Adun Bersatu Selangor Gesa Semua Adun Mp Sokong Dr Mahathir Kekal Hingga Habis Penggal


Bersatu Selangor hari ini mengadakan sidang media menyatakan sokongan terhadap cadangan agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kekal menjadi perdana menteri sehingga habis penggal.
Mereka turut menggesa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen agar berdiri teguh di belakang kepimpinan Tun Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Kenyataan sokongan tersebut diungkapkan oleh lima ADUN Bersatu di negeri ini; Harumaini Omar (Batang Kali), Mohd Shaid Rosli (Jeram), Sallehudin Amiruddin (Kuang), Datuk Abdul Rashid Asari (Selat Klang) dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil) sebagai merujuk cadangan yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yang turut sama yang di lontarkan oleh UMNO dan Pas baru-baru ini.

Loading… “Adun Bersatu negeri Selangor tidak nampak keperluan untuk perdana menteri berundur sebelum misi membina semula negara yang diterajui oleh beliau ini diselesaikan dengan sempurna.
“Kami menyeru kepada semua ahli parlimen dan Adun dari Bersatu dan PH negeri yang lain agar berdiri teguh di belakang kepimpinan Dr Mahathir Mohamad demi rakyat Malaysia keseluruhannya,” katanya melalui kenyataan media yang diedarkan kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.
Ketua Penerangan Bersatu Selangor Sallehudin Amiruddin berkata, Dr Mahathir harus diberi ruang yang sebaiknya untuk melaksanakan tugasnya.
“Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi ketika peralihan kuasa, wajar Tun diberikan peluang menguruskan negara dengan sebaiknya dan kami merasakan tidak sepatutnya ada sebarang desakan untuk beliau melepaskan jawatan.
“Justeru itu, kami menyambut baik dan menyokong jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia hingga akhir penggal ke 14,” katanya lagi.
Adun Jeram Mohd Shaid Rosli ketika menjawab soalan pemberita berkata tiada perjanjian yang menetapkan peralihan kuasa berlaku dalam tempoh dua tahun.
“Perjanjian dua tahun itu tiada. Kalau berlaku perubahan dalam tempoh dua hingga tiga tahun, akan beri kesan besar kepada negara, pelabur dari luar negara kurang percaya kerana tiada kestabilan politik dalam negara kita.
“Jadi benda ni harus dipandang serius,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Adun Kuang Sallehudin Amiruddin pula berkata gesaan agar Dr Mahathir segera menyerahkan kuasa tidak wajar kerana menurutnya ia akan mengganggu pentadbiran negara.
“Kita lihat hampir setiap minggu (ada gesaan seperti itu), media juga kadang-kadang memainkan peranan dalam melaporkannya.
“Jadi iklan-iklan sehubungan perkara ini kita rasa harus diberhentikan, kerana ia mengelirukan rakyat.
“Saya minat bawa satu konsep, sekarang ini kita ada seorang pilot (juruterbang) yang memandu kapal terbang, kita ada kapal terbang yang cukup cantik, kenapa kita tidak membiarkan pilot ini membawa kapal terbang dengan penumpang ke suatu destinasi yang banyak rakyat Malaysia impikan?” katanya lagi. – Malaysian Update


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/adun-bersatu-selangor-gesa-semua-adun-mp-sokong-dr-mahathir-kekal-hingga-habis-penggal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Tun M Habis Penggal Tak Bermakna Tolak Anwar Azmin

Sokong Tun M Habis Penggal Tak Bermakna Tolak Anwar Azmin

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 541 hits
Kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad perlu berkhidmat sehingga habis penggal tidak menggambarkan beliau tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri itu Mo...
Mahadhir Kekal Sehingga Habis Penggal

Mahadhir Kekal Sehingga Habis Penggal

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 309 hits
ANUAR JADI PIEM SELEPAS PRU 15 Pak Karamu Tidak boleh tukar PM seperti tukar kasut Hadi AwangNews Diterbitkan Hari ini 11 54 tengahari Dikemaskini Hari ini 11 54 tengahari Peralihan jawatan perdana menteri tidak boleh dibuat secara tergesa ...
Komitmen Ahli Pimpinan Bersatu Perlu Kekal Kata Maszlee

Komitmen Ahli Pimpinan Bersatu Perlu Kekal Kata Maszlee

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 253 hits
Komitmen ahli pimpinan Bersatu perlu kekal kata Maszlee Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Jul 2019 11 36P
Dr M Perlu Jadi Pm Hingga Akhir Penggal Azmin

Dr M Perlu Jadi Pm Hingga Akhir Penggal Azmin

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 248 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 47 tengahariMenteri ekonomi Azmin Ali berkata Dr Mahathir Mohamad perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan kesimbambungan dan ketuntasan dasar dasar kerajaan Beliau berkata ...
Menteri Gesa Semua Negeri Serius Tangani Pencemaran Sungai

Menteri Gesa Semua Negeri Serius Tangani Pencemaran Sungai

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 256 hits
Menteri gesa semua negeri serius tangani pencemaran sungai Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Jul 2019 12 55P
Siasat Unsur Sabotaj Pencemaran Sumber Air Sungai Selangor Gesa Span

Siasat Unsur Sabotaj Pencemaran Sumber Air Sungai Selangor Gesa Span

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 339 hits
Siasat unsur sabotaj pencemaran sumber air Sungai Selangor gesa SPAN Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 22 Jul
Semua Mesyuarat Pkr Tak Hadir Kalau Saya Boikot Kata Mb Selangor

Semua Mesyuarat Pkr Tak Hadir Kalau Saya Boikot Kata Mb Selangor

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 414 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari SHAH ALAM Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menolak dakwaan dia dan beberapa pemimpin PKR lain cuba memboikot mesyuarat parti Amirudin yang juga ketua PKR Selangor berkata sudah tentu dia tidak meng...
Zuraida Pun Sokong Dr M Kekal Pm 5 Tahun

Zuraida Pun Sokong Dr M Kekal Pm 5 Tahun

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 280 hits
Diterbitkan Hari ini 11 18 tengahariNaib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin hari ini menyambut baik cadangan membiarkan Dr Mahathir Mohamad meneruskan khidmatnya sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal ini Mendoakan Mahathir agar panjan...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Makanan Minuman Tidak Pernah Habis Mia Boat Noodle Di Aeropod

Hari Gaji Datang Sekejap Pergi Pun Sekejap

Tl19 Travelog Kelantan

Confessions Of A Drained Mom When Your Cup Is Empty

Gubahan Bunga Istimewa Dari Chenille Stem

A Legend Reimagined Seven Honda Cb750s That Redefined An Icon