Adun Bn Boikot Speaker Dun Perak


Wartawan Watan-Online



Semua 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dari sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini ( 28 Nov ) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa bersikap berat sebelah.

Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad, berkata tindakan itu dilakukan kerana Koo Ham bertindak secara tidak matang dan tidak menunjukkan sikap adil iaitu tidak cenderung kepada mana-mana pihak dalam mengendalikan sidang berkenaan.

Katanya, tindakan Koo Ham yang menjawab bagi pihak kerajaan sepatutnya tidak boleh dilakukan kerana ia tidak menunjukkan sikap berkecuali selain membantah tindakan berat sebelahnya apabila mengungkit peristiwa kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009 ketika mengendalikan persidangan.

“Jadi kita (BN) protes, semua ADUN (dari BN) keluar… kecuali ADUN PAS kerana Pesuruhjaya PAS, Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol) akan berbahas.

“Saya cuma mengucapkan tahniah kepada beliau (Koo Ham) kerana beliau adalah Ahli Parlimen terkaya namun beliau respon dengan mengaitkan kononnya BN merampas kuasa pada 2009, kalau tidak mungkin beliau lebih kaya lagi.

“Beliau mungkin tidak tahan sebab saya pulangkan ‘paku buah keras’ kepadanya.

“Ini kerana sewaktu mereka jadi pembangkang, setiap kali Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membentangkan belanjawan negeri, beliau akan balun tapi sekarang mereka sudah jadi kerajaan namun tiada yang istimewanya Belanjawan 2019 berbanding yang BN bentangkan dalam Belanjawan 2018,” katanya.

Saarani berkata, sebagai Speaker, Koo Ham tidak boleh menunjukkan sikap berat sebelah dengan jelas, menjawab bagi pihak kerajaan atau turut sama berbahas.

Katanya, malah sudah menjadi amalan di peringkat Persekutuan di mana Speaker Dewan Rakyat hendaklah melepaskan semua jawatan politik untuk memperlihatkan beliau bukan saja adil tetapi dilihat adil malah tidak boleh menunjukkan sikap memihak kepada mana-mana parti politik.

“Speaker tak boleh menyampuk, menjawab bagi mana-mana pihak tapi Koo Ham semakin menjadi-jadi, dia nak menjawab, bila kita berbahas dia pun nak jawab, malah dia nak turut sama membahaskan.

“Jadi kita nak tegur, Speaker kena bersikap berkecuali dan jangan menunjukkan belang, kalau tunjuk belang dia tidak boleh mengendalikan persidangan dengan baik, dia mesti adil,” katanya.

Bagaimanapun, Saarani menjelaskan, protes berkenaan hanya sementara dan mereka menyambung persidangan pada sebelah petang.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/adun-bn-boikot-speaker-dun-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Pakai Baju Melayu Teguran Speaker Dun Selangor Mengelirukan

Adun Pakai Baju Melayu Teguran Speaker Dun Selangor Mengelirukan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 643 hits
On Nov 29 2018Malaysia Gazette Teguran Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer Sany Hamzan memakai baju kebangsaan ketika sesi persidangan kelmarin menimbulkan kemarahan Pemuda Pa...
All 25 Umno Reps Walk Out Of Perak State Assembly Accuse Speaker Of Bias

All 25 Umno Reps Walk Out Of Perak State Assembly Accuse Speaker Of Bias

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 346 hits
Pulau Pangkor assemblyman Datuk Seri Zambry Kadir speak at a press conference at the state asssembly meeting on Wednesday Nov 28 2018IPOH All 25 Umno state assemblymen staged a walkout after accusing the Perak state assembly speaker Datuk N...
Umno Perak Sahkan Ada Cubaan Untuk Membeli Adun Bn Bagi Gulingkan Mb Perak

Umno Perak Sahkan Ada Cubaan Untuk Membeli Adun Bn Bagi Gulingkan Mb Perak

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 283 hits
SUNGAI SIPUT 26 Nov Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak Datuk Saarani Mohamad mengesahkan ada pihak yang cuba menawarkan pelbagai tawaran kepada ADUN Barisan Nasional bagi menggulingkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ...
Adun Bn Dipujuk Singkir Mb Perak

Adun Bn Dipujuk Singkir Mb Perak

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 330 hits
Published on November 25 2018in by IPOH BN Perak mendedahkan beberapa Adunnya dipujuk individu di dalam PH bagi menyokong usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad ...
Adun Minta Speaker Pertimbangkan Semula Etika Pakaian

Adun Minta Speaker Pertimbangkan Semula Etika Pakaian

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 325 hits
Mohd Imran TamrinSHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional Selangor meminta Speaker Dewan Undangan Negeri Ng Suee Lim mempertimbangkan semula etika pakaian wakil rakyat ADUN Sungai Panjang Datuk Mohd Imran Tamrin berkata in...
25 Adun Bn Keluar Dewan Kerana Speaker Suka Menyampuk Hahaha

25 Adun Bn Keluar Dewan Kerana Speaker Suka Menyampuk Hahaha

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 326 hits
Semua 25 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional bertindak keluar dewan ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sebagai membantah Speaker DUN Datuk Ngeh Koo Ham yang berat sebelah Tindakan itu diketuai oleh Ketua Pembang...
Demi Melayu Islam Kita Bersatu Adun Bn Pertahan Adun Ph Pakai Baju Melayu Dalam Sidang Dun

Demi Melayu Islam Kita Bersatu Adun Bn Pertahan Adun Ph Pakai Baju Melayu Dalam Sidang Dun

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 483 hits
Mohd Imran Tamrin berkata baju Melayu adalah pakaian formal yang dipakai anggota kerajaan dan pemimpin Malaysia dalam majlis rasmi SHAH ALAM Adun Sungai Panjang dari Barisan Nasional Datuk Mohd Imran Tamrin hari ini mempersoalkan tindakan S...
Adun Ph Perak Dinasihati Tidak Pedulikan Saarani

Adun Ph Perak Dinasihati Tidak Pedulikan Saarani

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 261 hits
MALAYSIAKINI Anggota Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan Perak digesa agar tidak mengambil endah kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Saarani Mohamad berhubung usaha menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Ketika membuat gesa...
Perak Speaker Rejects Mb S Motion To Debate Icerd

Perak Speaker Rejects Mb S Motion To Debate Icerd

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 250 hits
PERAK DUN Perak speaker Ngeh Koo Ham today rejected a motion brought by Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu This is likely the first time that a chief executive s motion had been shot down by a speaker anywhere in the country According to Sina...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Penting Untuk Pengguna Cimb Tiada Lagi Sms Transaksi Mulai 17 Mei

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca