Adik Zahid Masuk Pas Kenapa Umno Harus Kalut


 
Sambil Ahmad Zahid Hamidi mengunci mulut, juak-juaknya pula sibuk memperkecilkan tindakan adik presiden Umno itu, Abdul Hakim Hamidi, menyeberang ke parti lawan, PAS, sebagai ahli seumur hidup beberapa hari lalu.
Zahid mungkin melihat sikap membisu yang anggun (elegant silence) adalah pendekatan terbaik pada waktu ini sambil membiarkan isu itu lenyap dengan sendirinya jika tiada ulasan susulan yang bertali arus daripada pihak lawan seterusnya.
Lagipun, sebarang jawapan daripada pengerusi Barisan Nasional (BN) dan timbalan perdana menteri hanya akan mengundang serangan balas, lebih-lebih lagi ia membabitkan ahli keluarga.
Namun, berbanding Zahid yang masih mampu berdiam diri, ada dalam kalangan panglima perangnya yang tidak mampu menahan kesabaran, apatah lagi jika penyertaan Hakim dalam PAS dilihat dieksploitasi oleh parti gabungan Perikatan Nasional (PN) itu untuk ‘menganjing’ Umno.
Realitinya PAS tidak pun berbuat seperti itu. Kalau setakat membuat rakaman video majlis menyerahkan borang keahlian dan kemudian menyebarkannya, parti lain pun melakukan yang sama — Umno-BN tidak terkecuali malah kerap membesar-besarkannya lagi.
Selama ini pun, perpindahan ahli dari Umno ke PAS dan sebaliknya bukan perkara luar biasa termasuk ada yang membabitkan pemimpin ‘besar’ kedua-dua pihak. Cuma tindakan Hakim itu mungkin dilihat menyalahi waktu dan keadaan.
Dalam pada Zahid sebelumnya menguar-uarkan bahawa kemenangan dalam PRK Nenggiri pada 17 Ogos dan PRK Mahkota pada 28 Sep menjadi petunjuk bahawa orang Melayu sudah kembali menyokong Umno-Barisan Nasional (BN), alih-alih adik sendiri membuat kejutan dengan menyertai PAS.
Selain itu, rakaman video menunjukkan Hakim menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Hadi Awang di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pada Selasa membayangkan penyertaannya diraikan sebagai tidak dipandang kecil oleh parti itu.
Sebaliknya, dengan merendah-rendahkan Hakim, Umno sebenarnya terdesak melakukan kawalan kerosakan (damage control) kepada parti, lebih-lebih lagi presidennya.
Mendakwa perjuangan Umno diketuai Zahid semakin lemah dalam menjaga hak Melayu dan Islam dengan tegas, Hakim berkata keputusannya meninggalkan Umno kerana ingin kembali kepada perjuangan keluarganya yang mana bapanya, Hamidi Abdul Fatah, sebelum ini seorang aktivis PAS.

Umno yang dulu menjaga hak Melayu dan agama Islam dengan tegas kini semakin lemah. Kekuatan Melayu semakin terhakis dan agama Islam sering kali dipermainkan individu-individu tertentu. Umno sudah tidak lagi seperti zaman saya. Kepercayaan saya pada perjuangan asal Umno mula pudar, katanya.
Penyertaan adik kepada Presiden Umno, Abdul Hakim Hamidi dalam parti PAS tidak memberi ‘kudis’ kepada UMNO, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi pula sambil menegaskan parti itu akan berjalan terus dan tidak hairan dengan tindakan Hakim itu.
Abdul Hakim bukan ‘heavyweight’ dalam Umno dan PAS tidak perlu bersikap lebih sudu dari kuah. Parti lain santai sahaja apabila terima orang baharu. Tidak ada apa dalam PAS baik manis iman, survival politik atau perjuangan Islam. Di bawah Zahid, Umno punyai ‘bargaining power’ sendiri, tambahnya menerusi laman Facebook pada Rabu.
Kenyataan Puad itu ditempelak Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari yang menyindir bahawa tiada pihak dari parti itu yang menyebut Umno ‘berkudis’ dengan perpindahan Hakim.
“Kenapa Mohd Puad Zarkashi kalut sangat menafikan ‘berkudisnya’ Umno bila Abdul Hakim Hamidi sertai PAS? Biarkan sahajalah.

Jadi tak payahlah ‘mengkudiskan’ sesiapa. Senyap dan buat kerja. Boleh jadi itulah modul pembelajaran yang dipelajari oleh Datuk di sekolah perkaderan di China, katanya merujuk lawatan Puad bersama delegasi BN ke Sekolah Jawatankuasa Parti Perbandaran Parti Komunis China (PKC) di Beijing bulan lalu.
Berbeza dengan Puad, Ahli MKT Lokman Noor Adam yang menawarkan sedikit pencerahan melalui sesi live hariannya di media sosial beranggapan tindakan Hakim menyertai PAS selain menjadi lumrah dalam politik turut membawa konotasi positif buat Zahid.
“Mesti ada sebablah kenapa Hakim ni kecewa. Saya pun boleh agak mungkin dia mintak tolong dengan abang dia tapi tak dapat

Tapi Alhamdulillah kerana ini menunjukkan presiden Umno tidak menyalahgunakan kedudukan dia untuk kayakan adik-beradik dia. Ini satu benda yang sangat positif bila mana adik dia kecewa dan sertai PAS, katanya.
Lokman turut beranggapan perpindahan Hakim ke PAS mungkin tidak lama dan tidak boleh ditolak kemungkinan beliau mungkin berpatah balik ke pangkuan Umno jika dapat dipujuk oleh abangnya.
“Saya anggap isu adik Zahid ni sesuatu yang normal dan tidak ada apa yang mengejutkan.
“Saya ada dengar kawan-kawan yang rapat dengan Hakim ni dia ‘frust’ abang dia tak tolong apa semua sekali. Bagi saya, memang tindakan Hakim ni menjejaskan nama baik keluarga, menjejaskan nama baik abang dia.
“Tapi kalau orang boleh berfikir secara rasional, eh baguslah Zahid ni, jauh lebih baik (daripada sesetengah pemimpin pembangkang) sehingga adik dia pun kecewa.

Tetapi kita ni manusia kena ada pendirian, takkan lah kerana kecewa tak dapat projek kita keluar parti masuk PAS. Bagi saya bagus jugalah, sekurang-kurangnya orang tahu Zahid tak salah guna kuasa, katanya.
Seperti disahkan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki, yang juga Yang Dipertua PAS Bagan Datuk, Hakim baru menghantar borang dan permohonannya menyertai PAS belum diluluskan lagi.
Makna mudahnya apa saja berkemungkinan tanpa perlu pimpinan Umno seperti Puad harus kalut dengannya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/adik-zahid-masuk-pas-kenapa-umno-harus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adik Presiden Umno Zahid Hamidi Sertai Pas

Adik Presiden Umno Zahid Hamidi Sertai Pas

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 147 hits
nbsp Malaysiakini nbsp Adik kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi menyertai PAS hari ini selepas menyerahkan borang keahlian kepada presiden parti itu Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur Penyertaan Abdul Hakim...
Walau Adik Masuk Pas Zahid Hamidi Tak Tergugat Di Bagan Datuk

Walau Adik Masuk Pas Zahid Hamidi Tak Tergugat Di Bagan Datuk

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 193 hits
16 October 2024Minggu ini boleh dianggap minggu yang penuh kejutan buat Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi Selepas dikejutkan dengan pendedahan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkenaan peristiwa pada malam pengiraan undi PRU15 lalu yang sedikit s...
Adik Zahid Serah Borang Sertai Pas Kepada Hadi

Adik Zahid Serah Borang Sertai Pas Kepada Hadi

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 192 hits
freemalaysiatoday com 15 Oct 2024 08 35 PMTidak dapat dipastikan sama ada Abdul Hakim Hamidi pernah menganggotai mana mana parti termasuk Umno sebelum memohon menyertai PAS Abdul Hakim Hamidi menyerahkan borang pendaftaran keahlian kepada H...
Zahid Cautions Umno Against Hubris After Mahkota Win

Zahid Cautions Umno Against Hubris After Mahkota Win

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 146 hits
Some Umno leaders have been thumping their chests following the party s triumph in the Mahkota by election in Johor but Ahmad Zahid Hamidi has warned against arrogance According to a source the Umno president told the party s supreme counci...
Zahid S Younger Brother Joins Pas

Zahid S Younger Brother Joins Pas

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 174 hits
A screenshot of Abdul Hakim Hamidi handing over his membership form to party president Abdul Hadi Awang PETALING JAYA Umno president Ahmad Zahid Hamidi s younger brother Abdul Hakim has officially registered to be a lifelong PAS member In a...
Umno Vs Pas

Umno Vs Pas

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 99 hits
Che Ibrahim Dulu dulu baloh UMNO vs Pas sehingga heret ke isu agama akibat fahaman politik suku agama suku dan perjuangan asobiah yang dianggap bercanggah dengan Islam Mana mana masjid surau yg dikuasai oleh Pas jangan harap orang UMNO nak ...
Umno Boleh Jadi Dominan Tapi Perangai Sombong Macam Kp Umno Tidak Harus Ada Dalam Umno

Umno Boleh Jadi Dominan Tapi Perangai Sombong Macam Kp Umno Tidak Harus Ada Dalam Umno

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 133 hits
UMNO DOMINAN PASTIKAN IA MENJADI KENYATAAN11 October 2024 Apa itu UMNO dominan Walaupun tempoh diadakan PRU16 ada kira kira tiga tahun lagi tetapi suara suara yang mahu UMNO menjadi dominan semakin kerap kedengaran Presiden UMNO Ahmad Zahid...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025