Faisal Tewas Dua Perlawanan Persahabatan Tunggu Aksi Pahang Sebenar Pada 26 Ogos Ini


 

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Pahang, Faisal Abdul Halim harap penyokong akan tetap memberikan sokongan padu kepada pasukan meskipun mereka tewas dalam dua perlawanan persahabatan setakat ini sambil menjanjikan aksi yang lebih memberangsangkan dalam saingan sebenar yang bakal bermula 26 Ogos ini.
Pemain muda berusia 22 tahun ini mengakui keputusan yang diperoleh dalam dua perlawanan menentang Terengganu FC 2 dan terbaharu, Selangor 2 agak teruk dan tidak menggambarkan prestasi sebenar mereka.
Namun, Faisal harap penyokong tidak putus asa untuk terus memberikan sokongan apabila dua perlawanan tersebut pastinya jadi pengajaran berguna kepada pasukan untuk sentiasa menilai dan memperbaiki segala kelemahan kerana yang lebih penting adalah perlawanan pada 26 Ogos ini menentang juara enam kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Saya sebagai pemain mengakui keputusan memang agak teruk setakat ini, tetapi bukannya bermakna kita nak kalah setiap perlawanan itu.
“Ini kerana kami dalam proses mencari rentak permainan yang sebaiknya untuk kami hadap perlawanan sukar menentang JDT nanti.
“Tidak guna kalau kita menang aksi persahabatan, tetapi aksi sebenar 26 Ogos ini, kita main macam budak-budak, jadi saya harap sangat penyokong juga memahami apa yang kami sedang lakukan ketika ini sebab siapa je yang nak kalah kan.
“Kami sebagai pemain pun apabila kalah, memang sedih, kadang-kadang tiada semangat, tetapi apa-apa pun kami kena bangkit juga untuk terus perbaiki kelemahan sebaik mungkin selepas ini”, jelas pemain kelahiran Pulau Pinang itu.
Pahang terlebih dahulu tewas 0-3 kepada Terengganu FC 2 dan terbaru, kekalahan 2-3 kepada Selangor 2.
Menjelang saingan CIMB Liga Super 2020 yang akan berlangsung kurang daripada dua minggu sahaja lagi, Faisal tekad ingin memastikan tempat dalam skuad utama terus menjadi miliknya apabila telah diberi kepercayaan oleh pengendali, Dollah Salleh untuk beraksi sebagai pemain utama dalam empat perlawanan pertama, musim ini.
Namun, dia tidak menolak bukan mudah untuk terus menjadi pilihan kerana kesemua pemain ketika ini berada di tahap yang sama selepas lama tidak turun padang ekoran pandemik Covid-19 dan sesiapa sahaja mampu menggantikan posisinya.
“Sebelum kes Covid-19 ini, memang keempat-empat perlawanan saya beraksi dalam kesebelasan utama dan selepas kami kembali ke padang, saya sedar semua pemain juga ingin turut sama beraksi kerana kita pun hanya ada 7 perlawanan sahaja lagi.
“Saya hanya ingin kekalkan momentum yang saya ada sekarang ini dan yang penting, dapat pertingkatkan lagi prestasi sebelum sepak mula 26 Ogos.
“Setakat ini, saya pun masih belum berjaya menjaringkan sebarang gol, tetapi sekarang saya rasa itu tidak penting asalkan pasukan menang tidak kira siapa pun yang meledak gol”, tambahnya.
Pahang ketika ini menghuni tangga ketiga liga selepas mengalami dua kekalahan dan dua kemenangan pada awal musim. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/faisal-tewas-dua-perlawanan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunang Kena Masuk Wad Raja Afiq Dedahkan Punca Sebenar Soffwany Dimasukkan Ke Wad Sejak Dia Mengalami Dua Simptom Ini

Tunang Kena Masuk Wad Raja Afiq Dedahkan Punca Sebenar Soffwany Dimasukkan Ke Wad Sejak Dia Mengalami Dua Simptom Ini

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 811 hits
Penyanyi yang juga merupakan tunang kepada pelakon Raja Afiq Soffwany terpaksa menerima rawatan di wad sebuah pusat perub4tan di Subang Jaya Selangor selepas mengalami kercunan makanan
Dua Peserta Dari Pahang Dan Selangor Menang Gaji Seumur Hidup Daripada Nestl

Dua Peserta Dari Pahang Dan Selangor Menang Gaji Seumur Hidup Daripada Nestl

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 425 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraDua Peserta dari Pahang dan Selangor menang Gaji Seumur Hidup daripada Nestl Nestl juga sumbang RM684 000 kepada 17 pertubuhan amal menerusi peraduan seluruh negara terbesarnyaDUA PESERTA DARI PAHANG DAN S...
Dua Lagi Individu Bergelar Datuk Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Projek Balak Lebih Rm27 Juta Di Pahang

Dua Lagi Individu Bergelar Datuk Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Projek Balak Lebih Rm27 Juta Di Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 571 hits
PUTRAJAYA Dua lagi individu lelaki bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta di Pahang lima tahun lepas Seorang daripada suspek yang merupakan bekas timbalan pen...
Perlawanan Amal Legenda Terengganu Selangor 15 Ogos

Perlawanan Amal Legenda Terengganu Selangor 15 Ogos

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA TERENGGANU Bekas pemain kebangsaan dari negeri ini dan Selangor bakal berentap dalam aksi amal bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada bekas legenda Terengganu Mohd Fadali Jalil dan Rosli Ishak yang kini terlantar sakit Presiden...
Rindu Konflik Taeoh Sunwoo Dakyung Marathon The World Of The Married Di Netflix Bermula 28 Ogos Ini

Rindu Konflik Taeoh Sunwoo Dakyung Marathon The World Of The Married Di Netflix Bermula 28 Ogos Ini

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 197 hits
Meskipun langsung tidak mendapat hype sebelum tayangannya tapi siapa sangka drama The World Of The Married berjaya menolak semua K Drama lain untuk tampil jaguh bagi tahun 2020 ini Kisah ini menampilkan Ji Sun woo yang merupakan seorang dok...
Suara Misteri Di Tanah Perkuburan Dalam Video Bukan Suntingan Wanita Ini Cerita Perkara Sebenar

Suara Misteri Di Tanah Perkuburan Dalam Video Bukan Suntingan Wanita Ini Cerita Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 447 hits
VIDEO saya duduk di atas jengkaut dengan latar belakang tanah perkuburan itu dirakam tanpa sengaja dan saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet kata ibu tiga anak Siti Natrah Ismail Siti Natrah 30 memberi reaksi itu ke...
Skop Tugas Sebenar Pembantu Makmal C19

Skop Tugas Sebenar Pembantu Makmal C19

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 559 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca pembaca Semoga semuanya sihat sihat belaka Selepas sy baca kembali artikel sebelum ni saya ada berjanji nak kongsikan Skop Tugas untuk Pembantu Makmal C19 Jadi Hari ini saya akan kongsi...
Gambar Sebenar Asus Zenfone 7 Didedahkan Dengan Tiga Lensa Boleh Lipat

Gambar Sebenar Asus Zenfone 7 Didedahkan Dengan Tiga Lensa Boleh Lipat

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 232 hits
Asus akan melancarkan siri smartphone ZenFone 7 minggu hadapan iaitu pada 26 Ogos ini Asus ZenFone 7 dijangka hadir dengan dua model yang menggunakan pemproses Snapdragon 765 untuk ZenFone 7 dan Snapdragon 865 untuk ZenFone 7 Pro Hanya ting...
Mustafa Shah Dap Tunjuk Wajah Rasis Sebenar Mereka

Mustafa Shah Dap Tunjuk Wajah Rasis Sebenar Mereka

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 383 hits
DAP akhirnya menunjukkan wajah rasis mereka apabila Pemuda Sarawak melakukan perbuatan biadab menampal tulisan Cina di beberapa papan tanda di bandar Kuching semalam Jika sebelum ini DAP mendakwa mereka bukan rasis dan anti Melayu hari ini ...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Fiersa Besari April Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

15 Fresh And Vibrant Spring Flowers Centerpiece Decorations

Saraswathy Lodges Report Against Satees Portal For Alleged Defamation

Netizens Inciting Hatred Against Footballers Being Tracked Down

Two Malaysians Injured In Narathiwat Blast Discharged From Hospital