Agm Pemuda Mca Ke 56 Teks Ucapan Ketua Pemuda Mca Datuk Nicole Wong


Teks Ucapan
Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Nicole Wong
Perhimpunan Agung Pemuda MCA kali ke 56
6 Mac 2021

Selamat sejahtera saya ucapkan.
Tahun ini, genaplah 72 tahun usia parti MCA. Dalam sejarah Malaysia, selain daripada UMNO dan MIC, tiada lagi parti politik di negara ini yang berjaya mengharungi perjalanan selama 70 tahun sejak penubuhannya. Ini adalah sesuatu yang amat membanggakan kita semua.
Bukan mudah untuk mencapai ke tahap ini. Jadi, apakah faktor-faktor yang membantu MCA untuk terus berdiri sehingga hari ini? Sudah tentu terdapat banyak jawapan kepada soalan ini. Contohnya, kita ada pemimpin-pemimpin yang berwibawa, akar umbi yang kuat dan penyokong yang setia bersama kita. Namun, saya berpendapat, faktor yang betul-betul membantu MCA mengharungi semua cabaran dan meneruskan perjuangannya adalah kerana kita memiliki prinsip yang jelas, iaitu matlamat untuk membina Malaysia untuk semua berteraskan nilai-nilai inklusif, kepelbagaian dan keharmonian.
Sebagai wanita pertama yang menggalas amanah sebagai Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, saya bukan hanya bertanggungjawab untuk memimpin sayap Pemuda MCA sahaja. Sebaliknya, saya juga memikul tanggungjawab untuk mendorong semua ahli-ahli MCA untuk terus melangkah ke hadapan dengan memupuk nilai-nilai murni dan membimbing mengikut hala tuju parti kita.
Tambahan pula dengan ketidaktentuan politik hari ini dan juga situasi sukar yang perlu kita harungi akibat pandemik COVID-19. Saya percaya, kita semua tidak menjangkakan bagaimana Malaysia dapat mengharungi cabaran yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini. Namun, krisis ini juga membawa peluang perubahan, dan hari ini kita menyedari betapa pentingnya untuk kita semua menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu. Justeru itu, MCA sebagai antara parti politik yang tertua di Malaysia juga harus menyesuaikan diri seiring peredaran era baharu ini.

Oleh itu, apakah peranan yang patut dimainkan oleh Pemuda MCA dalam usaha membantu menambahbaik parti? Pada 16 Julai 2019 lalu, Parlimen telah meluluskan usul untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan, kerajaan akan melaksanakan penurunan had umur mengundi dan juga pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada bulan Julai tahun ini. Kita amat mengalu-alukan pengumuman ini. Dijangkakan, seramai 7.8 juta pengundi baharu di Malaysia dan majoritinya adalah pengundi berusia 18 tahun. Mereka inilah yang akan menentukan masa depan negara Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Pemuda MCA harus mengambil langkah proaktif untuk memastikan maklumat yang tepat dan dasar-dasar kerajaan dapat disalurkan kepada golongan belia ini, dan kita juga harus menekankan kepada mereka bahawa masa depan negara bukanlah perkara remeh-temeh. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengundi demi mempertahankan nilai-nilai demokrasi berparlimen dan hak sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan negara kita. Peluang mengundi ini hanya datang setiap 3 hingga 5 tahun dan setiap undi adalah penting bagi menentukan halatuju negara kita sepanjang tempoh 3 hingga 5 tahun tersebut. Betapa pentingnya untuk memilih sebuah kerajaan yang baik untuk menentukan masa depan negara. Inilah yang patut ditekankan kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya pengundi muda baharu.
Selain itu, peningkatan ketara pengundi baharu ini bermaksud bahawa MCA juga tidak boleh mengekalkan pemikirannya yang lama dan tidak sesuai untuk era ini. Tambahan lagi, kesemua pengundi baharu merupakan generasi Z (1995-2010), maka pemikiran dan pandangan mereka amat jauh sekali daripada generasi yang dilahirkan pada 1970an. Malah, ia juga berbeza daripada generasi yang dilahirkan pada 1980an dan awal 1990an. Sebahagian perbezaan ini disebabkan oleh kemajuan informasi dan teknologi yang semakin pesat. Oleh kerana generasi Z ini terdedah kepada terlampau banyak maklumat, maka mereka mudah dipengaruhi hasutan emosi. Ini amat membimbangkan, bagai ‘satu percikan kecil mampu membakar seluruh hutan’. Selain itu, oleh kerana generasi ini mempunyai akses luas kepada pelbagai maklumat, maka ketaatan mereka kepada satu-satu parti dan pemimpin bukanlah sepertimana generasi sebelum mereka. Ia boleh dikatakan bahawa pengundi muda ini adalah ‘pedang bermata dua’ kerana sokongan mereka boleh berubah pada bila-bila masa setiap kali adanya pilihan raya. Di dalam ketidakpastian ini, bagaimanakah kita boleh menarik sokongan pengundi muda kepada perjuangan dan matlamat MCA? Ini adalah cabaran yang amat besar.

Namun begitu, saya percaya bahawa selagi adanya Pemuda MCA, kami mampu bekerjasama untuk mempromosikan pelan pembangunan negara, agar golongan pengundi baharu ini dapat memahami perjuangan MCA dan masa depan mereka. Demi memberi fokus kepada kehidupan golongan belia, kita haruslah merangka pelan yang baik, seperti mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan beban kehidupan, meningkatkan kebajikan sosial dan sebagainya. Apa yang dimahukan golongan belia adalah suara mereka didengari. Pemuda MCA telahpun menyenaraikan beberapa idea. Oleh itu, kita harus meyakinkan golongan belia untuk memberi peluang kepada MCA, kerana MCA merupakan pilihan yang terbaik untuk merangka halatuju negara kita. Jika kita berjaya, saya yakin MCA masih wujud untuk 72 tahun lagi pada masa akan datang.
Walaupun wakil kita di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak cukup untuk mempengaruhi keadaan keseluruhan, namun bagi saya, ini bukanlah satu alasan untuk Pemuda MCA berhenti bekerja dan menyerah kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Ini bukanlah sikap sebenar ahli-ahli MCA. Sebagai seorang ibu, saya sering memberitahu anak-anak, setiap kali mereka jatuh, mereka harus bangun semula. Inilah hakikat kehidupan kita, begitu juga politik. Saya percaya, selagi ahli-ahli parti tidak berputus asa, kita masih ada harapan untuk menang. Kita semua harus bekerja keras, belajar dari kesilapan, berani mendekati rakyat, merapatkan jurang antara kita dengan rakyat, mendengar suara rakyat dan prihatin kepada hal ehwal masyarakat serta membantu mereka menyelesaikan masalah. Inilah yang patut dilakukan oleh MCA. Kita ingin memberitahu rakyat terutamanya masyarakat Cina, bahawa kita telah mendengar mesej semasa PRU14 pada 9 Mei 2018, dan kita telah muhasabah diri. Ini menguatkan kita untuk terus memperjuangkan keadilan sosial, keharmonian kaum dan pembangunan negara. Kekalahan pada PRU14 telah memberi peluang kepada MCA untuk menemui semula halatuju dan matlamat asal parti, iaitu untuk membangunkan Malaysia untuk semua.
Pandemik COVID-19 telah meninggalkan kesan kepada seluruh dunia, dan hampir semua negara telah mengisytiharkan darurat kesihatan. Kita harus memberi tumpuan kepada sektor pendidikan yang juga terjejas akibat wabak ini. Sebagai seorang ibu, pandemik yang berlaku pada tahun lepas telah memberi peluang kepada para ibu bapa dan guru-guru untuk mengajar anak-anak dan pelajar mengenai nilai daya tahan, mempelajari cara mengatasi emosi negatif, dan membimbing mereka untuk meluahkan emosi mereka dengan baik. Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, kita dapat tahu bahawa bekerja dari rumah dan belajar dengan anak-anak di rumah amat berbeza sekali daripada apa yang kita bayangkan sebelum ini. Saya percaya perkara ini juga dialami oleh semua ibu bapa di sini.
Pada masa sama, Pemuda MCA juga prihatin terhadap nasib para pelajar yang terkandas disebabkan pandemik ini. Sepanjang tempoh ini, Pemuda MCA telah digerakkan untuk mengagihkan makanan dan barang-barang keperluan harian, malah turut menyediakan jaringan internet mobile kepada pelajar-pelajar ini untuk membantu mereka mengharungi waktu sukar.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli Pemuda MCA yang telah membantu semasa tempoh tersebut. Sepanjang tahun lepas kita telah menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk menghulurkan bantuan kepada belia, mahasiswa dan golongan kurang upaya. Begitu juga dengan industri-industri yang terjejas akibat pandemik ini dengan membawa suara-suara mereka kepada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan supaya kerajaan boleh merangka pelan dan membuat keputusan yang betul.
Sekarang merupakan tahun baharu, dan diharapkan dalam tempoh pasca pandemik ini, cadangan untuk membantu golongan belia akan dibincangkan, termasuk khidmat kaunseling, mewujudkan peluang pekerjaan dan dasar-dasar untuk membantu sektor perniagaan kembali bangkit, pemilikan rumah dan dasar-dasar mengenai kehidupan belia di bandar. Sebaik sahaja proses pemberian vaksin bermula, Pemuda MCA akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kesemua cadangan-cadangan berkenaan.
Akhir sekali, saya ingin mengingatkan semua ahli-ahli Pemuda MCA, “tiada rintangan yang menghalang kita untuk terus maju ke hadapan“ dan “Pemuda MCA tetap dengan matlamat dan hala tuju parti!”
Kita semua harus sentiasa mengingati tujuan dan matlamat perlembagaan parti, dan meneruskan perjuangan parti kita. Sekian, terima kasih!
-MCA online-
 
 

The post AGM Pemuda MCA ke 56 – Teks ucapan Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/07/agm-pemuda-mca-ke-56-teks-ucapan-ketua-pemuda-mca-datuk-nicole-wong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teks Ucapan Ketua Wanita Mca Kebangsaan Datuk Heng Seai Kie Perhimpunan Agung Wanita Mca Ke 45

Teks Ucapan Ketua Wanita Mca Kebangsaan Datuk Heng Seai Kie Perhimpunan Agung Wanita Mca Ke 45

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 303 hits
TEKS UCAPAN KETUA WANITA MCA KEBANGSAAN DATUK HENG SEAI KIE PERHIMPUNAN AGUNG WANITA MCA KE 45 6 MAC 2021 Selamat pagi kepada semua tetamu dan para perwakilan Wanita MCA Terima kasih kerana meluangkan masa menghadiri Perhimpunan Agung Wanit...
Bila Wujud 2 Pendedahan Daripada Mca Dan Mic Bn Cuba Kambing Hitamkan Ketua Pegawai Media

Bila Wujud 2 Pendedahan Daripada Mca Dan Mic Bn Cuba Kambing Hitamkan Ketua Pegawai Media

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 286 hits
BN hari ini mengakui kononnya terdapat kekhilafan berhubung kenyataan pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi berhubung rayuan agar Yang di Pertuan Agong menitahkan supaya sidang parlimen segera diadakan Menurut Setiausaha Eksekutif BN Mohamad Sahf...
Umno Sabah Juga Selar Ketua Pemuda Ppbm

Umno Sabah Juga Selar Ketua Pemuda Ppbm

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 251 hits
Umno Sabah turut masuk tangan dalam kontroversi dakwaaan Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa Umno bukan lagi kuasa besar dalam politik negara Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin berkata walaupun Wan Fayhsal berhak un...
Struktur Semula Pemuda Ph Akmal Nasir Paling Sesuai Dilantik Ketua Baharu

Struktur Semula Pemuda Ph Akmal Nasir Paling Sesuai Dilantik Ketua Baharu

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 216 hits
POSTED BY AMIR WRLRPemuda Pakatan Harapan yang lesu sejak Langkah Sheraton Februari 2020 dan kehilangan mantan ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu distruktur semula untuk kembali mengungguli arus perubahan anak muda Bagi Ketua Angk...
Nak Jadi Ketua Pemuda Pun Hangpa Dok Kalut Adoiii Kang Kata Benggong Hangpa Marah

Nak Jadi Ketua Pemuda Pun Hangpa Dok Kalut Adoiii Kang Kata Benggong Hangpa Marah

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 320 hits
Sapa tikam belakang sapa ha mai pakat baca bagi faham gila jawatan sanggup tikam belakang dan khianat keputusan perbincangan Saya terbaca kenyataan sdra Razeef Rakimin baru baru ini mengenai Pemuda Harapan Pusat yang masih belum pilih Ketua...
Pemimpin Umno Belasah Ketua Pemuda Bersatu Beramai Ramai

Pemimpin Umno Belasah Ketua Pemuda Bersatu Beramai Ramai

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 262 hits
Kalangan pemimpin Umno menyelar Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan kenyataannya mendakwa Umno bukan lagi kuasa besar dalam politik negara Wan Ahmad Fayhsal yang juga timbalan menteri belia dan sukan dilaporkan berka...
Ketua Pemuda Dedah Umno Dilemahkan Dengan Duit

Ketua Pemuda Dedah Umno Dilemahkan Dengan Duit

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 255 hits
Ketua Pemuda Dedah Umno Dilemahkan Dengan Duit Sejak Umno hilang kuasa pada Mei 2018 pelbagai usaha dibuat untuk melemahkan dan menghancurkan parti itu dengan menggunakan pelbagai cara dari luar dan dalam kata Ketua Pemudanya Asyraf Wajdi D...
Israk Mikraj Ajar Kita Jadi Ketua Bukan Follower

Israk Mikraj Ajar Kita Jadi Ketua Bukan Follower

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 439 hits
unable to retrieve full text content 160 ULANG tahun peristiwa Israk dan Mikraj akan tiba beberapa hari sahaja lagi iaitu pada 11 Mac 2021 Secara umum mungkin ramai yang sudah mengetahui sirah dan kisah yang berlaku namun apakah pengajaran ...
Tiada Yang Terkecuali Termasuk Timbalan Saya Ketua Jabatan Atau Balai Ayob Khan

Tiada Yang Terkecuali Termasuk Timbalan Saya Ketua Jabatan Atau Balai Ayob Khan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 218 hits
Oleh Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay Gambar Facebook Polis Johor SEJAK bertugas di Johor nama Datok Ayob Khan Mydin Pitchay sememangnya digeruni oleh penjenayah atau sesiapa sahaja yang sering melanggar undang undang di negeri itu atas ketega...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian