Muhyiddin Nafi Dakwaan Najib Yang Menuduh Bersatu Mengkhianati Umno Di Prn Sabah




KUALA LUMPUR -Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang menuduh BERSATU mengkhianati UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hingga menggagalkan Muafakat Nasional (MN).
Ia susulan bekas Presiden UMNO itu menerusi Facebook mendakwa, BERSATU menerusi Perikatan Nasional (PN) meletak calon untuk melawan Barisan Nasional (BN) di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Sabah.
Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU mempersoalkan dakwaan itu berikutan ketika PRN Sabah, tiada sebarang kerusi yang menyaksikan pertembungan antara calon BERSATU dengan UMNO.
Sebaliknya, Muhyiddin mendakwa, jawatankuasa pembahagian kerusi antara PN, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) gagal mencapai persetujuan apabila BN menambah jumlah kerusi yang mahu ditandingi menyebabkan berlaku pertembungan dengan PN di beberapa tempat.
Katanya, kerusi yang menyaksikan pertembungan antara PN dengan BN pula bukan membabitkan BERSATU dan UMNO, sebaliknya antara Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), PBS dan BN.
"PBS juga meletakkan calon di kerusi yang ditandingi oleh STAR, menyebabkan berlaku pertembungan antara PBS dan PN.
"Melihat keadaan ini, saya pergi ke Kota Kinabalu sebelum hari penamaan calon untuk melakukan rundingan saat akhir bagi mengelakkan pertembungan sesama parti PN, BN dan PBS.
"Malangnya, mesyuarat ini gagal mencapai kata sepakat kerana masing-masing bertegas untuk meletakkan calon di kerusi yang ditandingi oleh parti rakan yang lain.
"Pada saat ini, BERSATU adalah satu-satunya parti yang tidak meletakkan calon di kerusi yang ditandingi oleh rakan dalam PN, BN dan PBS, manakala PAS mengambil langkah terhormat dengan tidak bertanding di mana-mana kerusi," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Selain menuduh BERSATU mengkhianati UMNO, Najib menerusi catatan sama Ahad lalu turut mendakwa, PN meletakkan calon Bebas di enam kerusi DUN yang ditandingi BN pada PRN Sabah untuk memecahkan undi.
Ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri keenam itu mendakwa, BN mengorbankan banyak kerusi kepada BERSATU sebagai sebahagian rundingan untuk diberi jawatan Ketua Menteri jika BN menang, namun sebaliknya berlaku apabila BERSATU mendapat jawatan itu.
Mengulas perkara itu, Muhyiddin memaklumkan sudah meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menamakan calon Ketua Menteri Sabah daripada UMNO, namun beliau tidak berbuat demikian sehingga kempen PRN Sabah berakhir.
Disebabkan itu, beliau menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri Sabah jika PN menang dengan jumlah kerusi terbesar dalam kalangan parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Selesai PRN Sabah, katanya, PN menang jumlah kerusi terbanyak dengan 17 kerusi berbanding BN (14 kerusi), sekali gus PN mencalonkan Hajiji sebagai Ketua Menteri yang kemudian turut dipersetujui ADUN GRS lain, termasuk daripada UMNO.
"Adakah saya khianat? Saya tidak khianat. Saya beritahu UMNO supaya menamakan calon. Sekiranya UMNO tiada calon, saya ada calon yang ingin diketengahkan. Saya bersikap telus dan berterus terang dengan UMNO.
"Datuk Seri Najib janganlah memutarbelitkan fakta. Apa yang berlaku dalam PRN Sabah bukanlah sebab MN gagal," katanya.
Pada masa sama, Muhyiddin mengingatkan Najib untuk tidak lagi mengungkit soal MN kerana BERSATU sudah putuskan untuk tidak menyertai MN, manakala UMNO juga sudah memutuskan kerjasama dengan BERSATU dalam Perhimpunan Agung parti itu.
Beliau turut menyifatkan, pengakhiran kerjasama antara BERSATU dan UMNO memberi hikmah kepada partinya kerana BERSATU tidak terpalit dengan masalah moral yang membelenggu pemimpin UMNO.
"Secara peribadi, saya malu untuk dikaitkan dengan parti yang masih mengangkat seorang yang didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah berat sebagai bos," katanya sinis. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/02/muhyiddin-nafi-dakwaan-najib-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Tikam Belakang Umno Masa Prn Sabah Kata Najib

Bersatu Tikam Belakang Umno Masa Prn Sabah Kata Najib

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 293 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa UMNO berasa dikhianati selepas Perikatan Nasional meletakkan calon di 17 kerusi dan enam calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri Sabah bagi memecah undi Barisan Nasional Katanya perkar...
Muhyiddin To Najib Bersatu Did Not Betray Umno In Sabah Polls

Muhyiddin To Najib Bersatu Did Not Betray Umno In Sabah Polls

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 346 hits
I am ashamed to be associated with a party that still lifts a man who has been found guilty by a court of a serious criminal offence as boss Tan Sri Muhyiddin Yassin denied allegations that Parti Pribumi Bersatu Malaysia had betrayed Umno i...
Pn S Betrayal In Sabah Caused Bersatu S Fallout With Umno Says Najib

Pn S Betrayal In Sabah Caused Bersatu S Fallout With Umno Says Najib

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 437 hits
Najib Razak alleged that the Bersatu led PN betrayed Umno during the Sabah polls less than three weeks after Bersatu was invited to join Muafakat Nasional PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak says it was the betrayal by Perikatan...
Ini Bukan Konspirasi Kj Nak Menafikan Hari Raya Kj Tampil Nafi Dakwaan Rakyat Juga Beri Lampu Hijau Untuk Prn Johor

Ini Bukan Konspirasi Kj Nak Menafikan Hari Raya Kj Tampil Nafi Dakwaan Rakyat Juga Beri Lampu Hijau Untuk Prn Johor

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 266 hits
Peningkatan jumlah kes Covid 19 mendadak sejak beberapa hari lalu ternyata mengusarkan banyak pihak terutama orang awam yang telah menyimpan untuk menyambut perayaan Hari Raya pada Mei akan datang Sehingga ada yang mendakwa ini semua adalah...
2 Menteri Bersatu Masuk Umno Hanya Perang Psikologi Prn Johor Kata Hamzah

2 Menteri Bersatu Masuk Umno Hanya Perang Psikologi Prn Johor Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 307 hits
freemalaysiatoday com February 10 2022 2 06 PMHamzah Zainudin berkata perang psikologi orang politik adalah untuk kepentingan parti mereka PUTRAJAYA Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata spekulasi dua menteri daripada parti itu a...
Kedudukan Bersatu Muhyiddin Tak Menentu Menjelang Prn Johor

Kedudukan Bersatu Muhyiddin Tak Menentu Menjelang Prn Johor

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 312 hits
Ahimsya KaruPETALING JAYA Kedudukan Bersatu dan Presidennya Muhyiddin Yassin dilihat berada dalam keadaan yang tidak menentu ketika persediaan menjelangnya pilihan raya negeri Johor kata penganalisis politik Menurut penganalisis parti itu m...
Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 382 hits
freemalaysiatoday com January 23 2022 PAS memegang satu kerusi manakala Bersatu 11 kerusi daripada 56 kerusi di DUN Johor yang kini telah dibubarkan JOHOR BAHRU Bersatu dan PAS akan menghadapi tamparan knockout di pilihan raya negeri Johor ...
Najib Dakwa Umno Berasa Di Khianati Selepas Jemput Bersatu Menyertai Muafakat Nasional

Najib Dakwa Umno Berasa Di Khianati Selepas Jemput Bersatu Menyertai Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 310 hits
SHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa UMNO berasa dikhianati selepas Perikatan Nasional meletakkan calon di 17 kerusi dan enam calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri Sabah bagi memecah undi Barisan Nasional Kata...
Bersatu Wants Umno Destroyed Stop Trying To Bring Us Together Says Najib

Bersatu Wants Umno Destroyed Stop Trying To Bring Us Together Says Najib

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 291 hits
Former prime minister Najib Razak has called for an end to attempts to bring Umno and Bersatu together again as it has become clear Bersatu s intention is only to bring down Umno This comes after Johor Bersatu information chief Mohd Solihan...
Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Analysts Warn Harapan S Seat Push May Strain Sabah Unity Bloc

Bounty For Indira S Ex Hubby Suspected Of Under Extremist Religious Groups Protection Raised To Rm50k

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Kalau Ikut Pembangkang Yang Bodo Kat Malaysia Ni Memang Habis La Nak Oerintah Negara Ni

Ustaz Mad Lepas Rindu Bertemu Semula Dengan Tuan Zainal Strim

Senarai Tokoh Muslim Berpengaruh Di Dunia 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


What Should The Leaders Of The Modern Islamic World Learn From The Fall Of The Ottoman Empire

Cara Solat Sunat Dhuha Keajaiban Rezekinya

Karpet Di Kilang Kena Gigit

Potensi Ree Dan Kebimbangan Palsu Kelantan

Malaysia To Begin Screening Airline Passengers Before Arrival Starting Tomorrow Says Home Minister

Asian Nations Need More Football Competitions To Improve Quality And Standard Of The Game