Tun M Jangan Gagalkan Usaha Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat Shamsul Iskandar


 



Bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad digesa agar tidak cuba menggagalkan usaha Pakatan Harapan (PH) mengembalikan kerajaan mandat rakyat.

Gesaan itu dikeluarkan Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas Ahli Parlimen Langkawi itu sekali lagi mengeluarkan kenyataan menyerang Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, memperlecehkan kononnya Ahli Parlimen Port Dickson tersebut tidak mampu memerintah negara sekiranya menghadapi krisis kewangan.
Bagi Shamsul, kenyataan Dr Mahathir itu tidak lebih sebagai taktik politik yang menggambarkan bahawa beliau dalam keadaan terdesak untuk dilihat relevan dalam arus politik perdana.
"Serangan beliau terhadap Datuk Seri Anwar tidak berasas dan boleh disifatkan sebagai cubaan untuk mengkhianati serta menggagalkan usaha PH mendapatkan semula kerajaan.
"Kita semua sedia maklum kegagalan Tun Mahathir sebagai PM dalam mempertahankan agenda Reformasi dan mandat yang diberikan oleh rakyat sepanjang 22 bulan PH memerintah negara.
"Tindakan Tun yang meletak jawatan tanpa sebarang perbincangan dengan pimpinan PH (Februari lalu) menjadi punca kejatuhan kerajaan (mandat rakyat) seterusnya memangkin rampasan kuasa secara khianat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan dukungan gerombolan pimpinan Bersatu," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, menurut Shamsul lagi, Tun Mahathir seharusnya mengambil peranan sebagai negarawan selepas bersara daripada jawatan Perdana Menteri dan tidak perlu lagi kembali menjadi pencatur politik.
Katanya, percaturan sebelum ini yang gagal telah menyebabkan negara menjadi huru-hara dan ekonomi rakyat tidak menentu menghadapi pandemik Covid 19.
"Oleh yang demikian, dalam usaha Datuk Seri Anwar dan pimpinan PH menggembleng sokongan pelbagai pihak mendapatkan kembali mandat rakyat yang dirampas, Tun perlu menghentikan tindakan-tindakan beliau yang kini dilihat seolah-olah mahu memecahbelahkan PH serta menggagalkan usaha tersebut.
"Tun Mahathir sewajarnya bermuhasabah dan insaf bahawa segala ketidakstabilan politik yang berlaku dalam negara mutakhir ini berpunca dari tindakan beliau sendiri.
"Beliau seharusnya menunjukkan sikap sebagai seorang negarawan dan membantu usaha Datuk Seri Anwar dan PH untuk mengembalikan mandat rakyat dan bukan menggagalkannya," katanya lagi.
Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight yang diterbitkan hari ini, Tun Mahathir berkata Datuk Seri Anwar tidak mampu mengemudi negara sekiranya berlaku krisis kewangan, dengan menyorot krisis ekonomi pada 1997 sebagai contoh.
Datuk Seri Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika krisis matawang melanda Asia. Dr Mahathir kemudiannya memecat Datuk Seri Anwar dengan tuduhan skandal seks yang direkayasa sehingga mencetuskan gerakan Reformasi pada September 1998.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/tun-m-jangan-gagalkan-usaha-kembalikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Dakwa Mahathir Cuba Gagalkan Usaha Ph Jadi Kerajaan

Pkr Dakwa Mahathir Cuba Gagalkan Usaha Ph Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 255 hits
November 14 2020 Kenyataan terkini Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai cubaan untuk mengkhianati serta menggagalkan usaha Pakatan Harapan bagi mendapatkan semula kerajaan kata Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Aki...
Kembalikan Segera Mandat Rakyat Undi Percaya Boleh Dilakukan Zahid

Kembalikan Segera Mandat Rakyat Undi Percaya Boleh Dilakukan Zahid

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 339 hits
DEWAN Rakyat merupakan merupakan pentas terbaik untuk menstabilkan situasi politik dalam negara Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sama ada terdapat usul undi percaya atau sebaliknya ia perlu diuji di Dewan R...
Rakyat Percaya Kerajaan Pn Lebih Baik Daripada Ph Keputusan Kajian

Rakyat Percaya Kerajaan Pn Lebih Baik Daripada Ph Keputusan Kajian

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 307 hits
SHAH ALAM Peratusan kepercayaan rakyat terhadap keupayaan kerajaan Perikatan Nasional menerajui negara ini jauh lebih baik berbanding ketika pemerintahan Pakatan Harapan Berdasarkan penyelidikan dijalankan badan pemikir bebas EMIR Research ...
Hiburan Peka Dengan Keadaan Rakyat Mila Jirin Rayu Kerajaan Perhalusi Cadangan Pengeluaran Kwsp

Hiburan Peka Dengan Keadaan Rakyat Mila Jirin Rayu Kerajaan Perhalusi Cadangan Pengeluaran Kwsp

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 343 hits
Terkenal dengan sikap lantangnya dalam mengemukakan pendapat penyanyi dan juga usahawan terkenal Malaysia Mila Jirin tampil menyeru pihak kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Pekerja bagi mereka yang terjejas Menerusi seb...
Belanjawan 2021 Kenapa Kerajaan Masih Berkira Kira Untuk Rakyat

Belanjawan 2021 Kenapa Kerajaan Masih Berkira Kira Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 358 hits
Secara keseluruhan Belanjawan 2021 kelihatan komprehensif kerana menyentuh semua sektor kritikal termasuk memfokuskan golongan B40 serta perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik COVID 19 Sungguhpun begitu belanjawa...
Kerajaan Hadapi Cabaran Berat Yakinkan Rakyat Ambil Vaksin Covid 19

Kerajaan Hadapi Cabaran Berat Yakinkan Rakyat Ambil Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 311 hits
freemalaysiatoday com November 8 2020 7 00 AMKhairy Jamaluddin bimbang ada rakyat akan menolak program imunisasi Covid 19 yang akan dilancarkan tahun depan PETALING JAYA Menteri Sains Teknoloji dan Inovasi Khairy Jamaluddin menegaskan keper...
Seboleh Mungkin Jangan Sentuh Wang Itu Kerajaan Kaji Cadangan Benarkan Pencarum Keluarkan Dana Dari Akaun 1 Kwsp

Seboleh Mungkin Jangan Sentuh Wang Itu Kerajaan Kaji Cadangan Benarkan Pencarum Keluarkan Dana Dari Akaun 1 Kwsp

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 299 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan cadangan bagi membenarkan pencarum yang terjejas akibat pandemik Covid 19 mengeluarkan dana dari akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sedang dikaji Muhyiddin berkata beliau telah ber...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Connie Francis Pretty Little Baby Chord

Bunga Memahami Chord

Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan Jurutera Dan Teman Wanitanya Selamat

King Current A Scratch Built Electric Chopper From Switzerland

Rumusan Buku Cerita Untuk Nilam Tips Dan Panduan