Tiada Yang Terkecuali Termasuk Timbalan Saya Ketua Jabatan Atau Balai Ayob Khan


Oleh UtusanTV Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay./ Gambar Facebook Polis Johor SEJAK bertugas di Johor, nama Datok Ayob Khan Mydin Pitchay sememangnya digeruni oleh penjenayah atau sesiapa sahaja yang sering melanggar undang-undang di negeri itu atas ketegasan tindakannya.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak terkecuali terhadap para anggota serta pegawai dibawahnya yang mana misi dan visi utama pegawai polis nombor satu di Johor itu ialah menegakkan integriti dan rasuah dalam kalangan pasukannya.
Dalam satu temu bual khas bersama Harian Metro, Ketua Polis Johor itu berkata, tiada tolak ansur dalam soal integriti dan rasuah tiada tolak ansur, sekali gus menjadi perkara paling penting ditekankannya sebaik menjawat jawatan itu.
Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan tanpa mengira kedudukan sama ada Timbalan Ketua Polis Johor, Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Ketua Balai atau mana-mana pegawai dan anggota terbabit dengan rasuah.
“Mana-mana pegawai dan anggota yang tiada integriti dan bersekongkol dengan eleman negatif, saya akan mengambil tindakan tegas.
“Pilihan pertama, sekiranya kes besar saya akan serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan keduanya membuka kes tatatertib iaitu dibuang kerja atau diturunkan pangkat,” katanya dalam temu bual khas bersama akhbar tersebut yang disiarkan hari ini.
BERITA BERKAITAN Ada pegawai kanan polis cuai dalam siasatan, dedah Ayob Khan
Ayob Khan berkata, beliau tidak akan memindahkan pegawai dan anggota ke tempat lain kerana akan memastikan di mana kesalahan dibuat, di situlah mereka akan dihukum.
Beliau berkata, seterusnya penekanan kepada penyeliaan iaitu pegawai penyelia dalam sebarang isu salah laku dan sebagainya akan dipertanggungjawabkan.
“Dalam soal ini, Ketua Jabatan bertanggungjawab di peringkat kontinjen manakala di peringkat daerah Ketua Polis Daerah dipertanggungjawabkan.
“Mereka tidak boleh lagi lepas tangan atau memandang sambil lewa isu penyeliaan.
“Memang pada mulanya mereka nampak seperti gusar ketika saya menyampaikan visi dan misi ini, tetapi Alhamdulillah selepas beberapa bulan mereka sudah dapat mengikut rentak,” katanya.
Ayob Khan berkata, seterusnya beliau memberi penekanan mengenai operasi dan mahu lebih banyak operasi dilancarkan kerana tidak mahu operasi terpijak.
Menurutnya, sejak dulu beliau lebih menekankan operasi dan motonya ketika di Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman ialah ‘Tiada hari tanpa operasi’ dan kaedah itu ingin diterap di kontinjen Johor.
Mengulas mengenai tindakan ke atas pegawai dan anggota yang melakukan kesalahan, Ayob Khan berkata, seramai 230 orang membabitkan lima pegawai kanan dan 225 anggota dikenakan tindakan tatatertib.
Beliau berkata, seramai 44 orang dituduh di mahkamah membabitkan seorang pegawai dan 43 anggota manakala 57 orang iaitu empat pegawai kanan dan 53 anggota dikenakan tindakan tahan kerja.
Katanya, seramai 12 anggota dikenakan tindakan gantung kerja dan 46 anggota dibuang kerja berikutan kesalahan dadah dan salah laku.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/tiada-yang-terkecuali-termasuk-timbalan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5434 Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Timbalan Pengarah Jsjk Ppim 24 02 2021

5434 Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Timbalan Pengarah Jsjk Ppim 24 02 2021

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 369 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi hari ini menghadiri perjumpaan bersama Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Mohd Kamarudin Md Din di Menara KPJ Kuala Lumpur Perjumpaan membincangkan mengenai aduan jenayah komersil...
Baca Kenyataan Lisan Bertulis Saya Sampai Habis Fahamkan Kata Ayob Khan Kepada Ngo

Baca Kenyataan Lisan Bertulis Saya Sampai Habis Fahamkan Kata Ayob Khan Kepada Ngo

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 235 hits
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan polis menembak mati empat penjenayah terbabit untuk menghalang mereka daripada melarikan diri JOHOR BAHRU Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay menasihati badan bukan kerajaan supaya m...
Tembak Mati 4 Suspek Penjenayah Ikut Sop Ayob Khan

Tembak Mati 4 Suspek Penjenayah Ikut Sop Ayob Khan

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 353 hits
Polis Johor menyifatkan tindakan anggotanya menembak mati empat lelaki dipercayai penjenayah di Batu Pahat Jumaat lalu adalah mengikut prosedur operasi standard dalam usaha mempertahankan diri Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay...
Fatal Shooting Police Adhered To Sops Says Ayob Khan

Fatal Shooting Police Adhered To Sops Says Ayob Khan

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 260 hits
Johor police chief Ayob Khan Mydin Pitchay was confident that the cops have adhered to the standard operating procedures during the recent shootout in Batu Pahat which killed four suspected armed robbers He said the suspects had fired a few...
Pesakit Slip Disc Boleh Berbasikal Atau Joging

Pesakit Slip Disc Boleh Berbasikal Atau Joging

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 449 hits
PESAKIT SLIP DISC BOLEH BERBASIKAL ATAU JOGING Assalamualaikum Dr Zubaidi Adakah pesakit slip disc boleh berbasikal atau joging Terima kasih Walaikumusalam Pesakit yang mengalami masalah slip disc tidak digalakkan lakukan aktiviti lasak Ber...
Tak Suka Guna Hair Dryer Atau Tuala Untuk Keringkan Rambut Ini Penyelesaiannya

Tak Suka Guna Hair Dryer Atau Tuala Untuk Keringkan Rambut Ini Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 355 hits
Salam dears Siapa yang tak suka guna hair dryer atau tuala untuk keringkan rambut Kita geng Mama paling malas nak guna hair dryer Kenapa Haa meh nak cerita Kenapa Tak Suka Guna Hair Dryer atau Tuala Untuk Keringkan Rambut Ini diantara sebab...
Henti Guna Istilah Kerajaan Pn Atau Ph Sebut Kerajaan Malaysia

Henti Guna Istilah Kerajaan Pn Atau Ph Sebut Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 264 hits
BANGI Semua pihak khususnya Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diminta menghentikan mengguna istilah kerajaan yang merujuk parti memerintah Pemerhati politik Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata negara hanya mempunyai Kerajaan Malaysia...
Dr Ingatkan Minyak Masak Maksimum Guna 2 Atau 3 Kali Saja Jangan Fikir Membazir

Dr Ingatkan Minyak Masak Maksimum Guna 2 Atau 3 Kali Saja Jangan Fikir Membazir

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 343 hits
Jangan guna minyak masak berulang kali Ini bahaya Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis penyakit hati penyakit jantung penyakit Alzheimer Parkinson dan barah Ini kerana semasa me...
Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Why Dr M Was Right About Anwar

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Pengalaman 2 Tahun Bersama Chatgpt Kenapa Saya Pilih Plus Untuk 2025

Fc Barcelona Sign Marcus Rashford On Loan From Man Utd With Option To Buy

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

10 Point Daripada Khairul Aming Mesti Tahu Jika Anda Seorang Seller Content Creator

Filem Paraxnormal

Samosa Paratha Inti Berempah Kulit Rangup Rasa Memikat

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

20 Contoh Menu Snek Sihat Sangat Mudah Disediakan