Mahu Ambil Empat Adun Anwar Gadai Prinsip Terima Lompat Parti Pula


agendaily.com19/10/2021
Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menggadaikan prinsipnya menolak mereka yang melompat parti?

Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri kini sah berada disebelah blok pembangkang apabila mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pertemuan semalam tidak lagi diadakan secara tersembunyi, malah empat bekas ADUN tersebut yang diketuai bekas Datuk Seri Idris Haron secara terbuka meminta supaya diambil untuk diletak calon mewakili PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Anwar sejurus pertemuan tersebut enggan memberi sebarang kenyataan media dan beredar secara tergesa-gesa daripada hotel diadakan pertemuan semalam.

Tinggal Idris yang terpinga-pinga terpaksa menjawab soalan wartawan berhubung pertemuan dengan Anwar, mengapa situasi ini berlaku walhal sepatutnya Ketua Pembangkang itu yang mengulas berhubung permintaan empat ADUN tersebut.

Atau adakah Anwar kini sudah tidak mahu lagi melayani rayuan dan permintaan empat ADUN tersebut walaupun pada awalnya merancang bersama untuk menjatuhkan kerajaan negeri dipimpin Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali?

Namun, pertemuan semalam Anwar dengan empat ADUN tersebut dan juga sebelum ini menerusi satu gambar tular mendedahkan dalang sebenar yang menyaksikan negara sekali lagi berdepan kemelut politik.

Jika diperingkat pusat Anwar bersekongkol dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kini di negeri Melaka muncul anak murid baharu yang juga sanggup menjadi pak turut kepadanya.

Bagaimanapun, kali ini giliran Anwar pula membuli dua ADUN UMNO sama seperti beliau dibuli oleh anak muridnya, Zahid yang menipu konon akan memberi sokongan untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Idris secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk bertanding atas tiket PH, namun tidak pasti sama ada langkah tersebut akan direstui oleh pimpinan PH Melaka dibawah bekas KM Adly Zahari.

Nampaknya urusan politik di Melaka kini sedang dikuasai oleh Anwar.

Sekiranya Anwar sedia menerima empat bekas ADUN ini yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka sebelum ini, ia secara tidak langsung menunjukkan beliau sudah menggadaikan prinsipnya yang menolak mana-mana wakil rakyat ‘melompat parti’.

Jika di Dewan Rakyat blok pembangkang PH paling lantang mendesak supaya undang-undang ‘lompat parti’ diperkenalkan, namun lain ceritanya pula di Melaka apabila menerima empat bekas ADUN yang melompat parti untuk duduk bersama.

Jadi, adakah Anwar dan blok pembangkang kini sudah menukar pendirian mereka berhubung isu lompat parti apabila sanggup menerima pula empat bekas ADUN tersebut?

Mungkin disebabkan itu Anwar cuba mengelak daripada bercakap dengan wartawan semalam, bimbang akan dikecam sekiranya terpaksa membuat keputusan untuk menerima pula individu yang lompat parti masuk bersama blok pembangkang.

Pendirian yang sentiasa berubah-ubah ini menimbulkan kekeliruan kepada rakyat, bagaimana pembangkang kini boleh dikuasai oleh seorang ketua yang cakap tidak serupa bikin. Atau adakah pembangkang juga sebenarnya tidak ada perbezaan dengan UMNO yang hanya mahu menyusahkan rakyat sahaja?

Untuk rekod, krisis di Melaka berlaku akibat perebutan kuasa sesama pemimpin UMNO di negeri tersebut, namun tidak dinafikan dua lagi ADUN tersebut yang menarik sokongan adalah wakil parti yang lain.

Lebih membingungkan, bukankah kerajaan sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan pembangkang, malah Perdana Menteri baharu juga sudah dilantik tetapi kemelut politik masih tidak tamat.

Satu demi satu drama politik negara berlaku, tidak cukup dengan itu beberapa tokoh politik yang terpalit dengan kes mahkamah juga seakan-akan mendapat keistimewaan.

Jadi, Anwar dan pembangkang perlu membuat ketetapan dan tidak dilihat berdolak-dalik berhubung isu ‘lompat parti’ kerana rakyat sedang menilai, atau adakah mereka juga sebenarnya keberatan jika undang-undang ‘lompat parti’ diperkenalkan kerana ia tidak akan menguntungkan mereka


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/mahu-ambil-empat-adun-anwar-gadai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Bekas Adun Melaka Sah Jumpa Anwar Selepas Tarik Sokongan

Empat Bekas Adun Melaka Sah Jumpa Anwar Selepas Tarik Sokongan

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 267 hits
Oleh FAZLI RADZI October 8 2021Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali 4 Oktober lalu sah telah bertemu Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Salah s...
4 Bekas Adun Umum Parti Baharu Selasa Depan Dakwa Terima Banyak Tawaran

4 Bekas Adun Umum Parti Baharu Selasa Depan Dakwa Terima Banyak Tawaran

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 278 hits
FMT ReportersEmpat bekas ADUN Melaka sedang meneliti dan memperhalusi setiap tawaran sebelum membuat sebarang pengumuman PETALING JAYA Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka akan membuat keputusan Selasa depan untuk menyertai mana ma...
Kami Tak Mahu 4 Adun Melaka Sertai Parti Kata Pemuda Pkr Kedah

Kami Tak Mahu 4 Adun Melaka Sertai Parti Kata Pemuda Pkr Kedah

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 287 hits
October 20 2021 Ketua Pemuda PKR Kedah Mohammed Firdaus Johari berkata tidak kira apa jua alasannya tindakan membenarkan empat ADUN Melaka itu menyertai PKR perlu ditentang habis habisan PETALING JAYA Pemuda PKR Kedah membantah empat Ahli D...
5 Dalil Utama Mengapa Ph Harus Menolak Untuk Mencalonkan 4 Adun Lompat Di Melaka

5 Dalil Utama Mengapa Ph Harus Menolak Untuk Mencalonkan 4 Adun Lompat Di Melaka

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 281 hits
PRN Melaka telah ditetapkan pada 20 November 2021 Meskipun PH berhempas pulas berusaha untuk mengelakkan Pilihanraya Negeri diadakan pada waktu pandemik Covid melanda namun Umno pula berusaha sedaya upaya untuk mengadakan pilihanraya juga h...
Anwar Ibrahim Isu Mengenai 4 Adun Melaka Bertanding Bawah Ph Risiko Pr

Anwar Ibrahim Isu Mengenai 4 Adun Melaka Bertanding Bawah Ph Risiko Pr

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 193 hits
KITA AKAN BINCANG RISIKO MENGENAI WABAK DAN RISIKO PADA RAKYAT DAN PADA IBUBAPA DAN ANAK ANAK TIDAK PEKA SOAL WABAK YANG SEDANG DAN RISIKO PADA ANAK ANAK SEKOLAH INI AMAT MEMBIMBANGKAN YANG DIBANGKITKAN OLEH DAP NI ADALAH SEORANG SEBAB KENA...
Wakil Rakyat Muda Warisan Tak Mungkin Lompat Parti Kata Penganalisis

Wakil Rakyat Muda Warisan Tak Mungkin Lompat Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 267 hits
Presiden Warisan Shafie Apdal bersama pimpinan parti KOTA KINABALU Warisan tidak perlu bimbang mengenai khabar angin mengatakan wakil rakyat mereka mungkin lompat parti kerana mereka yang masih kekal akan terus setia kata penganalisis Merek...
Adun Kukusan Rina Jainal Nafi Dakwaan Keluar Parti Warisan

Adun Kukusan Rina Jainal Nafi Dakwaan Keluar Parti Warisan

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 414 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Kukusan Rina Jainal Norazlinah kekal bersama WARISAN KUNAK Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak Norazlinah Arif menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan Parti Warisan Sabah dalam tempoh...
Idris Akhirnya Mengaku Bertemu Dengan Anwar Bersama 3 Adun

Idris Akhirnya Mengaku Bertemu Dengan Anwar Bersama 3 Adun

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 258 hits
Idris akhirnya mengaku bertemu dengan Anwar bersama 3 Adun MELAKA Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang Datuk Seri Idris Haron mengesahkan pernah bertemu Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini Ia susulan se...
Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Jauhi Hubungan Toxic Sayangi Diri Pilih Jodoh Yang Sihat

Anda Siapa Chatgpt

Lexus Paints The Curtain For A Technological Shift With Its 2026 Es Model

Panduan Ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah Tarikan Utama

Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Tiga Jenis Daun Ketum

Cara Daftar Ahli Public Gold


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

Perlekeh Pengajian Bidang Seni Nadia Brian Desak Dma Islam Mohon Maaf

No Reflection On Anwar If Nurul Izzah Loses Bid For Pkr No 2 Says Saifuddin