Terima Kasih Dr Mahathir Ambil Individu Ekstrem Masuk Parti
ainulillia PAS, UMNO sudah bersih daripada individu yang dianggap bermasalah
BANGI – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara sinis mengucapkan ‘terima kasih’ kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana telah mengambil individu-individu bermasalah, yang sebelum ini berada di dalam PAS dan UMNO untuk masuk ke dalam Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata, individu-individu ekstrem yang mewujudkan isu kafir mengkafir atau takfiri di tahun 1980-an kerana bertembung sesama sendiri lantaran kejahilan terhadap Islam.
Katanya, mereka yang ekstrem menimbulkan isu berkenaan telah diambil Dr Mahathir masuk UMNO, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang keras menghentam kerajaan dan UMNO pada tahun 1982.
Pun begitu, katanya, pergolakan yang berlaku pada tahun 1998 menyebabkan Anwar keluar daripada UMNO dan mereka itu bergabung dengan PAS dan turut menimbulkan masalah lagi.
“(Tetapi) Alhamdulillah, saya ucap terima kasih (kepada) perdana menteri (kerana) ambil orang-orang ini masuk Bersatu, masuk dalam parti dia, dan UMNO bersih daripada orang ini. Jadi UMNO dan PAS dalam keadaan yang bersih sekarang.
“Di ambil mereka yang dianggap sebagai masalah-masalah dalam UMNO, dalam PAS ini masuk PH. Tinggal kita parti yang alhamdulillah dalam keadaan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang ditimbulkan berulang kali oleh perdana menteri berhubung isu kafir mengkafir antara PAS dan UMNO.
Dr Mahathir dalam catatan blognya berkata, PAS sejak awal lagi mendakwa orang parti UMNO kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir.
Katanya, dakwaan itu masih tidak dibatalkan, begitu juga dengan Amanat Hadi yang mendakwa Kerajaan UMNO kafir dan pejuang melawan Kerajaan UMNO, jika meninggal dianggap syahid.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, beliau menggambarkan sikap ekstrem berkenaan ekoran daripada tindakan golongan menghina hukum-hukum Islam ketika ada satu lahi golongan yang mahu hukuman hudud segera dilaksanakan hingga mencetuskan pertembungan itu.
Katanya, hal yang berlaku di era 1960-an dan 1970-an itu adalah disebabkan kejahilan umat Islam, namun masih terdapat tanda-tanda kemanisan iman dalam diri mereka, tetapi tidak dihadapi dengan pendekatan terbaik.
Pada masa sama, beliau turut menyanggah sikap tidak adil terhadap ucapannya yang dilabel sebagai ‘Amanat Haji Hadi’ di mana fitnah berkenaan telah dijawab, termasuk siasatan pihak berkuasa tidak menemui tuduhan takfiri itu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/terima-kasih-dr-mahathir-ambil-individu.html