Adilkah Tarik Subsidi


BERITA penarikan subsidi Tabung Haji bagi pengiring dan mereka yang merayu lebih awal dalam media sosial baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat.

Rata-rata terkejut dengan berita itu yang kemudiannya dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof hanya disasarkan kepada umat Islam berkemampuan.

Kos sebenar menunaikan haji sebanyak RM22,900 itu merangkumi tambang penerbangan, pengangkutan, penginapan di Mekah dan Madinah, belanja makan minum serta bayaran kepada pihak berwajib di Arab Saudi.

Namun, Tabung Haji sebelum ini menanggung subsidi sebanyak RM12,920 dan menjadikan kos menunaikan haji hanya sebanyak RM9,980.

Jika benar seperti yang tular di media sosial, maka pihak yang merayu untuk menunaikan haji lebih awal dan pengiring jemaah haji akan dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi sekiranya mereka dikategorikan dalam golongan berkemampuan.

Kerajaan perlu mengkaji mekanisme yang betul-betul sesuai untuk melaksanakan kaedah terbaharu ini bagi mengelak umat Islam kurang berkemampuan dikenakan kadar bayaran tinggi.

Mujahid sendiri pernah berkata sebelum ini yang kerajaan akan cuba mengekalkan subsidi haji.

Ini dengan memastikan bahagian perniagaan Tabung Haji yang sedang melalui proses pemulihan dapat meneroka bidang perniagaan yang lebih kompetitif untuk menjana pendapatan sampingan.

Jika dilihat kepada golongan yang merayu untuk menunaikan haji lebih awal, kebanyakan mereka adalah golongan pesara atau warga emas dan ada juga dalam kalangan golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Bayangkan nasib petani, nelayan, buruh, peniaga kecil dan lain-lain kumpulan berpendapatan rendah yang menyimpan sedikit demi sedikit dalam Tabung Haji bagi membolehkan mencapai impian mereka untuk menunaikan haji.

Mereka menyimpan bertahun-tahun untuk mendapatkan jumlah terkumpul sebanyak RM9,980 bagi membolehkan mereka tunaikan haji.

Apa akan berlaku jika kumpulan ini diminta untuk membayar harga penuh tanpa subsidi dan perlu menambah hampir sekali ganda daripada jumlah yang telah dikumpul.

Adilkah bagi golongan ini yang merayu untuk menunaikan haji lebih awal dan pastinya mereka akan berasa kecewa dengan hal ini.

Pengiring jemaah haji juga berkemungkinan besar ditarik balik subsidi, sedangkan pengiring ini kebanyakan adalah menemani mahram atau ibu bapa yang sudah uzur.

Niat mereka adalah ikhlas untuk membantu ahli keluarga terdekat menunaikan haji.

Bagi kumpulan berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) dan kategori berpendapatan tinggi (T20), untuk mengumpul wang sebanyak RM22,900 mungkin tidak menjadi masalah memandangkan pekerjaan mereka membolehkan mereka mengumpul wang dalam tempoh yang singkat.

Saya berharap Tabung Haji terus membuat pelaburan dan perniagaan menggunakan deposit dalam Tabung Haji bagi membolehkannya meraih keuntungan untuk menampung kos operasi pengurusan haji yang semakin meningkat.

Selain itu, jika tiada pilihan, Tabung Haji boleh menaikkan sedikit bayaran haji antara lima hingga 10 peratus jika benar-benar mahu menampung kos yang semakin meningkat bukannya menarik balik subsidi.

Semoga Tabung Haji terus menjadi organisasi yang membantu umat Islam menunaikan Rukun Islam kelima ini.

Oleh: Syamsyul Samsudin
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/02/adilkah-tarik-subsidi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Tarik Subsidi Minyak 1 Bulan Lagi Dikala Rakyat Hidup Susah

Ph Tarik Subsidi Minyak 1 Bulan Lagi Dikala Rakyat Hidup Susah

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 359 hits
Itu dia Menteri PH umum hari ini bahawa sistem subsidi minyak sudah masuk fasa terakhir Bulan April mereka mahu start Bermakna subsidi minyak untuk kebanyakan rakyat akan ditarik dalam masa 1 1 2 bulan Yang dapat hanya keluarga yang guna ke...
Program Subsidi Menyeronokkan Kroni Ph

Program Subsidi Menyeronokkan Kroni Ph

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 185 hits
Wartawan Watan Online Pelaksanaan subsidi bersasar hanya akan memberi keuntungan besar kepada kroni PH berbanding rakyat malah sistem tersebut tidak memberikan apa apa manfaat kepada rakyat yang memiliki kereta dan motosikal Bekas Perdana M...
Subsidi Bukan Kewajipan Tabung Haji Kata Dr Mujahid

Subsidi Bukan Kewajipan Tabung Haji Kata Dr Mujahid

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 421 hits
SUBSIDI kepada jemaah haji selama ini bukan wajib atas Lembaga Tabung Haji sebaliknya usaha agensi itu meringankan beban pencarumnya menampung kos menunaikan rukun Islam kelima itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujah...
Th Serius Pastikan Jemaah Haji Rayuan Dapat Subsidi Mujahid

Th Serius Pastikan Jemaah Haji Rayuan Dapat Subsidi Mujahid

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 349 hits
ISMA WEBBelum ada keputusan muktamad pemberian subsidi jemaah rayuan BANGI Lembaga Tabung Haji akan mengambil serius mekanisme bagi memastikan subsidi kepada jemaah haji yang berjaya dalam rayuan dikekalkan kata Menteri di Jabatan Perdana M...
Walau Bukan Kewajipan Kerajaan Kekal Subsidi Jemaah Haji

Walau Bukan Kewajipan Kerajaan Kekal Subsidi Jemaah Haji

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 403 hits
Walau bukan kewajipan kerajaan kekal subsidi jemaah hajiPosted By on February 24 2019SUBSIDI kepada jemaah haji selama ini bukan wajib atas Lembaga Tabung Haji sebaliknya usaha agensi itu meringankan beban pencarumnya menampung kos menunaik...
Menanti April Fool Ke Ni Sistem Subsidi Minyak

Menanti April Fool Ke Ni Sistem Subsidi Minyak

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 290 hits
Itu dia Menteri PH umum hari ini bahawa sistem subsidi minyak sudah masuk fasa terakhir Bulan April mereka mahu start Bermakna subsidi minyak untuk kebanyakan rakyat akan ditarik dalam masa 1 1 2 bulan Yang dapat hanya keluarga yang guna ke...
Tarik Saman Ahli Pas Paling Mudah Dibohongi Di Malaysia

Tarik Saman Ahli Pas Paling Mudah Dibohongi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 404 hits
Posted By ULASAN Dalam kes PENYELESAIAN saman Haji Hadi terhadap Sarawak Report tersebut bukan Haji Hadi yang menang kes tersebut Haji Hadi sebagai plantif telah MENARIK BALIK KES TERSEBUT terhadap defenden iaitu Sarawak Report Selama kes i...
Kesal Terus Terusan Diprovokasi Prancis Tarik Duta Besar Untuk Italia

Kesal Terus Terusan Diprovokasi Prancis Tarik Duta Besar Untuk Italia

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 474 hits
Prancis menyebut tudingan tudingan dari tokoh politik Italia itu tidak berdasar Ketegangan ini merupakan yang terburuk antar kedua negara sejak Perang Dunia Kedua
Kalau Kita Tarik Balik Saman Maka Sungguhlah Apa Yang Sarawak Report Kata Tu Hadi Awang

Kalau Kita Tarik Balik Saman Maka Sungguhlah Apa Yang Sarawak Report Kata Tu Hadi Awang

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 607 hits
PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan ada pihak yang memujuknya supaya menarik balik saman fitnah terhadap Sarawak Report tentang dana RM90 juta Dalam sebuah rakaman video yang tersebar Abdul Hadi menjelaskan jika tindakan sa...
666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

Kedah Mayat Lelaki Dalam Kereta Di Parkir Stesen Minyak

Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Karipap Daging


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Michael Gayut Mg Aron Dbl Project Cinta Siruga Chord

New Samarahan Kuching International Airport Access Road Opened By Motorists Despite Incomplete Works

Minister Smoking Air Pollution Among Main Causes Of Lung Damage

Battling Resignation Calls Muhyiddin Slams Ph Over Failed Reform Agenda