Agama Mana Benarkan Arak Khairuddin Dituntut Beri Penjelasan


Athirah Huda Zalhe Setiap arahan, larangan Allah SWT adalah terbaik untuk manusia
BANGI– Penurunan al-Quran dan perutusan Rasul bertujuan untuk membimbing manusia ke arah kebenaran.
Justeru, bagaimana boleh dikatakan bahawa Allah SWT memberikan hak kepada agama lain meminum arak, sedangkan al-Quran dan Rasul diutuskan supaya umat Islam memimpin manusia dengan keindahan cara hidup Islam.
Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, apa sahaja arahan dan larangan Allah SWT adalah kebaikan kepada semua manusia, termasuk orang bukan Islam.
Beliau berkata, pengharaman arak bagi orang Islam adalah berasaskan wahyu dan rasional akal bahawa ianya memudaratkan.
“Namun, bagi orang bukan Islam, pengharaman arak itu boleh difahami dan diterima berasaskan kepada pertimbangan rasional.
“Jadi, menjadi tugas umat Islam yang sepatutnya memimpin umat manusia ke arah pemikiran yang rasional,” katanya dalam siaran langsung di Facebook.
Beliau berkata, sekiranya orang bukan muslim tidak boleh menerima al-Quran dan wahyu, maka isu arak boleh dibincangkan dari sudut akal rasional mengenai kebaikan serta keburukan minuman keras itu.
“Itulah dinamakan sebagai hikmah yang menjadi pendekatan BERJASA. Kita ambil pendekatan hikmah sebagai neraca dalam menimbang apa sahaja isu berkait umat manusia.
“Bukannya mengambil pendekatan populis dengan berkata ia adalah kemahuan dan kehendak sebahagian pengundi kita yang bukan beragama Islam. Maka, tak boleh usik hak mereka,” katanya.
Ustaz Mohd Hazizi berkata demikian sebagai mengulas petikan temu bual eksklusif bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali di TV Pertiwi, semalam.
Dalam rakaman berdurasi lebih seminit itu, Dr Khairuddin yang ditanya mengenai pengakhiran bagi industri arak berkata, sekiranya minuman keras memudaratkan, ia patut diharamkan untuk dijual secara umum. 
Namun, minum arak adalah hak yang diberikan oleh agama masing-masing, dan ia menjadi hak kepada orang bukan Islam.
“Kerana itu hak yang diberikan oleh Allah SWT kepada agama lain dibenarkan.
“Tetapi, kalau judi, tiada agama yang membenarkan judi. Itu perlu bezakan antara judi dan arak. Arak sebahagian agama membenarkannya, kita akan beri hak kepada mereka,” katanya.
Ditanya, adakah PAS akan mendesak kepada pengharaman arak, menurut Dr Khairudin, hak itu masih diberikan kepada orang bukan Islam kerana ia dibenarkan syariat.
“Cuma, bagaimana penjualan itu mesti kita bincang. Kalau dia dijual secara berleluasa hingga menyebabkan memandu dalam keadaan mabuk, itu memudaratkan rakyat.
“Kita tengok bukan pada isu arak, tetapi isu memudaratkan itu menjadi pertimbangan kita. Maka, selagi ia tak mudaratkan orang bukan Islam, teruskan kerana agama mereka membenarkan,” kata Dr Khairuddin.
Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Hazizi menuntut penjelasan Dr Khairuddin berkenaan agama lain yang membenarkan arak seperti dimaksudkannya itu.
“Setahu saya tiada benarkan arak. Jadi mohon definisi agama itu jelas, kerana orang boleh cakap LGBT itu satu agama.
“Atau adakah definisi agama itu termasuk agama tradisi nenek moyang terdahulu atau agama samawi?,” soalnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/agama-mana-benarkan-arak-khairuddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Mp Kuala Nerus Kata Ada Agama Benarkan Arak

Video Mp Kuala Nerus Kata Ada Agama Benarkan Arak

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 374 hits
Arak haram itu jelas dan apa yang Dr zakir naik bagitahu semua agama haramkan arak Orang power PAS boleh tolong ulas
Mana Walaun Pas Isu Arak Dan Beer

Mana Walaun Pas Isu Arak Dan Beer

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 296 hits
1 Mana walaun PAS Lama tak nampak Isu bir masih dibenarkan dijual tak ulas isu Covid 19 naik mendadak tak ulas isu pemandu mabuk tak ulas isu kematian adib senyap bila tarikh pelaksanaan RUU355 hudud pun tak tuntut 2 Waktu PH perintah nampa...
Kawalan Jualan Arak Ke Mana Hilangnya Suara Mp Dap Yang Menjuarai Isu Melawan Arak Dalam Dap

Kawalan Jualan Arak Ke Mana Hilangnya Suara Mp Dap Yang Menjuarai Isu Melawan Arak Dalam Dap

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 389 hits
MP DAP Batu Gajah V Sivakumar diketahui merupakan juara melawan arak dalam DAP Beliau pernah mengeluh Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya restoran hotel kedai runcit m...
Patriot Persoal Mana Lebih Buruk Minum Arak Atau Rasuah

Patriot Persoal Mana Lebih Buruk Minum Arak Atau Rasuah

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 478 hits
Mohamed Arshad Raji KUALA LUMPUR Persatuan Patriot Kebangsaan akhirnya bersuara apabila kerajaan Perikatan Nasional menyentuh isu arak bukan hal berkaitan menangani atau membanteras rasuah Presidennya Datuk Mohamed Arshad Raji mempersoalkan...
Tunggang Agama Demi Jual Arak

Tunggang Agama Demi Jual Arak

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 278 hits
Namun apabila Bir boleh dijual di kedai runcit dan serbaguna Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata minum arak adalah hak yang diberikan oleh agama masing masing dan ia menjadi hak kepada orang b...
Kedai Runcit Memang Jual Bir Mana Boleh Jual Arak

Kedai Runcit Memang Jual Bir Mana Boleh Jual Arak

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 494 hits
FB Nadzmi Al Auzaei Saya telah tulis sebelum ini berkenaan larangan jualan liqour memabukkan di kedai runcit serbaneka dan ubat Cina bermula 21 Oktb 2021 Larangan penjualan tersebut tidak termasuk arak bir Ia boleh terus dijual di kedai run...
Benarkan Wang Akaun 1 Kwsp Dikeluarkan Rm1 000 Sebulan

Benarkan Wang Akaun 1 Kwsp Dikeluarkan Rm1 000 Sebulan

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 353 hits
BENARKAN WANG AKAUN 1 KWSP DIKELUARKAN RM1 000 SEBULAN PASIR GUDANG 031120 Kerajaan perlu membenarkan wang caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikeluarkan namun secara bersyarat minimum RM1 000 setiap bulan selama 10 bulan Ahli D...
Kerajaan Sedia Benarkan Lebih Ramai Carum Akaun 1 Kwsp Tengku Zafrul

Kerajaan Sedia Benarkan Lebih Ramai Carum Akaun 1 Kwsp Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 340 hits
Kerajaan bersedia untuk memperluas jumlah pencarum yang layak bagi pengeluaran wang daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Bagaimanapun beliau berkata perkara itu mas...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Clean Walkways In Sabah Sparks Debate On Civic Culture