Adun Umno Nafi Mahu Tumbangkan Kerajaan Kedah
agendaily.com30/1/2022
ADUN UMNO Bandar Baharu Norsabrina Mohd Noor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Bandar Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor menafikan dakwaan beliau dan seorang lagi ADUN parti itu akan menarik sokongan kepada Kerajaan Negeri Kedah seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Norsabrina berkata beliau tidak pernah memperkata atau membincangkan perkara itu dengan mana-mana pihak sebaliknya ingin fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk membangunkan Kedah, lapor Bernama.
“Saya ada terima mesej (tangkap layar) itu sebab orang tanya saya mengenainya, memang tidak ada dibincangkan atau diperkata, tidak ada langsung tajuk itu. Dua ADUN UMNO (yang dirujuk) itu kamilah tapi tidak ada apa (tindakan menarik sokongan).
“(Saya) buat kerja macam biasa, hubungan (dengan kerajaaan negeri) macam biasa, fikir pasal Kedah sahaja. Tingkatkan prestasi, jangan cari kontroversi,” katanya hari ini.
Beliau diminta mengulas tangkap layar yang mendakwa dua ADUN UMNO dan dua ADUN Bebas di Kedah akan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri serta menyebabkan berlaku pilihan raya negeri.
Tangkap layar di laman Facebook seorang pengguna media sosial itu dipercayai tular sejak semalam namun carian di akaun pengguna terbabit tidak menemukan status tersebut.
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula menyifatkan dakwaan itu sebagai khabar angin dan menegaskan situasi di Kedah adalah aman.
“Setakat ini semua ok, tak ada isu, kita aman. Kita pun tak buat benda-benda orang marah, saya harap begitulah. Jangan buat benda orang marah, kalau ada apa-apa bincang, berunding, tak ada masalah, bila-bila masa di mana sahaja,” katanya.
Kerajaan Negeri Kedah di bawah Perikatan Nasional yang diterajui PAS kini memiliki 23 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan sebahagian besar dimiliki PAS (15) diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (6) dan UMNO (2).
Pakatan Harapan pula memiliki 11 kerusi iaitu PKR (5), Parti Amanah Negara (4) dan DAP (2) manakala dua lagi kerusi dimiliki oleh Parti Pejuang Tanah Air
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2022/01/adun-umno-nafi-mahu-tumbangkan-kerajaan.html