Adun Dap Ikrar Halang Cubaan Singkir Speaker S Gor


Pasukan Malaysiakini Diterbitkan Hari ini 9:43 malam

Wakil rakyat DAP berikrar akan mempertahankan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim yang didakwa cuba disingkirkan, dengan menyifatkan beliau menjalankan tugas dengan baik.

Ng disifatkan mempertaruhkan kedudukannya untuk berpegang pada prinsip apabila menangguhkan persidangan sebelum rang undang-undang penukaran agama kepada Islam secara sepihak dibentangkan.

"Speaker membuat langkah yang berani.

"Ini kerana dia tahu rang undang-undang itu boleh menyebabkan kekacauan, jadi dia mengorbankan dirinya dan mengambil risiko untuk memastikan rang undang-undang itu tidak dibentangkan," kata sumber yang enggan namanya didedahkan kepada Malaysiakini.

Sumber berkata, Ng menggunakan "cara bijak dan sah" untuk menghalang rang undang-undang itu dibentangkan.

"Adun DAP akan mempertahankan dia (Ng), kerana dia bertindak demi kepentingan masyarakat dan semua kumpulan etnik.

"Kita boleh kata dia tidak mementingkan diri sendiri. Dia tahu perbuatannya boleh menyebabkan menteri besar (Amirudin Shari) kurang senang, tetapi dia berani untuk meneruskannya," katanya.

Pemimpin DAP Selangor yang lain, seperti timbalan pengerusinya, Ean Yong Hian Wah dan naib ketuanya, V Ganabathirau, enggan mengulas.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa menteri besar Selangor cuba menggesa pindaan kepada enakmen negeri terhadap penukaran agama kanak-kanak di bawah umur.

Ketika ini, enakmen itu menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran "ibu dan bapa" sebelum memeluk Islam. Pindaan itu bagi mengubahnya kepada "ibu atau bapa".

Rang undang-undang berkenaan dikatakan mendapat sokongan istana atas saranan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Ng dikatakan enggan menandatangani dokumen yang akan membenarkan rang undang-undang pindaan enakmen itu dibentangkan dan menangguhkan persidangan.

Malaysiakini diberitahu bahawa sehari selepas itu, Amirudin (gambar) mengadakan mesyuarat dengan semua Adun PKR dan seorang wakil rakyat Bersatu yang beragama Islam.

Salah satu agenda mesyuarat itu dikatakan adalah cadangan penyingkiran Ng sebagai speaker dewan.

Mengikut perlembagaan negeri, tidak ada klausa untuk menentukan dengan jelas bagaimana speaker dapat disingkirkan secara sah.

Fasal (2) Seksyen 71 perlembagaan hanya menyenaraikan empat syarat di mana speaker boleh meletakkan jawatan dan mengosongkan jawatannya, iaitu: Ketika dewan legislatif pertama kali bersidang setelah pilihan raya umum; Apabila dia berhenti menjadi anggota dewan; Apabila dibatalkan kelayakan di bawah Fasal (3A) di mana speaker terlibat dalam menggunakan jawatan untuk meraih keuntungan, korporat atau perniagaan; Sekiranya diputuskan oleh dewan. Dalam situasi ini, sesuatu usul dapat diluluskan dengan sokongan sekurang-kurangnya separuh daripada wakil rakyat untuk menyingkirkan speaker.

Sumber DAP juga mengatakan bahawa pihak yang ingin menyingkirkan Ng sebagai speaker tidak dapat sokongan myang mencukupi.

Bagaimanapun, dua anggota PKR iaitu Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati) dan Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang) menafikan sebarang cubaan untuk menyingkirkan Ng.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/adun-dap-ikrar-halang-cubaan-singkir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singkir Dap Ahmad Fadhli Dakwa Umno Pas Akan Sokong Ph Di S Gor

Singkir Dap Ahmad Fadhli Dakwa Umno Pas Akan Sokong Ph Di S Gor

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 251 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 58 tengahariAhli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari supaya menyingkirkan DAP dari pentadbiran kerajaan negeri susulan dakwaan percubaan parti itu menghalang...
Langkah Biadap Speaker Pada Sultan Dan Agama Islam Disokong Adun Dap Selangor

Langkah Biadap Speaker Pada Sultan Dan Agama Islam Disokong Adun Dap Selangor

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 1026 hits
Langkah speaker Selangor menghalang pindaan Enekmen berkaitan dengan Islam adalah sebenarnya menunjukkan wajah sebenar DAP yang sememangnya tidak menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan malah mereka bukan tidak mengetahui bahawa p...
2 Adun Dap Tarik Balik Bantahan Isu Khat

2 Adun Dap Tarik Balik Bantahan Isu Khat

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 353 hits
News Diterbitkan Hari ini 3 06 petangDua Anggota Dewan Undangan Negeri DAP menarik balik bantahan mereka terhadap rancangan memperkenalkan pembelajaran khat dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular Adun Keranji Chong...
Ini Jalan Belakang Speaker S Ngor Main Halang Bentang Ruu Agama

Ini Jalan Belakang Speaker S Ngor Main Halang Bentang Ruu Agama

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 215 hits
Suee Lim guna jalan belakang ADUN Islam Selangor perlu bersatuKUALA LUMPUR 9 Ogos Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim dituduh telah menggunakan jalan belakang untuk menghalang pembentangan rang undang undang pindaan enakmen n...
Dap Rep Vows To Defend Selangor Speaker Against Ouster Attempts

Dap Rep Vows To Defend Selangor Speaker Against Ouster Attempts

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 385 hits
Following Selangor Legislative Assembly speaker Ng Suee Lim s alleged role in blocking an attempt to introduce a unilateral conversion bill a PKR faction floated the idea of removing him However a DAP lawmaker promised that the party will d...
Dap Selangor Biadab Singkir Dan Tubuh Kerjasama Baru Dengan Umno Pas Negeri Lebih Waras

Dap Selangor Biadab Singkir Dan Tubuh Kerjasama Baru Dengan Umno Pas Negeri Lebih Waras

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 348 hits
SHAH ALAM Pemuda Pas menggesa agar Ahli Dewan Undang Negeri di Selangor supaya dapat mengambil langkah untuk menyingkirkan pemimpin DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri
Dap Bertaring Bantah Ruu Islam S Ngor Mana Suara Adun Islam Ph

Dap Bertaring Bantah Ruu Islam S Ngor Mana Suara Adun Islam Ph

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 432 hits
DAP kian bertaring BELUM pun reda kemelut isu tulisan Jawi dan Khat yang dibantah keras oleh sebahagian pemimpin DAP kita dikejutkan pula dengan gelagat DAP di Selangor yang membantah RUU Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yan...
Isu Jawi Adun Dap Minta Kpm Perjelas Maksud Secara Pilihan

Isu Jawi Adun Dap Minta Kpm Perjelas Maksud Secara Pilihan

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 283 hits
MALAYSIAKINI Adun Bukit Assek Irene Mary Chang Oi Ling mahu Kementerian Pendidikan memperjelas kenyataan terbarun kelmarin berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di sekolah rendah yang akan dilaksanakan secara pilihan Kata Chang peng...
Dap Larang Salah Guna Agama

Dap Larang Salah Guna Agama

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 364 hits
Dr Ahnad Sanusi AzmiPimpinan DAP banyak guna elemen Islam untuk kepentingan politik KALAU sebelum ini mereka mempopularkan label Taliban buat kumpulan yang memperjuangkan Islam hari ini timbul pula istilah Klepto Theocracy penjenamaan bahar...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Big Stage Alpha 2025

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf