Adun Bn Dipujuk Singkir Mb Perak


Published on November 25, 2018
in Nasional by webadmin

IPOH – BN Perak mendedahkan beberapa Adunnya dipujuk individu di dalam PH bagi menyokong usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, sekurang-kurangnya lima Adun BN sudah dihubungi secara berasingan oleh lebih dari seorang individu berjawatan exco Perak untuk tujuan tersebut.

Katanya, bagaimanapun kesemua 25 Adun BN berjanji untuk tidak menyokong usul tersebut kerana tidak mahu mengkhianati sokongan rakyat.

“Saya percaya peristiwa 2009 akan berulang. Saya tahu sebab Adun-Adun saya 25 orang, lima orang telah dihubungi, didekati, ditawarkan macam-macam tawaran untuk menyokong mereka bila nak buat undi tidak percaya.

“Bila buat di dalam Dewan Negeri, daripada 31 Adun kerajaan hanya 28 Adun akan sokong dan tiga lagi (Adun Bersatu dan bebas) tak sokong, jadi 28 Adun tak cukup nak jadi kerajaan, sebab itu dia perlukan (sekurang-kurangnya) dua Adun pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Perjumpaan Khas Presiden Umno Bersama Kepimpinan Umno Negeri Perak di Dewan Konvensyen Sungai Siput, di sini.

Saarani yang juga Ketua Pembangkang Dun Perak berkata, exco kerajaan negeri terbabit beranggapan jika berlaku usul undi tidak percaya terhadap menteri besar, 28 Adun akan menyokong terdiri daripada 18 daripada DAP, enam daripada Amanah dan empat daripada PKR manakala Ahmad Faizal dan dua penyokongannya iaitu Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin serta Adun Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi akan menentang.

Menurutnya, jika Adun-Adun BN dan Pas membuat keputusan untuk berkecuali, Speaker Dun akan mengumumkan usul itu diterima dan Ahmad Faizal sekali gus hilang jawatan sebagai menteri besar.

“Tapi pada masa sama mereka tidak ada kerajaan sebab hanya ada 28 kerusi kerana nak bentuk kerajaan sekurang-kurangnya perlu ada 30 kerusi.

“Jadi kalau itu berlaku kita tunggulah pilihan raya negeri.

“Dalam kalangan mereka sedang berantakan. Kita tunggu masa sesuai untuk isytiharkan kepada wartawan siapa mereka dan apa dia buat,” katanya.

Saarani berkata, Kerajaan Perak yang ada kini tidak kukuh dan mereka tidak boleh nafikan kerana berlaku beberapa kali percanggahan kenyataan di antara Menteri Besar Perak dengan exco kerajaan negeri.

“Bila menteri besar umum nak buat lapangan terbang di Behrang, seorang exco bercanggah pendapat. Menteri Besar umum Kanun Tanah Negara tidak membenarkan pemberian tanah, esoknya exco buat kenyataan bercanggah.

“Mana boleh exco sanggah MB. Bayangkan exco kerajaan negeri balun MB. Itu bukan disiplin yang baik, ini tidak betul,” katanya lagi.

Sementara itu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media berasingan berkata, pihaknya bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan jika ditakdirkan berlaku pilihan raya negeri berhubung situasi tersebut.

Source: SH Nasional

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/adun-bn-dipujuk-singkir-mb-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komplot Singkir Mb Perak Pas Tidak Terlibat

Komplot Singkir Mb Perak Pas Tidak Terlibat

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 274 hits
IPOH Pas Perak tidak mengetahui wujud gerakan untuk menyingkirkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui undi tidak percaya Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria berkata pihaknya sama sekali tidak terlibat malah tidak lang...
Umno Perak Sahkan Ada Cubaan Untuk Membeli Adun Bn Bagi Gulingkan Mb Perak

Umno Perak Sahkan Ada Cubaan Untuk Membeli Adun Bn Bagi Gulingkan Mb Perak

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 259 hits
SUNGAI SIPUT 26 Nov Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak Datuk Saarani Mohamad mengesahkan ada pihak yang cuba menawarkan pelbagai tawaran kepada ADUN Barisan Nasional bagi menggulingkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ...
Adun Bn Boikot Speaker Dun Perak

Adun Bn Boikot Speaker Dun Perak

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 477 hits
Wartawan Watan Online Semua 25 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional bertindak keluar dari sidang Dewan Undangan Negeri hari ini kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa bersikap berat sebelah ...
Adun Ph Perak Dinasihati Tidak Pedulikan Saarani

Adun Ph Perak Dinasihati Tidak Pedulikan Saarani

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 252 hits
MALAYSIAKINI Anggota Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan Perak digesa agar tidak mengambil endah kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Saarani Mohamad berhubung usaha menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Ketika membuat gesa...
Kerajaan Pakatan Harapan Perak Bakal Hancur

Kerajaan Pakatan Harapan Perak Bakal Hancur

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 395 hits
UMNO mendakwa wujud gerakan dalam kalangan beberapa ahli exco kerajaan negeri dari Pakatan Harapan Perak yang ingin menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui usul undi tidak percaya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Neg...
Ph Perak Goyah Usul Undi Tidak Percaya Kepada Mb

Ph Perak Goyah Usul Undi Tidak Percaya Kepada Mb

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 384 hits
PH Perak Goyah Usul Undi Tidak Percaya Kepada MB ok UMNO Perak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan dalam keadaan goyah berikutan terdapat usaha dalam kalangan beberapa EXCO negeri itu untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Az...
Exco Didakwa Cuba Jatuhkan Mb Perak Datuk Seri Ahmad Faizal

Exco Didakwa Cuba Jatuhkan Mb Perak Datuk Seri Ahmad Faizal

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 271 hits
SUNGAI SIPUT 25 Nov UMNO Perak mendakwa wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu oleh beberapa orang exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Pengerusi ...
Anak Anak Seronok Mandi Di Kolam Renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh Perak

Anak Anak Seronok Mandi Di Kolam Renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 3598 hits
Anak anak Seronok Mandi Di Kolam Renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh Perak Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Minggu lepas adalah pertama kali Sha dan suami bawa anak anak mandi manda di kolam renang Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh Perak ...
Hidup Umno Bergema Di Dewan Konvensyen Sg Siput Perak

Hidup Umno Bergema Di Dewan Konvensyen Sg Siput Perak

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 333 hits
SIPUT 25 November Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama sebahagian kepimpinan Majlis Kerja tertinggi UMNO serta Kepimpinan UMNO Negeri Perak melaungkan Hidup UMNO diakhir program Perjumpaan Khas Presiden bersama kepimpinan ...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam