Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua Airboat Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir


Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua “Airboat” Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenaan mengurniakan kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan dua ‘airboat’ berkuasa tinggi milik Seri Paduka Baginda sebagai aset operasi menyelamat mangsa banjir.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan perkenan itu berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini, selain sebagai persediaan agensi keselamatan dalam melaksanakan misi menyelamat jika berlaku gelombang kedua banjir.
“Kedua-dua airboat berkenaan kini ditempatkan di Istana Negara dan dijangka dapat meningkatkan kecekapan operasi serta mempercepatkan penghantaran bantuan kecemasan,” menurut hantaran berkenaan.
Pada Mac 2023, tiga unit ‘airboat’ milik Seri Paduka Baginda digerakkan bagi operasi menyelamat, memindahkan serta membantu mangsa banjir di Johor.
Aset berkenaan turut digunakan untuk menghantar bekalan makanan ke penempatan Orang Asli di kawasan Kluang yang terputus hubungan akibat bencana ketika itu.
Setakat pagi ini, empat negeri masih dilanda banjir iaitu Perak melibatkan 2,690 orang, Selangor (699) orang, Perlis (207) orang dan Pahang (28) orang.
Dalam hantaran berasingan, Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan Seri Paduka Baginda berkenan menerima taklimat mengenai perkembangan semasa Gerup Gerak Khas (GGK) oleh Panglima 21 GGK, Mejar Jen Datuk Ahmad Shuhaimi Mat Wajab, di Johor Bahru hari ini.
Menurut hantaran itu, Seri Paduka Baginda yang juga Kolonel Komandan GGK dipersembahkan taklimat mengenai Rancangan Perolehan (RP2) di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Turut dibentangkan ialah maklumat mengenai sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas (Fasa Kedua) di Melaka serta perkembangan terkini projek pembinaan kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing, menurut hantaran berkenaan.
Sumber: BERNAMA
The post Agong Kurnia Kebenaran Guna Dua “Airboat” Milik Peribadi Bantu Operasi Banjir appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/04/agong-kurnia-kebenaran-guna-dua-airboat-milik-peribadi-bantu-operasi-banjir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nubhan Gagal Dapatkan Hadanah Penuh Diberi Kebenaran Lawatan Dua Kali Sebulan

Nubhan Gagal Dapatkan Hadanah Penuh Diberi Kebenaran Lawatan Dua Kali Sebulan

papar berkaitan - pada 26/11/2025 - jumlah : 171 hits
Pertikaian hadanah antara penyanyi Nubhan dan isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek akhirnya mencapai kata putus apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan hak jagaan kekal tiga anak mereka diberikan kepada Dr Afifah Peguam Syarie ya...
Banjir Hat Yai Pm Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya

Banjir Hat Yai Pm Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 167 hits
Banjir Hat Yai PM Singapura Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Thailand Bantu Rakyatnya KUALA LUMPUR 2 Dis Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa Malaysia dan Thailand atas bantuan segera yang di...
Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai

Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 174 hits
Banjir Dah Surut Tular Kereta Milik Rakyat Malaysia Tersadai Di Hatyai Banjir yang melanda selatan Thailand baru baru ini sememangnya telah menjejaskan aktiviti pelancongan di sana terutama di Hatyai Ekoran dari paras air yang naik secara m...
Momen Bayi Diselamatkan Guna Kotak Plastik Ketika Banjir Runtun Hati Ramai

Momen Bayi Diselamatkan Guna Kotak Plastik Ketika Banjir Runtun Hati Ramai

papar berkaitan - pada 28/11/2025 - jumlah : 162 hits
Momen Bayi Diselamatkan Guna Kotak Plastik Ketika Banjir Runtun Hati Ramai Baru baru ini tular satu video memaparkan detik detik dipercayai penduduk Bandang di Kabupaten Tapanuli Tengah Sumatera Utara cuba menyelamatkan bayi ketika banjir m...
Pelajar Umk Kampus Kota Redah Banjir Junjung Beg Selamatkan Barang Peribadi

Pelajar Umk Kampus Kota Redah Banjir Junjung Beg Selamatkan Barang Peribadi

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 197 hits
Pelajar UMK Kampus Kota Redah Banjir Junjung Beg Selamatkan Barang Peribadi Sejak semalam beberapa rakaman keadaan banjir mula tular di media sosial Keadaan itu menunjukkan banjir semakin memburuk di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia...
Mangsa Banjir Ugut Anggota Penyelamat Guna Senjata Api

Mangsa Banjir Ugut Anggota Penyelamat Guna Senjata Api

papar berkaitan - pada 27/11/2025 - jumlah : 204 hits
KOSMO GAMBAR jet ski yang digunakan Tee Inkjet Foto Facebook Tee InkjetBANGKOK Seorang lelaki Thailand yang terperangkap dalam banjir besar di Hatyai wilayah Songkhla melepaskan tiga das tembakan ke udara untuk mengugut anggota anggota peny...
Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang

Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 182 hits
Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Enam Negeri Terengganu Lebih 10 000 Orang KUALA LUMPUR 29 November Jumlah mangsa banjir di Terengganu Pahang Selangor Negeri Sembilan Melaka dan Perak menunjukkan peningkatan pagi ini manakala di Kedah Kelan...
Kereta Terperangkap Banjir Di Sepang Seorang Lelaki Dikhuatiri Lemas

Kereta Terperangkap Banjir Di Sepang Seorang Lelaki Dikhuatiri Lemas

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 186 hits
FMT ReportersJabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata tiga lagi mangsa dalam kereta itu berjaya menyelamatkan diri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata operasi mencari dan menyelamat dilancarkan untuk mencari lelaki yang diper...
Banjir Surut Penduduk Aceh Terkejut Temui Bangkai Gajah Ditimbun Kayu

Banjir Surut Penduduk Aceh Terkejut Temui Bangkai Gajah Ditimbun Kayu

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 254 hits
Banjir Surut Penduduk Aceh Terkejut Temui Bangkai Gajah Ditimbun Kayu Indonesia Penduduk Desa Meunasah Lhok Aceh dikejutkan dengan penemuan bangkai seekor gajah yang tertimbun di balik kayu dan lumpur selepas banjir mula surut Menurut Kumpa...
Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Perjuanganku Belum Berakhir Kuat Kerana Tiada Pilihan

Exco Pemuda Umno Malaysia Md Jamil Pauzi Tegaskan Titah Tuanku Bukanlah Bahan Politik Untuk Di Permainkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meditation Experience 5

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Keyboard Retro Led Unboxing Malaysia

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Mak Tak Perlu Jerit Anak Pun Boleh Belajar Sendiri