Adly Pilihan Terbaik Berbanding Calon Bn Dan Pn Berilah Undi Ikut Siapa Calon Ketua Menterinya


 
PH akhirnya menamatkan spekulasi dengan menamakan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri jika gabungan itu memenangi PRN Melaka, 20 November ini.
Adly adalah Pengerusi PH Melaka serta merupakan Ketua Menteri selepas kemenangan gabungan itu dalam PRU14 sebelum beliau kemudian dijatuhkan melalui pengkhianatan dan lompat parti susulan berlakunya Langkah Sheraton.
Melalui PRN Melaka ini serta kedudukan jawatannya dalam PH, selain rekod baiknya mentadbir Melaka dengan pelbagai kejayaan sebelum ini, meletakkan semula Adly sebagai calon Ketua Menteri tentu saja adalah pilihan yang tepat.
Realitinya, Adly bukan dijatuhkan kerana dikaitkan sesuatu dakwaan buruk terhadapnya seperti pecah amanah, salah guna kuasa, bolot pasir, tidak menjaga rakyat atau kedudukannya sebagai Ketua Menteri dikuasai oleh orang lain.
Beliau dan PH dijatuhkan semata-mata kerana berlaku pengkhianatan dan dengki ingin merebut kuasa, walaupun mereka itu hakikatnya tidak menang di hati rakyat melalui undi.
Kini, dengan pencalonannya semula beserta barisan calon PH yang diketengahkan dalam PRN Melaka ini, pengundi Melaka mempunyai peluang terbaik untuk memilih sebuah kerajaan dan ketua pentadbir negeri yang terbaik serta mampu berkhidmat sepenuh hati untuk mereka.
Selain PH yang sudah menamakan calon Ketua Menterinya, BN juga turut telah menamakan Sulaiman Md Ali sebagai pertaruhan mereka.
Dengan pengumuman Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN sebelum ini dan ia kini disahkan oleh Pengarah PRN BN, Mohamad Hasan, bermakna Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh yang pertama kali bertanding di DUN Tanjung Bidara, automatik akan diketepikan untuk dijadikan Ketua Menteri.
Tetapi, jangan kita lupa, isu yang berlengar hangat di Melaka sejak sekian lama, malah menjadi punca empat Adun menarik sokongan terhadap Sulaiman ialah kerana dakwaan beliau dikuasai dan dibonekakan oleh Ab Rauf dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Dengan Sulaiman dicalonkan semula, jika pengundi Melaka memberi kemenangan kepada BN pada 20 November ini, ia samalah seperti mereka membenarkan berlakunya lagi penguasaan dan pembonekaan Ab Rauf terhadap Ketua Menteri.
Tidak meletakkan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri tidak bererti ia menghalang beliau daripada terus mengusai Sulaiman atas kapasitinya yang berada lebih tinggi berbanding Sulaiman dalam hieraki parti.
Dalam erti kata lain, mengundi BN adalah kerja buang masa, tidak akan membantu rakyat, sebaliknya hanya membantu pemimpin di atas kekal mengaut kekayaan hasil Melaka.
Hanya PN yang belum mengumumkan calon Ketua Menteri, namun dua nama disebut-sebut sebagai pertaruhan iaitu Pengerusi PN negeri itu, Mohd Rafiq Naizamohiddeen yang bertanding di Dun Telok Mas dan Mas Ermieyati Shamsuddin yang bertembung dengan Ab Rauf di Tanjung Bidara.
Mohd Rafiq sebelum ini adalah Adun Paya Rumput, tapi kini berpindah ke Telok Mas.
Selain beliau masih dianggap terlalu muda dan mentah untuk mengetuai pentadbiran Melaka, tindakannya melarikan diri daripada Paya Rumput ke Telok Mas turut menggambarkan ketidakyakinannya mampu bertahan di kawasan lamanya itu.
Adakah pemimpin sebegini layak diberi tanggungjawab sebagai Ketua Menteri?
Berkaitan dengan Mas Ermieyati pula, meskipun jika terpilih sebagai Ketua Menteri Melaka bermakna beliau akan menjadi wanita pertama memegang jawatan itu, tetapi rekodnya sebagai pemimpin adalah sangat buruk.
Mas Ermisyati sebelum ini adalah Ketua Pureri UMNO dan menang sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah atas tiket BN, tetapi berikutan kemenangan PH dalam PRU14, beliau telah melompat menyertai Bersatu dan meninggalkan wadah perjuangan lamanya.
Berikutan sokongan kepada Langkah Sheratan, beliau seterusnya dihadiahkan jawatan timbalan menteri dan kini memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Seorang lari kawasan dan masih budak mentah, manakala seorang lagi mempunyai sejarah buruk lompat parti, makna kata kedua-dua calon yang disebut-sebut sebagai bakal Ketua Menteri PN ini tidak memberi jaminan mereka lebih mengutamakan rakyat berbanding diri sendiri dalam perjuangan mereka.
Kesimpulan paling mudah di sini, baik mengenai calon Ketua Menteri BN iaitu Sulaiman atau daripada PN iaitu sama ada Mohd Rafiq atau Mas Ermieyati, kedua-dua parti tidak menjanjikan cahaya harapan buat rakyat Melaka.
Selain melalui calon BN, ia hanya memastikan ulangan sejarah pembonekaan lama berulang kembali, melalui calon PN pula, langsung tiada harapan boleh disandarkan.
Berbeza dengan Adly, calon Ketua Menteri yang dinamakan PH, rekod pentadbirannya selama 22 bulan sebelum ini adalah bukti keutamaannya menjaga rakyat Melaka.
Oleh itu, pada 20 November nanti, salah satu faktor yang tidak harus diabaikan oleh pengundi Melaka dalam memberi undi mereka, berilah undi berdasarkan siapa calon Ketua Menteri yang telah ditonjolkan.
Mengundi parti berdasarkan calon Ketua Menteri yang telah terbukti ini pasti tidak akan membuatkan rakyat menyesal di kemudian hari. –


ShahbudinHusin 11/11/2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/adly-pilihan-terbaik-berbanding-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengerusi Ph Melaka Adly Zahari Sah Sebagai Calon Tunggal Ketua Menteri Pakatan Harapan

Pengerusi Ph Melaka Adly Zahari Sah Sebagai Calon Tunggal Ketua Menteri Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 314 hits
MELAKA Pakatan Harapan mengumumkan 32 inisiatif sebagai manifesto Pilihan Raya Negeri Melaka selain mengumumkan Pengerusi PH Melaka Adly Zahari sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya berkenaan Manife...
Adly Zahari Calon Ketua Menteri Teruskan Dasar Pro Rakyat Di Melaka

Adly Zahari Calon Ketua Menteri Teruskan Dasar Pro Rakyat Di Melaka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 486 hits
Pakatan Harapan menamakan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya gabungan itu diberi mandat memerintah oleh rakyat pada 20 November ini Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Adly dan kerajaan PH sekira...
Tinjauan Dapati Nama Adly Lebih Menonjol Sebagai Calon Ketua Menteri

Tinjauan Dapati Nama Adly Lebih Menonjol Sebagai Calon Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 238 hits
November 9 2021 Nama Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka dilihat lebih menonjol berbanding nama nama dari parti lain yang turut dikaitkan dengan jawatan tersebut Demikian pandangan Koordinator Penyelidik REFSA Fakhrurrazi Rashid yang b...
Adly Adalah Calon Terbaik Sebagai Km

Adly Adalah Calon Terbaik Sebagai Km

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 177 hits
NORMAN RADZUANKita semua ada peranan bantu rakyat Melaka Walaupun pengundi PH Melaka dan kerusi terbanyak adalah PKR tetapi atas semangat permuafakatan dan demi kemenangan PH kita sewajarnya bersetuju untuk memilih Adly Zahari sebagai calon...
Ph Mungkin Kehilangan Undi Teras Jika Masih Berteka Teki Calon Ketua Menteri

Ph Mungkin Kehilangan Undi Teras Jika Masih Berteka Teki Calon Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 232 hits
November 10 2021Rata rata pengundi yang dilihat cenderung Pakatan Harapan melahirkan kebimbangan dengan sikap PH yang masih tidak berani menamakan calon Ketua Menteri Abd Rahman dari Dun Paya Rumput yang ditemui mencadangkan agar PH tetapka...
Rugi Besar Jika Pn Tidak Namakan Calon Ketua Menterinya

Rugi Besar Jika Pn Tidak Namakan Calon Ketua Menterinya

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 152 hits
Dalam tiga parti utama yang bertanding dalam PRN Melaka sekarang ini hanya PN yang masih belum lagi menamakan calon Ketua Menterinya BN telah mengumumkan Sulaiman Md Ali Ketua Menteri sementara yang ada sekarang akan terus dikekalkan lagi j...
Guan Eng Pakatan Harapan Jangan Tersilap Pilih Calon Ketua Menteri Melaka

Guan Eng Pakatan Harapan Jangan Tersilap Pilih Calon Ketua Menteri Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 367 hits
Lim menyatakan harapan agar PH tidak terus melakukan lebih banyak kesilapan terutamanya mengenai calon ketua menteri gabungan itu untuk pilihan raya negeri Melaka Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui Pakatan Harapan telah membuat kesi...
Dollar Lebih Berminat Bukan Pada Inflasi Tetapi Pada Pilihan Biden Siapa Yang Akan Menjadi Ketua Fed Yang Baru

Dollar Lebih Berminat Bukan Pada Inflasi Tetapi Pada Pilihan Biden Siapa Yang Akan Menjadi Ketua Fed Yang Baru

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 482 hits
Minggu ini tumpuan pasaran akan kekal pada inflasi dan perbincangan penggubal dasar mengenai kadar faedah di Amerika Syarikat Ahli ahli kanan Rizab Persekutuan masih belum memberikan pasaran makanan baru untuk difikirkan mood dalam bank pus...
Yoodo Pilihan Telco Terbaik Masa Kini

Yoodo Pilihan Telco Terbaik Masa Kini

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 305 hits
Yoodo tidak asing lagi di Malaysia sebagai salah satu telco pilihan ramai yang membolehkan pengguna mengubahsuai sendiri pelan data mereka mengikut keperluan dan citarasa masing masing Musim pandemik ni menjadikan internet sebagai satu kepe...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik