Kementerian Luar Finland, sementara Geelan pula pernah menjadi Duta Denmark ke Hungary pada 2016.

 
Ponevács-Pana pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi Asing di Kementerian Luar dan Perdagangan Hungary dari 2014 hingga 2020.

 

Sementara itu, Goburdhun sebelum ini adalah Pesuruhjaya Tinggi Mauritius ke India dari 2015 hingga tahun ini, manakala Rokas pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Pertama Delegasi Kesatuan Eropah ke Hong Kong dan Macau pada 2002.

 
Hermono pula pernah menjadi Duta Besar Indonesia ke Sepanyol selama empat tahun bermula 2018, manakala Galharague  sebelum ini merupakan Duta Besar Perancis ke Republik Czech dari 2017 hingga September tahun ini.

 
Blomeyer sebelum ini merupakan  Duta Besar Jerman ke beberapa negara termasuk Uganda dan Kosova, sementara Von Pilgrimm pernah berkhidmat sebagai Koordinator Pasukan Forensik Chile (Tsunami 2004) di Thailand.

 
Chong Dunn pernah berkhidmat sebagai Duta Besar New Zealand ke ASEAN, manakala Viet Thai sebelum ini adalah Pengarah Pusat Penyelidikan APEC, Vietnam dan Sarwar pernah menjadi Duta Besar Bangladesh ke Sweden (2013) dan Oman (2017).

 
-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/agong-terima-watikah-pelantikan-12.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Hadapi 17 Tuduhan Terima Rasuah Lebih Dari Rm20 000

Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Hadapi 17 Tuduhan Terima Rasuah Lebih Dari Rm20 000

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 432 hits
KUALA LUMPUR Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 17 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM21 500 daripada seorang wanita bagi melepaskan warga asing yang melakukan kesalahan imigre...
Angkara Dadah Ramai Rakyat Malaysia Dalam Penjara Asing Kamarudin

Angkara Dadah Ramai Rakyat Malaysia Dalam Penjara Asing Kamarudin

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 270 hits
Kamarudin Jaafar KUALA LUMPUR Sebahagian besar daripada 2 742 rakyat Malaysia yang ditahan dan dikenakan hukuman penjara di luar negara kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata selain d...
Terima Permintaan Yang Tinggi Malaysia Airlines Restock Kacang Masin Mulai Hari Ini

Terima Permintaan Yang Tinggi Malaysia Airlines Restock Kacang Masin Mulai Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 321 hits
Sebelum ini kacang masin Malaysia Airlines habis terjual dalam masa 2 jam sahaja Semestinya ramai yang hampa tidak sempat membeli kacang masin kegemaran ramai itu Ini peluang keemasan untuk anda yang terlepas mendapatkan kacang masin terseb...
Rakyat Malaysia Wajib Terima Hakikat Bahawa Tidak Wujud Istilah Tolak Ansur Dalam Politik Demokrasi

Rakyat Malaysia Wajib Terima Hakikat Bahawa Tidak Wujud Istilah Tolak Ansur Dalam Politik Demokrasi

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 371 hits
PENTINGNYA YANG MENGEPALAI MEMPUNYAI LIGITIMASI DARI SUDUT MAJORITI Ramai yg tertanya tanya kenapa keadaan politik yg masih juga TIDAK STABIL sekalipun sudah berlaku pertukaran kerajaan Bukankah UMNO dan PAS sendiri pernah menjanjikan keada...
Kerajaan Malaysia Tandatangani Perjanjian Dapatkan Vaksin Covid 19 Bakal Terima Seawal Suku Pertama 2021

Kerajaan Malaysia Tandatangani Perjanjian Dapatkan Vaksin Covid 19 Bakal Terima Seawal Suku Pertama 2021

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 421 hits
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan telah menandatangani perjanjian pembelian awal dengan syarikat farmaseutikal Pfizer pada 24 November lalu untuk mendapatkan bekalan vaksin Covid 19 BACA Golongan Anti Vaksin Tak Senang Dr Zulk...
Agong Zahir Terima Kasih Pada Mp Sokong Belanjawan

Agong Zahir Terima Kasih Pada Mp Sokong Belanjawan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 322 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 5 58 pmDikemaskini Hari ini 6 03 pmYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan penghargaan kepada semua ahli parlimen yang menyokong untuk meluluskan Belanjawan 2021 pada sidan...
Langsung Malaysia Dijangka Terima Vaksin Covid19 Awal Tahun Depan

Langsung Malaysia Dijangka Terima Vaksin Covid19 Awal Tahun Depan

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 312 hits
Kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan syarikat farmaseutikal Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan bekalan vaksin sebanyak 12 8 juta dos HapusCOVID19 NormaBaharu DisiplinMalaysia SUBSCRIBE now Astro Awan...
Vivo Y20s Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Rm899

Vivo Y20s Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Rm899

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 487 hits
Vivo kini hadir dengan penawaran peranti pintar baharu untuk pasaran tempatan Melaluinya mereka telah memperkenalkan Vivo Y20s yang dilengkapi sejumlah spesifikasi menarik dalam kelas tersendiri Ia termasuklah bateri besar dengan sokongan p...
Bila Cerita Itu Ujian Kepercayaan

The Day Trippers Come For Trieste

Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap Rasa Masam Manis Pedas Perfect

Pasaran Mahal Tetapi Tidak Kesemuanya

Hati Nora Danish Dicuri Jejaka Berkopiah

Jangan Tiru Flexing Qarun Dampak Pamer Harta Di Media Sosial

Best Dinner Recipe Using Ground Turkey

Resipi Sambal Telur Anak Ramai Lauk Simple Tapi Sangat Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Blog Santai Emosi When Life Gives You Tangerines

Hati Hati Bila Nak Mengata Dan Menghukum Orang

Turn An Idea Into A Profitable Business

Buah Setol

Best Sydney Removalists For Local Moves What Sets Holloway Apart

Rupanya Ada Cara Main Video Di Latar Tanpa Perlu Langgan Youtube Premium