Adun Bersatu Mohon Duduk Sebelah Pembangkang Di Dun S Gor


Lu Wei Hoong

Anggota Dewan Undangan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli daripada Bersatu mengumumkan mahu duduk di barisan pembangkang dalam sidang Dewan Selangor akan datang.

Tindakan itu dibuat sebagai protes simbolik kepada Adun Sungai Pelek Ronnie Liu daripada DAP yang mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Bersatu.

“Saya sudah buat surat.

“Nanti (saya) bagi tuan speaker untuk minta tuan speaker (duduk sebelah pembangkang) sebagai tanda protes Ronnie Liu,” kata Mohd Shaid kepada Malaysiakini.

Bagaimana pun beliau berkata tindakan itu tidak bermaksud beliau menyertai Umno.

“Tak adalah. Bukan masuk Umno. Duduk sebelah blok pembangkang tanda saya protes,” katanya.

Dewan Selangor akan bersidang semula bermula 1 November. Menteri Besar Amirudin Shaari dijangka membentangkan belanjawan negeri bagi tahun 2020.
Ronnie Liu Sementara itu, Ketua Pembangkang Rizam Ismail mengalu-alukan kedatangan Mohd Shaid di blok pembangkang.

“Saya dihubungi oleh YB Mohd Shaid Rosli yang mana beliau bersedia menjadi pembangkang pada sidang dewan nanti kerana sudah tawar hati dan berasa sangat kecewa dengan kenyataan Ronnie Liu dari parti DAP.

“Beliau juga menyatakan bahawa sudah berasa tawar hati untuk bekerjasama dengan parti DAP itu yang kini dilihat semakin bermuka muka dan sudah menunjukkan wajah sebenar parti DAP yang sejak dulu lagi kita kenal bersifat rasis.

“Saya menerima dengan hati terbuka jika benar Mohd Shaid sanggup meninggalkan Pakatan Harapan yang sedang berkuasa demi mempertahankan apa yang beliau rasa benar.

“Ini sangat baik bagi pihak pembangkang menambah ahli untuk proses semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan Selangor,” katanya.

‘Pergolakan lemahkan negeri’

Rizam juga menggesa Pakatan Harapan memfokuskan kepada pentadbiran negeri, bukannya pergolakan parti.

“Apa yang menjadi keutamaan saya hari ini adalah segala kepentingan rakyat negeri Selangor ini haruslah diperjuangkan terutamanya kebajikan rakyat harus sentiasa dijaga.

“Saya yakin dan percaya bahawa jika benar hubungan antara parti parti di dalam Harapan bergolak maka itu adalah perkara yang akan melemahkan pentadbiran negeri sebenarnya.

“Kerana apa? Kerana mereka semua tidak habis habis berpolitik dan langsung tidak menumpukan perhatian kepada urus tadbir kerajaan negeri.”
Rizam Ismail Dalam satu rencana bertajuk "Mahathir: The paper tiger” (Mahathir: Harimau Kertas) semalam, Liu berkata ketika Harapan sedang mengetengahkan agenda pelbagai kaum, Dr Mahathir sebaliknya mengejar model parti dominan Melayu ala-BN.

Liu memberi contoh tindakan Dr Mahathir menerima bekas pemimpin Umno dalam Bersatu, selain mempersoalkan berhubung ketiadaan tarikh jelas peralihan kuasa perdana menteri.

Malam semalam, Mohd Shaid menyifatkan bahawa kenyataan Liu sebagai "keterlaluan dan sudah melampaui batas" sehingga boleh menjejaskan hubungan dan kerjasama antara parti di dalam PH.

Katanya, kenyataan Liu itu mempersoalkan kredibiliti Dr Mahathir.

Beliau malah menyatakan kesediaannya keluar daripada kerajaan PH di Selangor sekiranya Ronnie Liu tidak menghormati kepimpinan tertinggi PH.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/adun-bersatu-mohon-duduk-sebelah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Bersatu Umum Protest Dap Dalam Sidang Dun Selangor

Adun Bersatu Umum Protest Dap Dalam Sidang Dun Selangor

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 508 hits
Anggota Dewan Undangan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli daripada Bersatu mengumumkan mahu duduk di barisan pembangkang dalam sidang Dewan Selangor akan datang Tindakan itu dibuat sebagai protes simbolik kepada Adun Sungai Pelek Ronnie Liu dari...
Adun Bersatu Sedia Tinggalkan Ph Sebagai Protes Dap

Adun Bersatu Sedia Tinggalkan Ph Sebagai Protes Dap

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 601 hits
SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri Jeram Mohd Shaid Rosli bersedia meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan Selangor sekiranya Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP Ronnie Liu tidak menghormati kepimpinan tertinggi PH Mohd Shaid berkata tindakan...
Tak Jadi Excited Masuk Dewan Konvokesyen Dapat Tahu Kena Duduk Sebelah Ex Boyfriend

Tak Jadi Excited Masuk Dewan Konvokesyen Dapat Tahu Kena Duduk Sebelah Ex Boyfriend

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 546 hits
Hari konvokesyen merupakan detik paling bermakna dan tidak akan dilupakan oleh para graduan paling indah lagi kalau hari itu dapat disambut bersama insan yang tersayang Namun lain pula jadinya dengan kisah gadis ini apabila hari yang sepatu...
Adun Jeram Cabar Ronnie Liu Usul Buang Bersatu Dari Ph

Adun Jeram Cabar Ronnie Liu Usul Buang Bersatu Dari Ph

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 475 hits
Adun Jeram Mohd Shaid Rosli mencabar Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat DAP Ronnie Liu mencadangkan kepada Majlis Presiden PH untuk membuang Bersatu dari gabungan itu Adun Bersatu itu berkata demikian sebagai mengkritik kenyataan Liu sebelum ini...
Ketua Pembangkang Dun Kelantan Letak Jawatan

Ketua Pembangkang Dun Kelantan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 315 hits
Anggota dewan undangan negeri Md Alwi Che Ahmad mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini Tindakan itu katanya dibuat selepas perbincangan dengan Majlis Tertinggi Umno susulan termeterai...
Mp Rasah Pantau Dun Seremban Jaya Susulan Adun Ditahan Polis

Mp Rasah Pantau Dun Seremban Jaya Susulan Adun Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 384 hits
Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke berkata darisegi khidmat kepada rakyat memang tidak akan terjejas SEREMBAN Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin akan memantau segala gerak kerja khidmat bakti kepada masyarakat bagi kawasan Dewan Undan...
S Gor Speaker Rejects Childish Bersatu Rep S Request To Sit With Opposition

S Gor Speaker Rejects Childish Bersatu Rep S Request To Sit With Opposition

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 324 hits
Selangor Speaker Ng Suee Lim will be writing to Parti Pribumi Bersatu Malaysia representative Mohd Shaid Rosli to reject his request to be seated with the Opposition during next month s Selangor State Legislative Assembly meeting According ...
Resmi Jadi Anggota Ini Jumlah Harta Kekayaan 14 Artis Yang Duduk Di Kursi Dpr Ri Fantastis Banget

Resmi Jadi Anggota Ini Jumlah Harta Kekayaan 14 Artis Yang Duduk Di Kursi Dpr Ri Fantastis Banget

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 241 hits
Total harta kekayaan mereka beragam Mulai dari 800 jutaan hingga 90 miliar Dan masih ada satu artis yang belum lapor lo
Nak Tahu Bagaimana Anda Boleh Menjana Rm5000 Dengan Duduk Di Rumah Sahaja

Nak Tahu Bagaimana Anda Boleh Menjana Rm5000 Dengan Duduk Di Rumah Sahaja

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 585 hits
Nak Tahu Bagaimana Anda Boleh Menjana RM5000 Dengan Duduk Di Rumah SahajaBerniaga mungkin ramai yang buat Tapi berniaga hanya untuk suka suka Tapi tidak bagi individu lain Berniaga adalah sumber pendapatan utama mereka Anda mahu memilih yan...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Validating Startups Market Research


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Alat Istemewa Untuk Lelaki

Meerqeen Nafi Bercinta Dengan Qasrina Karim

2 Skim Perkhidmatan Tentera Gred Z Sspa Tahun 2024

Kadang Kadang

Barasuara Terbuang Dalam Waktu Chord

Yonnyboii Malique Tanya Tuhan Chord