Adam Jiwanya Tetap Seorang Tentera


“Oi, Zabry! Bapak kau keluar surat khabar!” jerit seorang rakan.

Saya sendiri pun tak sangka, bapa sendiri terlibat secara langsung dalam kejadian amuk Prebet Adam atau Rambo Adam di Chow Kit, Kuala Lumpur, 34 tahun lalu. Memang begitulah sikapnya dari dahulu, susah nak berkongsi kepada kami kisah-kisah ‘sulit’ ketenteraan.

Dalam kejadian pada malam 18 Oktober 1987, Prebet Adam atau nama sebenarnya, Adam Jaafar, 23, mengamuk dengan menembak secara rambang menggunakan raifal M-16. Tindakan ganas itu menyebabkan seorang terbunuh manakala dua lagi cedera.

Kejadian tersebut menggemparkan negara. Kawasan Chow Kit yang cukup dikenali dengan kesibukan pelbagai urusan termasuk orang ramai membeli barangan keperluan harian menjadi lengang.

Polis mengepung kawasan berkenaan termasuk Kampung Baru bagi memburu Prebet Adam. Namun, Prebet Adam berjaya menghilangkan diri pada malam itu.

Keesokan harinya, dia dikesan oleh polis berlindung di tingkat tiga Wisma Sabarudin, Jalan Raja Alang. Meskipun sudah dikepung polis, dia tetap enggan menyerah diri. Dia hanya mahu berbuat demikian dengan pegawai tinggi tentera.

KALIS PELURU
Bapa saya yang ketika itu merupakan Panglima 11 Briged berpangkat Brigedier Jeneral diberi tanggungjawab tersebut.

Misinya – tangkap Prebet Adam!

Perlahan-perlahan dia menghampiri kedudukan Prebet Adam. Sambil memperkenalkan diri, dia mengarahkan Prebet Adam menyerah diri.

Prebet Adam lantas keluar dari persembunyiannya lalu berdepan dengan bapa saya. Tanpa senjata, hanya berbekalkan jaket kalis peluru, nyawanya boleh diragut begitu sahaja oleh Prebet Adam.

Cerita bapa saya, namun Prebet Adam bersikap tenang. Jauh berbeza dengan perbuatan ganas yang diilakukannya sebelum itu. Prebet Adam meletakkan senjata lalu menyerah diri. Prebet Adam kemudian diserahkan kepada dua pegawai lain untuk dibawa keluar dari situ. Semuanya lancar tanpa kejadian buruk.

Ternyata, Prebet Adam patuh kepada arahan pegawainya. Latihan ketenteraan yang diterimanya sebelum ini yang membentuk dirinya berjiwa sedemikian.

Prebet Adam kemudian dibicarakan di mahkamah dan dihantar menjalani rawatan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak selama 10 tahun selepas disahkan tidak siuman. Semua pertuduhan ke atasnya digugurkan.

Sebenarnya, tidak banyak yang diceritakan bapa kepada kami, adik-beradik tentang peristiwa itu. Sampai sekarang pun saya tidak tahu cerita sebenar kejadian amukan itu.

Yang didengar cuma khabar angin. Ada yang kata, Prebet Adam menuntut bela terhadap adiknya, seorang kedi yang dipukul dengan kayu golf hingga mati selepas ketawa apabila seorang pemain golf gagal memukul bola ke dalam lubang.

Ada juga cerita, Prebet Adam mengalami tekanan perasaan yang teramat sangat akibat dibuli, didera mental dan fizikal oleh senior di kem. Dia adalah anggota Rejimen Renjer Diraja di Ipoh, Perak.

Deraan berterusan itu membuatkan dia tidak mampu berfikir secara waras, lantas bertindak ganas dengan mengamuk di Chow Kit.

Kelmarin, Prebet Adam menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun selepas menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Georgetown selepas solat zuhur.

Takziah buat keluarga Prebet Adam. Moga rohnya diletakkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah.

Oleh: Zabry Mohamad Madzlan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/adam-jiwanya-tetap-seorang-tentera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Ni Dia Seorang Erra Akui Aleesya Happy Ada Adik Seronok Cerita Hal Jebat

Sebelum Ni Dia Seorang Erra Akui Aleesya Happy Ada Adik Seronok Cerita Hal Jebat

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 557 hits
Selepas berlangsungnya perkahwinan antara Engku Emran Engku Zainal Abidin bersama Noor Nabila baru baru ini akhirnya bekas isteri pertama Erra Fazira memberi reaksi Engku Aleesya beritahu hubungan bapanya Ketika menjawab soalan yang diajuka...
Kisah Buaya Putih Di Sungai Linggi Asalnya Dari Seorang Wanita Yang Jatuh Ke Dalam Sungai Lalu Berubah Menjadi Buaya

Kisah Buaya Putih Di Sungai Linggi Asalnya Dari Seorang Wanita Yang Jatuh Ke Dalam Sungai Lalu Berubah Menjadi Buaya

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 572 hits
Oleh Sejak dahulu kita sering mendengar cerita orang orang lama tentang kewujudan buaya putih Kisah buaya putih ini ada di serata tempat Antaranya cerita buaya putih di Bera Pahang yang dikatakan sebagai kembar seorang pawang tersohor Di Ku...
Banggalah Jadi Seorang Ibu Kepenatan Berbaloi Bila Anak Letak Kita No 1 Di Hatinya

Banggalah Jadi Seorang Ibu Kepenatan Berbaloi Bila Anak Letak Kita No 1 Di Hatinya

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 349 hits
Adakah Kita Ibu Yang Baik Terlalu banyak tips dan cara yang tak beberapa realistik bagaimana menjadi terbaik untuk anak anak Ibu yang gembira sepanjang masa cool ceria bertenaga untuk menjalankan tanggungjawab seharian merupakan penanda ara...
Trak Polis Terbakar Seorang Maut

Trak Polis Terbakar Seorang Maut

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 294 hits
Trak polis membawa banduan dalam perjalanan ke Penjara Kuala Krai terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal menyebabkan penunggang maut di Demit di sini pada Selasa Mangsa lelaki maut di lokasi kejadian manakala trak terbabit terbakar Tra...
Anwar Minta Sprm Telus Siasat Ugutan Politik Libat Seorang Menteri Kanan

Anwar Minta Sprm Telus Siasat Ugutan Politik Libat Seorang Menteri Kanan

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 271 hits
Alhamdulillah hari ini saya telah ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Putrajaya Rencana pertemuan saya bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Mohd Azam Baki tadi adalah bagi menyampaikan serta menyuarakan kebimbangan ka...
Dapat Layanan Kurang Mesra Pelanggan Dari Seorang Staff Burger King Low Yat

Dapat Layanan Kurang Mesra Pelanggan Dari Seorang Staff Burger King Low Yat

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 439 hits
Tak mesra pelanggan staff di Burger King Low Yat Tu yang k fiezz boleh simpulkan dari layanan staff yang ambil order k fiezz mr hubby ahad lepas di cawangan Burger King Low Yat Nak kata masa tu ramai pelanggan lain yang beratur tak juga Mas...
Sekolah Ditutup Selepas 11 Guru Seorang Murid Dijangkiti Covid 19

Sekolah Ditutup Selepas 11 Guru Seorang Murid Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 273 hits
Sebuah sekolah di Kota Bharu Kelantan ditutup bermula hari ini selepas 11 guru serta seorang muridnya disahkan positif Covid 19 Penularan kes di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh dipercayai berpunca daripada seorang guru yang menghadiri majli...
Thailand Tolak Kemungkinan Vaksin Covid 19 Punca Kematian Seorang Pesakit

Thailand Tolak Kemungkinan Vaksin Covid 19 Punca Kematian Seorang Pesakit

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 348 hits
Thailand tolak kemungkinan vaksin Covid 19 punca kematian seorang pesakit Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Ma
Khutbah Ditulis Oleh Seorang Yang Bedusta

Khutbah Ditulis Oleh Seorang Yang Bedusta

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 308 hits
KHUTBAH PENDUSTA Jamzuri ArdaniIni adalah teks khutbah Jumaat di salah sebuah negeri di negara kita Dalam teks ini disebut perlu Penyatuan Ummah Melayu Islam dalam politik supaya negara ini kekal dibawah pemerintahan Melayu Islam Teks khutb...
Speed Read The Luxe Brough Superior X Richard Mille Rmb01 And More

Elected Decay

Rakan Kkm A Public Initiative Says Health Minister

Rahsia Langsaikan Hutang Ptptn Lebih Awal Tanpa Beban Panduan Praktikal Dari Ebook Ini

Penyokong Najib Tidak Perlu Terpengaruh Dengan Kenyataan Rafizi

How Biometric Payment Systems Are Shaping The Future Of Transactions

Top Business Growth Strategies

Bookkeepers Near You In Stockton Why Proximity Matters For Personalized Service


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penghargaan Istimewa Buat Rakyat Malaysia Bakal Diumum Tak Lama Lagi

Superman Di Aeon Jom Saksikan Pelbagai Aktiviti Superman Di Aeon

Seketika Di Higashi Jujo Kita City

Healing Healing Di Cherating

Haiwan Tanpa Otak Tapi Kaya Fungsi

Tak Perlu Ikut Adat Melayu Yang Menyusahkan Diri Sendiri Sarina Kak Tam Usahawan