Boleh Teruskan Siasatan Salah Laku Kehakiman Walau Ada Saman Kata Menteri


Durie Rainer Fong Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong. KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia boleh meneruskan siasatan ke atas dakwaan salah laku kehakiman walaupun terdapat saman untuk menghalang kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai isu itu.

Beliau merujuk saman pemula yang difailkan bekas ketua menteri Sabah, Yong Teck Lee atas alasan penubuhan RCI bercanggah Perlembagaan.

“Saya difahamkan pengurusan kes akan diadakan selepas Hari Raya. Mahkamah akan menetapkan (tarikh) pendengaran untuk kes itu.

“Jadi, kita perlu lihat merit kes itu kerana ada dakwaan penubuhan RCI mengenai salah laku hakim tidak berperlembagaan dan wujud konflik kepentingan.
“Buat masa ini, sementara ini (RCI) masih ditangguhkan, jadi siasatan polis dan SPRM boleh teruskan…tiada masalah mengenainya,” katanya pada majlis penyerahan bantuan Aidilfitri di Sandakan hari ini.

Yong memfailkan saman pemula itu pada 29 April lalu untuk menghalang kerajaan menubuhkan RCI menyiasat dakwaan campur tangan dan salah laku kehakiman.

Beliau mahu mahkamah mengisytiharkan keputusan kerajaan persekutuan menubuhkan RCI itu tidak berperlembagaan dan melanggar prinsip pemisahan kuasa.

Pada 14 Februari lalu, Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer memfailkan afidavit 65 muka surat yang mendakwa hakim kanan campur tangan dalam keputusan beberapa rayuan dan bersubahat dalam penipuan dilakukan penama ahli politik yang menandatangani kontrak dengan kerajaan.

Tak perlu RCI ke-2 pendatang asing

Liew yang juga ahli Parlimen Batu Sapi menolak gesaan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk mengadakan satu lagi RCI mengenai pendatang asing di Sabah kerana inkuiri sudah diadakan dengan laporannya disiarkan.

Katanya, saksi utama sudah dipanggil memberi keterangan dalam RCI terdahulu yang dipengerusikan bekas hakim besar Sabah dan Sarawak, Steve Shim, manakala jawatankuasa teknikal pula dipengerusikan bekas timbalan ketua menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku kepada laporan itu, tetapi saya rasa RCI ke-2 tidak praktikal dan tidak perlu.

“Mungkin kita boleh menggunakan cadangan daripada laporan itu. Saya harap ia boleh dikongsi dengan kerajaan supaya kita bahas dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.”

PBS baru-baru ini menuntut perkembangan terkini berhubung siasatan ke atas pengeluaran dokumen kepada pendatang asing tanpa izin, khasnya dengan apa yang dikatakan sebagai kemunculan bukti baru.

Presidennya, Maximus Ongkili dilaporkan berkata, sudah sampai masa untuk mencari penyelesaian kekal bagi masalah lama pendatang asing tanpa izin.RCI itu memulakan pendengaran pada 14 Januari 2013 dan satu laporan disiarkan 9 bulan kemudian. Lebih 200 saksi, termasuk Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad memberi keterangan dalam RCI itu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/boleh-teruskan-siasatan-salah-laku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Boleh Undur Diri Jika Tidak Menonjol Kata Kadir Jasin

Menteri Boleh Undur Diri Jika Tidak Menonjol Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 257 hits
A Kadir Jasin berkata Mahathir Mohamad lebih arif kerana perdana menteri itu memberi markah 50 sahaja kepada anggota Kabinetnya PETALING JAYA Wartawan veteran A Kadir Jasin berkata individu yang dilantik menganggotai Kabinet boleh mengundur...
Bukan Boleh Kaya Pun Guna Muka You Chef Wan Mahu Serina Saman Peniaga Biadap

Bukan Boleh Kaya Pun Guna Muka You Chef Wan Mahu Serina Saman Peniaga Biadap

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 832 hits
Marah betul Chef Wan dengan seorang peniaga kuih karipap di bazar Ramadan yang menggunakan wajah anak perempuannya Serina Redzuan untuk melariskan jualan kuih yang dijualnya Menerusi Chef Wan mendedahkan perkara tersebut dimaklumkan oleh Se...
Tak Boleh Ke Bawak Bincang Elok2 Gara2 Salah Masuk Laluan Wanita Diserang Sekumpulan Pengunjung Bazar Kota Bharu

Tak Boleh Ke Bawak Bincang Elok2 Gara2 Salah Masuk Laluan Wanita Diserang Sekumpulan Pengunjung Bazar Kota Bharu

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 336 hits
Tak boleh ke bawak bincang elok2 Gara2 salah masuk laluan wanita diserang sekumpulan pengunjung Bazar Kota Bharu Semalam sebuah video memaparkan sebuah kenderaan telah diserang oleh sekumpulan lelaki di Bazar Buluh Kubu Kota Bharu Kelantan ...
Saman Teck Lee Punca Kelewatan Rci Kehakiman

Saman Teck Lee Punca Kelewatan Rci Kehakiman

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 372 hits
Kerajaan akan menunggu keputusan mahkamah terhadap langkah diambil bekas ketua menteri Sabah itu terlebih dulu kata Liew
Hanya Laluan Kl Sandakan Kl Tawau Tambang Tinggi Kata Timbalan Menteri

Hanya Laluan Kl Sandakan Kl Tawau Tambang Tinggi Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 330 hits
KUALA LUMPUR Tambang penerbangan domestik bagi musim perayaan Aidilfitri kali ini secara keseluruhan lebih murah berbanding tahun lepas kata Timbalan Menteri Pengangkutan Kamarudin Jaffar Beliau berkata kebanyakan tambang penerbangan domest...
Harga Telur Masih Berkuat Kuasa Hingga Keputusan Kerajaan Mengenai Pengapungan Harga Berlaku Kpdn

Dr Dzulkefly Reda Gp Nak Protes Tak Halang Tapi Harap Faham Perjuangan Kkm

Kerajaan Terengganu Didakwa Menindas Pengusaha Kebun Kelapa

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Eyqa Saiful Dorentia Dora Dessy Dian Hani J Syasya Tiffany Angel Enggai Alah Chord

Woiii Dok Merapu Apa Ni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Lirik Lagu Lebih Indah Berpisah Bella Astillah Ade Govinda

Ada Modal Satu Bonus Untuk Pencapaian Segera

Another Projek Dan Kontrak Gone Wrong

Public Roads Off Limits For E Scooters Says Melaka Rtd

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T