Adun Ijok Dapat Sokongan Majoriti Ganti Amirudin Jadi Mb Selangor




Sumber yang dekat dengan PKR berkata, pihak yang merancang menggulingkan Amirudin Shari mendakwa mempunyai majoriti mencukupi untuk mengangkat Adun Ijok, Idris Ahmad sebagai menteri besar Selangor.
“Setakat ini, Idris cukup sokongan untuk diangkat sebagai menteri besar, Adun PKR yang pro-Mohamed Azmin Ali memang tidak sokong Idris dan menyokong Amirudin.
“Adun DAP boleh dikatakan secara keseluruhan sokong Idris, 4 Adun PPBM masih berbelah bahagi dan pihak Amanah pula setakat ini ramai bersetuju dengan Idris,” katanya kepada FMT hari ini.
PKR mempunyai 28 kerusi, DAP (13), Amanah (5), PPBM (4), Barisan Nasional (5) dan PAS (1) daripada keseluruhan 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Pergolakan politik di Selangor bermula apabila Amirudin cuba meminda enakmen negeri yang mewajibkan remaja 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran “ibu dan bapa” sebelum memeluk Islam, kepada “ibu atau bapa”.
Ia disusuli usaha menggulingkan Amirudin atas dakwaan Adun Sungai Tua itu tidak mampu memimpin Selangor dan beliau cuba menyingkirkan Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim yang menangguhkan sidang DUN sebelum rang undang-undang penukaran agama kepada Islam sebelah pihak dibentangkan.
RUU itu dikatakan mendapat sokongan istana atas saranan Majlis Agama Islam Selangor.
Idris dikatakan Adun paling berpengalaman dan sesuai menjadi menteri besar, serta didakwa mendapat restu Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Amirudin pula dikatakan hanya mempunyai sokongan 13 Adun PKR, manakala wakil rakyat Amanah dan PPBM masih berbelah bagi.
Jun tahun lalu, Idris antara Adun Selangor yang disebut-sebut akan menggantikan Azmin selepas beliau menerima pelantikan sebagai menteri hal ehwal ekonomi.
Hari ini, sumber yang dekat dengan PKR mendakwa setakat ini, majoriti Adun Selangor sepakat memilih Idris dan nama lain akan dipertimbangkan sebagai alternatif, jika pihak istana menolak Idris.
“Setakat ini, kita hanya tetapkan satu nama, iaitu Idris untuk diangkat kepada Tuanku, tidak ada nama lain. Kecuali apabila pihak Istana tidak bersetuju, baru kita cadang nama lain, tapi majoriti sepakat memang hanya satu nama setakat ini.”
Sementara itu, seorang exco kanan, Haniza Talha ketika dihubungi FMT menyifatkan cubaan menggulingkan Amirudin sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Katanya, isu peralihan kuasa menteri besar tidak dibincangkan Adun dan exco Selangor kerana hubungan mereka kini dalam keadaan baik.
“Saya rasa ini cubaan pihak yang tidak bertanggungjawab mahu ambil kesempatan. Kita sekarang sibuk memberi fokus untuk pembangunan negeri.
“Dalam kalangan Adun PH dan exco sendiri, tiada apa-apa isu. Kami sekarang sedang fokus untuk Belanjawan negeri. Saya harap pihak yang cuba memainkan isu ini berhenti dan fokus kepada pembangunan kawasan masing-masing yang telah diamanahkan.”
FMT



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/08/08/adun-ijok-dapat-sokongan-majoriti-ganti-amirudin-jadi-mb-selangor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Dun Singkat Tiada Kaitan Ganti Mb Selangor

Sidang Dun Singkat Tiada Kaitan Ganti Mb Selangor

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 383 hits
Sidang DUN singkat tiada kaitan ganti MB SelangorOleh August 03 Penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor terlalu awal tiada kaitan dengan apa apa usaha untuk menggantikan Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Perkara itu disahkan be...
Kumpulan Mahu Guling Amirudin Dakwa Sudah Ada Cukup Sokongan

