Adam Adli Tanding Ketua Amk Malaysia




Adam Adli tanding Ketua AMK MalaysiaPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: March 31, 2022
SharePersaingan dalam barisan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia semakin padu dengan ikon anak muda Adam Adli Abd Halim dan regunya, Muhammad Kamil Abdul Munim mengumumkan bertanding jawatan Ketua dan Timbalan Ketua AMK.
Adam dan Kamil dalam kenyataan bersama mereka petang ini menyifatkan AMK sebagai unit barisan hadapan KEADILAN dalam perjuangan menentang rejim korup BN dan PN.
Oleh yang demikian, kata mereka, AMK memerlukan kepimpinan kukuh, berani, progresif dan segar sebagai pemuka parti dan tunjang utama perjuangan reformasi menuju ‘pertempuran’ Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang dijangka amat sengit.
“Untuk mencapai tujuan itu, bakat-bakat muda, lama dan baharu yang mempunyai bukan sahaja cita-cita, sebaliknya kesedaran yang tinggi harus diangkat untuk menggalas tanggungjawab memimpin barisan hadapan parti iaitu Angkatan Muda Keadilan. Inilah cabaran yang harus kita sahut.
“Maka, dengan rasa penuh tawaduk dan rendah diri, kami, Adam Adli Abd Halim dan Muhammad Kamil Abdul Munim dengan bernaung di bawah gabungan yang dinamakan sebagai Seangkatan, mengesahkan hasrat kami untuk menawarkan diri sebagai calon bagi mengisi tanggungjawab besar jawatan Ketua AMK dan Timbalan Ketua AMK bagi penggal 2022 – 2025.
“Pasukan penuh kami terdiri daripada tiga orang calon Naib Ketua AMK, dan 20 orang calon Exco AMK, serta Lima Teras Seangkatan yang bakal dijadikan prinsip dan panduan dalam menggerakkan kempen kali ini, akan diumumkan dalam sebuah kenyataan bersama dan majlis berasingan tidak lama lagi,” kata mereka.
Sebelum itu, Adam dan Kamil mengingatkan anggota bahawa pengkhianatan Langkah Sheraton pada 2020 yang diawali kelompok kelompok yang terlalu ghairah merebut kekuasaan dalam pemilihan 2018 tidak seharusnya terjadi lagi.
Oleh itu, kata mereka, perjuangan haruslah digerakkan dengan sikap menjunjung agenda reformasi dan mengutamakan rakyat dalam segala hal.
“Kemenangan bukanlah sebuah habuan, sebaliknya amanah dan tanggungjawab yang berat. Kemenangan perlu diisi, bukan semata dinikmati. Mungkin kita biasa diuji dengan kesukaran, namun belum tentu kita kuat apabila diuji dengan kesenangan.
“Episod pengkhianatan dan pembelotan mengakhiri masa kita di Putrajaya (2018 – 2020). Perjuangan untuk mengangkat reformasi dalam urus tadbir institusi negara tergendala, lalu meninggalkan luka besar buat terutama kita di KEADILAN. Kita terus diasak dengan pelbagai rintangan baik dalam perjalanan politik pilihan raya mahupun dalaman.
“Pengajaran terbesar yang dikutip adalah perjuangan ini menuntut untuk kita kembali menyusun kekuatan sebagai sebuah pasukan. Berpecah buat kita kalah, berpadu buat kita menang,” kata mereka.
Justeru, pasukan Seangkatan berharap Pemilihan KEADILAN 2022 akan berjalan dengan suasana yang lebih harmoni, bersatu padu dan dalam semangat kekeluargaan bagi mengembalikan kegemilangan parti.
“Atas semangat kebersamaan dan kekeluargaan, kami berharap Pemilihan KEADILAN 2022 kali ini dapat berlangsung dengan penuh harmoni dan ukhwah, sesuai matlamat besar untuk mengukuhkan semula parti dan perjuangan kita bersama.
“Dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat; bersama-sama kita nyalakan kembali kekuatan KEADILAN. Tanggungjawab besar mengangkat agenda reformasi dan suara rakyat dalam PRU akan datang tidak terletak pada orang lain, melainkan kita sendiri.
“Apa sekali pun yang kita usahakan, apa pun cabaran yang perlu kita tempuhi, kalau pun berselisih dalam memilih, kita semua adalah Seangkatan – Angkatan Muda KEADILAN,” kata mereka lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/adam-adli-tanding-ketua-amk-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Perlu Lagi Rodziah Tawar Diri Tanding Ketua Wanita Keadilan

Wanita Perlu Lagi Rodziah Tawar Diri Tanding Ketua Wanita Keadilan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 220 hits
Kepimpinan Wanita KEADILAN telah berada di level yang setanding dengan mana mana parti politik utama di Malaysia Cuma wawasan masa hadapan Wanita KEADILAN perlu tumpukan untuk menarik lebih banyak minat kaum Hawa di negara ini bagi mengundi...
Sunway Lost World Of Tambun Puts Malaysia First In Raya Celebration

Sunway Lost World Of Tambun Puts Malaysia First In Raya Celebration

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 273 hits
Sunway Lost World Of Tambun celebrates the Raya festive season with its MalaysiaFirst Lah themed campaign from 25th May to 9th June 2019In conjunction with the upcoming Hari Raya and school holidays Sunway Lost World Of Tambun is hosting a ...
Tiktok Malaysia Celebrates The Month Of Syawal With Tiktokraya2019

Tiktok Malaysia Celebrates The Month Of Syawal With Tiktokraya2019

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 377 hits
TikTokRaya2019 TikTok launches TikTokRaya2019 campaign with a wide array of exciting in app challenges A new in app challenge will be introduced each week ahead and throughout Hari Raya Aidilfitri Exciting prizes to be won including TeaLive...
Koleksi Resepi Aiskrim Malaysia

Koleksi Resepi Aiskrim Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 364 hits
Koleksi Resipi Aiskrim Malaysia yang PopularAISKRIM MALAYSIA satu nama yang agak legen dikalangan tua dan muda selama bergenerasi lamanya Dan mengikut peredaran masa resipi Aiskrim Malaysia sering bertukar atau ditambah atau dikekalkan meng...
Penantian Peminat Digimon Di Malaysia

Penantian Peminat Digimon Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 203 hits
KUALA LUMPUR 31 Januari 2021 Penantian peminat Digimon di Malaysia kini terubat apabila Bandai syarikat permainan gergasi Jepun telah melancarkan permainan LCD eletronik Digimon yang pernah popular di Malaysia sekitar hujung 90 an Permainan...
Grab Helps To Drive Further Support For Malaysia S Local Heroes This Chinese New Year

Grab Helps To Drive Further Support For Malaysia S Local Heroes This Chinese New Year

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 300 hits
Celebrating the various festivals in Malaysia is a core value and meaningful practice forMalaysians of all races And with Chinese New Year fast approaching Grab wants to ensurethat Malaysians will continue to have an auspicious and prospero...
Mcdonald S Malaysia Introduces Wide Variety Of Menu Offerings This Ramadan

Mcdonald S Malaysia Introduces Wide Variety Of Menu Offerings This Ramadan

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 338 hits
Customer favourites Nasi McD and Chicken Foldover make a tasty comeback McDonald s Malaysia is launching two new menu offerings for its guests that are looking for a delicious fulfilling meal during the month of Ramadan Throughout the month...
Jom Makan With Hilton Hotels In Malaysia Makes A Comeback

Jom Makan With Hilton Hotels In Malaysia Makes A Comeback

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 384 hits
In the month of Ramadan this year Hilton Hotels in Malaysia invites guests to dine with Jom Makan at Hilton a special celebration of food and culture inspired by Ramadan s true spirit of giving and sharing Bringing back last year s successf...
Spreads Joy To Over 3 400 Children In Malaysia

Spreads Joy To Over 3 400 Children In Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 275 hits
The biggest group of children at a single outing being simultaneously treated to watch the latest Walt Disney film Dumbo at MBO Cinemas outlets nationwide Over 3 400 children with special needs or from underprivileged families were in for a...
Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Quick Beef Mince Eggplant Recipe

Doa 10 Oktober 2025

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

Like Komen Share Dan Hubungannya Dengan Matematik

Viperpro 3 December Viperpro Top 30 By Elizabeth

Unimap Akan Bangunkan Air Space Sandbox Di Perlis

Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan Cukai Karbon Bakal Diperkenal

Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam