Rugi Besar Jika Pn Tidak Namakan Calon Ketua Menterinya




 Dalam tiga parti utama yang bertanding dalam PRN Melaka sekarang ini, hanya PN yang masih belum lagi menamakan calon Ketua Menterinya.
BN telah mengumumkan Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri sementara yang ada sekarang akan terus dikekalkan lagi jika gabungan itu menang pada pengundian 20 November ini.
PH pula mengumumkan Adly Zahari, Pengerusi PH Melaka sebagai calon yang akan diketengahkan sebagai Ketua Menteri.
Tetapi, PN secara jelas memaklumkan tidak akan mengumumkan siapa yang menjadi calon Ketua Menteri mewakili gabungan itu.
Diberitakan, mereka mahu menjadikan siapa calon Ketua Menteri PN itu sebagai misteri buat ketika ini, walaupun ada beberapa nama dikatakan telah dikenalpasti.
Soalnya, kenapa PN mahu berahsia dan menjadikannya misteri?
Bukankah calon Ketua Menteri itu penting didedahkan supaya rakyat mengetahui serta dalam masa yang sama boleh menilai kelayakannya sebagai bakal ketua kerajaan negeri?
Kalau tidak diumumkan, bagaimana rakyat mahu menilainya?
Jika tiada calon Ketua Menteri yang diumumkan, bagaimanakah juga rakyat ada keyakinan terhadap PN untuk mentadbir Melaka?
Tentulah mustahil keyakinan atau undi hendak diberi kepada PN kalau tidak diketahui siapa bakal jadi Ketua Menterinya.
Sebab itu, PN sebenarnya telah melakukan kesilapan besar dengan enggan menamakan siapa calon Ketua Menteri mereka.
Di mata umum, dengan sikap sedemikian, pengundi lebih mudah beranggapan bahawa PN tiada calon yang berkelayakan untuk diketengahkan yang bermakna gabungan itu tidak bersedia untuk menjadi kerajaan negeri.
Apabila dilihat tidak bersedia, ertinya lebih sukar untuk rakyat memberi undi kepada PN.
Mahu tidak mahu dan sama ada boleh menang atau tidak, PN sebetulnya tidak boleh lari daripada keperluan menamakan calon Ketua Menterinya.
Selain lebih mungkin tidak diberi undi kerana rakyat tidak yakin, lebih penting lagi, dengan menamakan calon berkenaan juga akan membolehkan pemimpin yang dinamakan itu mencipta rekod tersendiri dalam pencapaian karier politiknya.
Dengan dinamakan sebagai calon dan kemudian ditakdirkan PN menang PRN Melaka ini, maka pemimpin berkenaan akan lebih mudah menjadi Ketua Menteri yang sebenar.
Bila PN kalah pula, setidak-tidaknya pemimpin berkenaan ada rekod pernah dinamakan sebagai calon Ketua Menteri, meski partinya tidak menang pilihanraya.
Kepada anak cucu kemudiannya, bolehlah juga membanggakan diri sebagai “bekas bakal Ketua Menteri Melaka”.
Tetapi, kalau dinamakan sebagai calon Ketua Menteri pun tak pernah, bertanding pula kalah, apa yang mereka nak banggakan di kemudian hari kepada anak cucu?
Tak kesiankah Mahiaddin kepada mereka? – ShahbudinHusin 12/11/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/rugi-besar-jika-pn-tidak-namakan-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adly Pilihan Terbaik Berbanding Calon Bn Dan Pn Berilah Undi Ikut Siapa Calon Ketua Menterinya

Adly Pilihan Terbaik Berbanding Calon Bn Dan Pn Berilah Undi Ikut Siapa Calon Ketua Menterinya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 388 hits
PH akhirnya menamatkan spekulasi dengan menamakan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri jika gabungan itu memenangi PRN Melaka 20 November ini Adly adalah Pengerusi PH Melaka serta merupakan Ketua Menteri selepas kemenangan gabungan itu d...
Prn Sarawak Dun Asajaya Panas Ada Calon Ketua Menteri Abdul Karim

Prn Sarawak Dun Asajaya Panas Ada Calon Ketua Menteri Abdul Karim

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 364 hits
Meskipun belum ada ketetapan lagi tarikh tarikh penting Pilihan Raya Negeri Ke 12 Sarawak namun Dewan Undangan Negeri Asajaya dikatakan bakal jadi tumpuan Ada tiga pemimpin daripada PKR sedang mengintai untuk menjadi calon di DUN itu dan
Tinjauan Dapati Nama Adly Lebih Menonjol Sebagai Calon Ketua Menteri

Tinjauan Dapati Nama Adly Lebih Menonjol Sebagai Calon Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 307 hits
November 9 2021 Nama Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka dilihat lebih menonjol berbanding nama nama dari parti lain yang turut dikaitkan dengan jawatan tersebut Demikian pandangan Koordinator Penyelidik REFSA Fakhrurrazi Rashid yang b...
Mas Ermieyati Diumumkan Sebagai Calon Ketua Menteri Melaka

Mas Ermieyati Diumumkan Sebagai Calon Ketua Menteri Melaka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 379 hits
Mas Ermieyati diumumkan sebagai calon Ketua Menteri MelakaKetua Bahagian Bersatu Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai calon Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional jika parti itu memperoleh mandat rakyat untuk membe...
Pengerusi Ph Melaka Adly Zahari Sah Sebagai Calon Tunggal Ketua Menteri Pakatan Harapan

Pengerusi Ph Melaka Adly Zahari Sah Sebagai Calon Tunggal Ketua Menteri Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 374 hits
MELAKA Pakatan Harapan mengumumkan 32 inisiatif sebagai manifesto Pilihan Raya Negeri Melaka selain mengumumkan Pengerusi PH Melaka Adly Zahari sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya berkenaan Manife...
Calon Ketua Menteri Bn Enggan Berdebat

Calon Ketua Menteri Bn Enggan Berdebat

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 248 hits
November 12 2021 Sulaiman Md Ali Ketua Menteri sementara Melaka enggan menerima cadangan pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim agar debat diadakan antara calon ketua menteri daripada tiga gabungan utama yang bertanding dalam pilihan raya ...
Mohamad Mahu Orang Percaya Rauf Bukan Calon Ketua Menteri Melaka

Mohamad Mahu Orang Percaya Rauf Bukan Calon Ketua Menteri Melaka

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 351 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Negeri 20 November ini bukannya Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang ketika pentadbirannya lah kerajaan UMNO tumbang ...
Sulaiman Calon Ketua Menteri Ia Jelas Bukan Perkara Main Main Mahdzir

Sulaiman Calon Ketua Menteri Ia Jelas Bukan Perkara Main Main Mahdzir

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 249 hits
Sulaiman Calon Ketua Menteri Ia Jelas Bukan Perkara Main Main Mahdzir Penegasan sekali lagi Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Negeri Melaka Datuk Seri Mohamad Hasan berkaitan calon Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Sulaiman Md Ali ...
Umum Calon Ketua Menteri Wanita Muhyiddin Takut Penentangan Dalaman Kit Siang

Umum Calon Ketua Menteri Wanita Muhyiddin Takut Penentangan Dalaman Kit Siang

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 376 hits
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang melontarkan persoalan mengapa Perikatan Nasional lewat mengumumkan calon ketua menteri Melaka Dalam satu kenyataan Lim mempersoalkan apakah benar gabungan politik itu sedang mempertimbangkan untuk memilih ...
Kpdn To Roll Out Compliance Programme At All Kl Public Markets

Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return

Unrestrained An All Out Yamaha Tr1 Caf Racer From France

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

Menu Malas Tapi Sedap Masa Cuti Hujung Minggu

White House Scraps Cash Payments For Delayed Or Canceled Flights

Quick Corned Beef Recipe In Oven

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Tahun Tak Nampak Bayang Akhirnya Muncul Semula Di Penghujung Tahun 2025

Laptop Terbaik Untuk Blogger Content Creator 2025 Pilihan Profesional

Ai Sebagai Jin Moden Kekuatan Yang Tidak Kelihatan

Ronda Ronda Ferringhi Bay

Jepun Menjadi Tuan Rumah Deaflympics Buat Pertama Kali Di Tokyo

Pistols Of Legacy A Farewell Gift From Napoleon To His Son