Kumpulan Mahu Guling Amirudin Dakwa Sudah Ada Cukup Sokongan

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 276 hits
SHAH ALAM 8 Ogos Pihak yang merancang untuk menggulingkan Amirudin Shari daripada jawatan Menteri Besar Selangor mendakwa mereka sudah mempunyai majoriti mencukupi untuk menjayakan pelan undi tidak percaya Menurut salah seorang Ahli Dewan U...
Pembangkang Selangor Bersama Amirudin Lawan Dap

Pembangkang Selangor Bersama Amirudin Lawan Dap

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 392 hits
Ketika isu pertembungan politik di antara Amirudin Shari dengan DAP hingga menyaksikan usul memperkasa agama Islam gagal dibawa dan dibincangkan di Dewan Undangan Negeri Selangor semakin hangat diperkatakan UMNO serta pembangkang negeri ini...
Adun Bersatu Selangor Gesa Semua Adun Mp Sokong Dr Mahathir Kekal Hingga Habis Penggal

Adun Bersatu Selangor Gesa Semua Adun Mp Sokong Dr Mahathir Kekal Hingga Habis Penggal

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 396 hits
Bersatu Selangor hari ini mengadakan sidang media menyatakan sokongan terhadap cadangan agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kekal menjadi perdana menteri sehingga habis penggal Mereka turut menggesa semua Ahli Dewan Undangan Negeri...
Ruu Tukar Agama Sebelah Pihak Selangor Mungkin Ganti Keputusan Indira Kata Peguam

Ruu Tukar Agama Sebelah Pihak Selangor Mungkin Ganti Keputusan Indira Kata Peguam

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 299 hits
Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari 2018 memutuskan sebarang penukaran agama kanak kanak bukan Islam harus mendapat persetujuan kedua dua ibu bapa PETALING JAYA Beberapa peguam bimbang pindaan perkataan dalam enakmen penukaran agama anak b...
Adun Islam Di Selangor Diajak Sokong Mb

Adun Islam Di Selangor Diajak Sokong Mb

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 348 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari foto NOOREEZA HASHIM KUALA LUMPUR Pemuda Pas Selangor menyeru agar seluruh Ahli ahli Dewan Undangan Negeri itu yang beragama Islam menyokong pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Timbalan Ketua Pemuda...
Langkah Biadap Speaker Pada Sultan Dan Agama Islam Disokong Adun Dap Selangor

Langkah Biadap Speaker Pada Sultan Dan Agama Islam Disokong Adun Dap Selangor

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 1144 hits
Langkah speaker Selangor menghalang pindaan Enekmen berkaitan dengan Islam adalah sebenarnya menunjukkan wajah sebenar DAP yang sememangnya tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan malah mereka bukan tidak mengetahui bahawa p...
Going For Selangor Mb S Jugular Could Backfire On Anwar Warn Analysts

Going For Selangor Mb S Jugular Could Backfire On Anwar Warn Analysts

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 405 hits
Selangor Menteri Besar Amirudin Shari might be but it does not mean that the daggers have been sheathed PKR factionalism would continue to plague Amirudin who is aligned to deputy president Azmin Ali and any political missteps could turn DA...
Jangan Sabotaj Agenda Tadbir Islam Di Selangor

Jangan Sabotaj Agenda Tadbir Islam Di Selangor

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 476 hits
DEWAN Ulamak PAS Pusat dengan tegas memberi amaran kepada PH supaya tidak sesekali mensabotaj agenda pentadbiran Islam di Selangor Semua sudah maklum bahawa pindaan Rang Undang Undang Pentadbiran Agama Islam sudah disokong oleh DYMM Sultan ...
Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Delicious Topside Beef Cubes Recipe

Puluhan Kenderaan Dihempap Simen Konkrit

Ferrari Elettrica Didedahkan Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1 000hp

Malaysia Tewaskan Laos 3 0

Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Karambusel Hydrothermal Field A New Frontier In Deep Sea Exploration


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pisang Goreng Strawberi Cheese

Belanjawan 2026 Malaysia Madani

Pigmentation Treatment In Malaysia What You Need To Know

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Masjid Nabawi Ziarah Dalaman Bersama Mutawwif Titim

Mereka Boleh Musnahkan Kota Tapi Bukan Kebenaran