Singkir Dap Ahmad Fadhli Dakwa Umno Pas Akan Sokong Ph Di S Gor


News | Diterbitkan Hari ini 11:58 tengahari

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari supaya menyingkirkan DAP dari pentadbiran kerajaan negeri susulan dakwaan percubaan parti itu menghalang pindaan enakmen negeri terhadap penukaran agama kanak-kanak di bawah umur secara sepihak.

“Saya menyeru rakan-rakan Adun di Selangor untuk mengambil langkah pada masa yang terbaik hari ini untuk menyingkirkan DAP dari pentadbiran negeri Selangor.

“MB wajar memulakan langkah proaktif mengadap Sultan Selangor bagi mewajarkan rombakan exco negeri Selangor dengan mengeluarkan semua ahli exco daripada DAP seterusnya menyingkirkan speaker DUN Selangor yang juga daripada parti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS itu, partinya dan Umno sedia menghulurkan sokongan bagi menjayakan agenda berkenaan.

Pakatan Harapan (PH) kekal di Selangor selepas pilihan raya umum ke-14 dan sehingga hari ini memiliki 50 daripada 56 kerusi. BN cuma memiliki lima kerusi manakala PAS pula cuma satu.

“Sekiranya sokongan daripada Umno dan PAS diperlukan, tiada sebab untuk kedua-dua parti ini walaupun dengan jumlah kerusi yang kecil menolak untuk bekerjasama menjayakan agenda ini,” katanya.

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa menteri besar cuba meminda enakmen negeriuntuk mengubah perkataan mengenai berhubung penukaran agama bagi anak yang di bawah umur.

Pada masa ini, enakmen itu menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran "ibu dan bapa" sebelum memeluk Islam. Pindaan itu untuk mengubahnya kepada "ibu atau bapa".

Versi bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan juga merujuk “ibu atau bapa” berkaitan penukaran agama.

Walau bagaimanapun, cadangan pindaan itu menuju jalan buntu apabila Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim dikatakan memendekkan sidang DUN hanya kepada dua hari, pada 31 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata jika “permulaan terlerainya Pakatan Rakyat adalah Langkah Kajang di Selangor, tiada yang pelik jika lerainya Pakatan Harapan juga bermula dengan Langkah Sekinchan di Selangor”.

“Jika ada yang masih berpura-pura tidak nampak dengan kemelut Selangor ini, saya kira ia adalah situasi yang sangat malang,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/singkir-dap-ahmad-fadhli-dakwa-umno-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Selangor Biadab Singkir Dan Tubuh Kerjasama Baru Dengan Umno Pas Negeri Lebih Waras

Dap Selangor Biadab Singkir Dan Tubuh Kerjasama Baru Dengan Umno Pas Negeri Lebih Waras

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 333 hits
SHAH ALAM Pemuda Pas menggesa agar Ahli Dewan Undang Negeri di Selangor supaya dapat mengambil langkah untuk menyingkirkan pemimpin DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri
Kerjasama Pas Dan Umno Mendukung 100 Dap Sebagai Musuh Tetapi

Kerjasama Pas Dan Umno Mendukung 100 Dap Sebagai Musuh Tetapi

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 361 hits
Umno juga menolak DAP 100 peratus Majlis Tertinggi UMNO hari ini sebulat suara menerima kerjasama dengan PAS yang berlandaskan Taawun Siyasi dan majlis tandatangan piagam kerjasama berkenaan akan dimaklumkan esok Presidennya Datuk Seri Dr A...
Kenapa Dap Panas Umno Dan Pas Bersama

Kenapa Dap Panas Umno Dan Pas Bersama

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 307 hits
Mengapa DAP yang berasa panas Tidak ada orang politik yang paling terkesan khuatir dan gementar dengan kerjasama UMNO dan Pas selain seorang yang bernama Lim Kit Siang Kekhuatiran Kit Siang cukup jelas apabila menulis artikel panjang mengec...
Dong Zong Racist Says Dr M On Objection Over Khat

Dong Zong Racist Says Dr M On Objection Over Khat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 711 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad today hit out at Chinese education group Dong Zong labelling them racists amid continued objection to the introduction of khat in the Year 4 Bahasa Melayu syllabus Speaking to reporters after an event in L...
Adun Dap Ikrar Halang Cubaan Singkir Speaker S Gor

Adun Dap Ikrar Halang Cubaan Singkir Speaker S Gor

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 212 hits
Diterbitkan Hari ini 9 43 malamWakil rakyat DAP berikrar akan mempertahankan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim yang didakwa cuba disingkirkan dengan menyifatkan beliau menjalankan tugas dengan baik Ng disifatkan mempertaruh...
Matikah Momok Dap Di Hujung Keris Umno Pas

Matikah Momok Dap Di Hujung Keris Umno Pas

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 300 hits
Akhirnya UMNO dan PAS mencapai kata sepakat untuk bekerjasama atau bertaawun antara satu sama lain dalam mengharungi cabaran arus perdana politik tanah air Menurut kenyataan media yang dikeluarkan secara bersama oleh kedua dua parti UMNO da...
Ahli Umno Pas Sudah Lupakan Persengketaan Kini Harmoni

Ahli Umno Pas Sudah Lupakan Persengketaan Kini Harmoni

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 462 hits
28 Julai 2019 5 26 PMHASNI MOHAMMAD bersama sama Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad serta Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah melayan tetamu yang hadir pada Durian Fest di Zainal s Place Sri Tebrau hari ini ...
Beranikah Umno Totok Engkar Tuntutan Kerakyatan Dap Seperti Melawan Tun Dalam Ppbm

Beranikah Umno Totok Engkar Tuntutan Kerakyatan Dap Seperti Melawan Tun Dalam Ppbm

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 395 hits
Melihat gambar yang dipaparkan oleh Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng bersama sama 5 lagi pemimpin DAP bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan isu isu kewarganegaraan Lima pemimpin DAP yang l...
Umno Pas Pas Setuju Hadi Jadi Pm

Umno Pas Pas Setuju Hadi Jadi Pm

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 493 hits
Salah satu syarat yang dikira menjadi roh kepada piagam ta awun siaysi antara Pas dengan Umno nanti ialah muafakat itu telah membuat konsesus jika gabungan itu berjaya memperolehi majoriti dalam pilihan raya umum ke 15 nanti Abdul Hadi Awan...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa