Adun Larkin Tangguh Keluar Parti Mazlan


Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
[email protected]
Peletakan jawatan Mohd Izhar sebagai Ketua Bahagian BERSATU Labis sudah lama dibuat iaitu sebelum krisis Menteri Besar Johor lagi. - Arkib NSTP
JOHOR BAHRU: Kemelut Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Johor semakin memuncak apabila dikatakan beberapa individu sudah hilang kepercayaan dan keluar dari parti.

Terbaru, viral sejak pagi tadi, paparan di aplikasi WhatsApp menunjukkan perbualan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd Izhar Ahmad, yang mahu menyerahkan surat untuk keluar parti.

Ia disusuli tindakan Mohd Izhar keluar daripada kumpulan WhatsApp berkenaan, yang dipercayai turut menempatkan kepemimpinan utama parti di Johor.

Pengerusi BERSATU Johor, Mazlan Bujang, berkata beliau maklum mengenai tindakan Mohd Izhar dan sudah berhubung dengan ADUN Larkin itu.

“Saya sudah berhubung dengannya (Mohd Izhar) dan memberikan nasihat, beliau juga akan menangguhkan dulu benda itu (keluar parti) dan saya akan bincang untuk selesaikan.

“Saya akan pujuk dia, ada beberapa perkara dia rasa kecewa, yang tidak boleh saya jelaskan terlebih dulu pada media.

“Perkara ini akan saya bincangkan juga dengan pihak atasan (pucuk pimpinan) dan sehingga kini, beliau belum tulis surat rasmi keluar daripada parti. Harap dia bersabar dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan sumbangan Duit Raya bersama penghuni Asrama Kebajikan ar-Rayyan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mazlan menegaskan peletakan jawatan Mohd Izhar sebagai Ketua Bahagian BERSATU Labis sudah lama dibuat iaitu sebelum krisis Menteri Besar Johor lagi.

“Dia sudah serah surat peletakan jawatan kepada Pengerusi BERSATU Johor sebelum ini (Datuk Osman Sapian) dan perkara itu dibuat bukan disebabkan kemelut dalam parti, sebaliknya memberi laluan untuk melicinkan pentadbiran parti pada peringkat kawasan.

“Peletakan jawatan Mohd Izhar dibuat bagi memberi laluan kepada ADUN Tenang, Mohd Solihan Badri, selaku wakil rakyat kawasan itu untuk memegang jawatan berkenaan (Ketua Bahagian Labis),” katanya.

Sementara itu, Mohd Izhar, ketika dihubungi BH, berkata beliau akan memaklumkan dan menjemput media jika membuat sebarang pengumuman mengenai kedudukannya.

“Saya akan jemput awak nanti kalau ada sebarang sidang media (pengumuman) mengenai perkara ini,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/adun-larkin-tangguh-keluar-parti-mazlan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengerusi Pan Sabah Keluar Parti Tanding Tiket Bebas

Pengerusi Pan Sabah Keluar Parti Tanding Tiket Bebas

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 408 hits
Mohd Anuar mengesahkan Hamzah sudah keluar PAN KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara Sabah berdepan dengan krisis kepimpinan apabila Pengerusinya Hamzah Abdullah disahkan keluar dari parti itu semalam Hamzah yang mengasas PAN Sabah mengambil kep...
Terima Kasih Dr Mahathir Ambil Individu Ekstrem Masuk Parti

Terima Kasih Dr Mahathir Ambil Individu Ekstrem Masuk Parti

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 340 hits
PAS UMNO sudah bersih daripada individu yang dianggap bermasalahBANGI Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah mengambil individu individu bermasalah yang seb...
Mahfuz Seru Ahli Pas Tinggalkan Parti Kerana Cop Halal Abdul Hadi

Mahfuz Seru Ahli Pas Tinggalkan Parti Kerana Cop Halal Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 408 hits
Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli Pas meninggalkan parti itu apabila pemimpinnya lantang menyuarakan kerjasama Umno Pas hari ini sudah bersih Naib Presiden AMANAH itu menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Abdul Hadi Awang itu melucukan kera...
Bersatu Alu Alukan Kemunculan Parti Bangsa Johor

Bersatu Alu Alukan Kemunculan Parti Bangsa Johor

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 518 hits
Bernama MAZLAN Saya agak mengalu alukan supaya golongan atasan ini bila dia masuk politik dia faham kesengsaraan rakyat yang dalam tekanan ekonomi Gambar fail JOHOR BAHRU Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Johor yang Mazlan Bujang har...
Perhimpunan Sabtu Lalu Untuk Agama Atau Parti Politik

Perhimpunan Sabtu Lalu Untuk Agama Atau Parti Politik

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 394 hits
Nama Allah diguna untuk menghalalkan penolakan ajaran Islam bahawa mengkafir orang Islam tanpa sebab yang nyata Membuat dosa dengan melaku amalan yang dilarang oleh agama tidak sepatutnya disusuli dengan menyebut nama ALLAH Tun Dr Mahathir ...
Parti Patriotik Nasional Sedia Bersama Tunku Temenggong

Parti Patriotik Nasional Sedia Bersama Tunku Temenggong

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 251 hits
Gambar tangkap layar yang dimuat naik dalam Instagram Tunku IdrisKUALA LUMPUR Sebuah parti di peringkat penaja bersedia bekerjasama dengan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim sekiranya terbabit dalam politik dan berta...
Mendaulatkan Islam Atau Mendaulatkan Politik Parti

Mendaulatkan Islam Atau Mendaulatkan Politik Parti

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 328 hits
Saya mengalu alukan perhimpunan umat Islam yang bertujuan mempertahan kedaulatan Islam dan Perlembagaan Saya sokong penuh tujuan tujuan tersebut Tetapi saya tertanya tanya samada benar tujuan mendaulat Islam atau bertujuan mendapat sokongan...
Sentimen Melayu Islam Terancam Mainan Parti Kalah Cuba Tutup Kesalahan

Sentimen Melayu Islam Terancam Mainan Parti Kalah Cuba Tutup Kesalahan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 362 hits
KUALA LUMPUR Tindakan blok pembangkang memainkan sentimen agama Islam dan hak Melayu yang kononnya terancam di bawah pentadbiran Pakatan Harapan didakwa bertujuan menyelamatkan diri daripada kesilapan lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mo...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh