Adakah Wang Penyertaan Sesuatu Pertandingan Sebagai Satu Perjudian



Assalamulaikum nak tanya soalan, apa hukum duit penyertaan dalam sesuatu pertandingan itu bukankah terdapat unsur-unsur judi? Seperti membayar penyertaan pertandingan adakah ia dibolehkan? Apakah pandangan ulama berkenaan dengannya?
Muqaddimah
Waalaikumsalam, Alhamdulillah pertama sekali bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T dengan nikmat Iman dan Islam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga Baginda, para Sahabat Baginda R.A dan kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T.
Definasi judi
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat judi “adalah permainan dgn memakai wang dll sebagai taruhan (main ceki, main dadu, dll)”. Judi dalam Bahasa arab disebut Al-Maisir, menurut Al-Fayyumi makna Al-Maisir adalah:
قِمَارُ الْعَرَبِ بِالأزْلاَمِ
Bermaksud: Pertaruhan orang arab dengan mengundi nasib menggunakan batang anak panah
(Al-Misbah Al-Munir 2/680)
Allah S.W.T berfiman di dalam Al-Quran yang menceritakan berkenaan perihal judi:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Surah al-Ma’idah, 5:90)
Konteks perjudian yang terkandung di dalamnya pertaruhan, adu nasib serta menzalimi satu pihak dan menguntungkan satu pihak yang lain. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi di dalam kitab beliau menyatakan:
“Tetapi sekiranya hadiah tersebut (atau benda pertaruhannya) dikeluarkan dari kedua-duanya sekali dan mereka yang bertaruh dengan syarat siapa yang menang antara keduanya, maka dia berhak mengambil kedua-duanya (taruhan) sekali. Maka jelaslah ini merupakan perjudian yang diharamkan oleh Islam.”
(Halal & Haram dalam Islam terjemahan Mufti Wilayah: 558)
Ini jelas judi merupakan perkara yang dilarang keras di dalam syariat islam sepertimana firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبيِّنُ اللّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ‘Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya’. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘ Yang lebih dari keperluan.’ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir
(Surah Al-Baqarah: 219)

Definisi pertandingan (Al-Musabaqah)
Pertandingan mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud: 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll). Bahasa Arab menyebut peryandingan ini sebagai Al-Musabaqah diambil dari kalimah (السِّبَاقُ) “Mendahului dalam pertandingan berlari dan pertandingan yang lain” (Mausuah Fiqhiah Kuwaitiah: 24/123).
Hukum Al-Musabaqah
Hukum pertandingan dan perlawanan tanpa mengenakan bayaran adalah harus mengikut jumhur ulama’ (Mausuah Fiqhiah Kuwaitiah: 24/123). Dalil umum Nabi S.A.W juga pernah menganjurkan pertandingan bersama sahabat-sahabatnya seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A:
سَابَقَ اَلنَّبِيَّ ‏- صلى الله عليه وسلم ‏-بِالْخَيْلِ اَلَّتِي قَدْ أُضْمِرَتْ, مِنْ الْحَفْيَاءِ, وَكَانَ أَمَدُهَا ثَنِيَّةِ اَلْوَدَاعِ.‏وَسَابَقَ بَيْنَ اَلْخَيْلِ اَلَّتِي لَمْ تُضَمَّرْ مِنْ اَلثَّنِيَّةِ إِلَى مَسْجِد ‏ بَنِي زُرَيْقٍ, وَكَانَ اِبْنُ عُمَرَ فِيمَنْ سَابَقَ
Maksudnya: Nabi s.a.w berlumba dengan kuda yang telah dilatih dari al-Hafya’ sehingga Saniyyatil Wada’ (nama tempat yang terletak di Madinah) dan baginda berlumba dengan kuda yang belum dilatih dari Saniyyatil Wada’ ke Masjid Bani Zuraiq dan Ibn Umar antara salah seorang yang turut berlumba.
(Riwayat al-Bukhari: 420 dan Muslim: 1870)
Pertandingan (Al-Musabaqah) berasaskan wang
Garis panduan Al-Musabaqah (pertandingan) sekiranya berasaskan bayaran atau hadiah fuqaha berbeza pendapat mengenainya. Terdapat Al-Musabaqah yang mematuhi syariah dan tidak mematuhi syariah. Syeikh Mustafa Bugha menggariskan ciri-ciri Al-Musabaqah diantaranya ialah:
Hadiah pertandingan ditaja oleh kerajaan atau orang lain. Ia tidak mengambil dari wang atau yuran peserta. Contohnya: “Sekiranya kamu berdua bertanding, aku akan memberi hadiah” Hadiah ditaja oleh salah seorang peserta yang bertanding. Contohnya: “marilah bertanding denganku sekiranya kamu menang aku akan memberikan kamu hadiah dan sekira kamu kalah, kamu tidak perlu memberikanku hadiah”. Kesemua peserta membayar penyertaan dan bayaran itu akan dijadikan hadiah kepada pemenang. Ciri ini sama seperti ciri yang ketiga, namun terdapat muhallil (orang yang tidak dikenakan bayaran) dan muhallil itu diberikan hadiah yang serupa dengan peserta lain sekiranya ia menang. Gambaran di atas menunjukkan situasi yang berbeza dan ciri yang ketiga terkandung di dalamnya unsur-unsur yang diharamkan iaitu perjudian (Al-Maisir) dan selebihnya diharuskan syarak.
(Fiqh Al-Manhaji Ala Mazhab Imam Syafie: 8/158)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan dalam menganjurkan pertandingan yang berasaskan hadiah. Diantara kriterianya mestilah mengelakkan berlakunya eksplotasi, kesamaran, pertaruhan, nasib dan pembaziran.
(Rujuk: Garis Panduan Peraduan Berasaskan Hadiah Bil.5 Tahun 2013)
Kesimpulan
Menghuraikan permasalah di atas selepas didatangkan dalil-dalil dan pendapat ulama berkenaan dengan judi dan pertandingan dapat kami simpulkan disini:
Pertandingan pada asasnya adalah diharuskan. Adapun pertandingan yang berasaskan hadiah dan wang penyertaan pihak penganjur mesti menyelakkan daripada melakukan penipuan, pertaruhan, eksplotasi dan pembaziran Mengikut apa yang digariskan oleh JAKIM berkenaan dengan garis panduan peraduan berasaskan hadiah. Pertandingan mestilah tidak menguntungkan sebelah pihak dan menzalimi pihak yang lain. Wang penyertaan tidak dijadikan hadiah bagi sesuatu pertandingan melainkan mengikut panduan yang ditetapkan syarak. Oleh itu penganjur seharusnya berhati-hati dalam menganjurkan sesuatu pertandingan dalam menggunakan wang penyertaan serta mendapat khidmat nasihat daripada pihak yang berautoriti. Manakala peserta juga mesti meneliti terma dan syarat sesuatu pertandingan. Ini bertujuan untuk mengelak daripada melakukan sesuatu perkara yang dilarang syarak.
Wallahualam.
 
Sumber: http://muftiwp.gov.my
The post Adakah Wang Penyertaan Sesuatu Pertandingan Sebagai Satu Perjudian appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/adakah-wang-penyertaan-sesuatu-pertandingan-sebagai-satu-perjudian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memilih Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Sebagai Salah Satu Lokasi Percutian Musim Cuti Sekolah Di Perak

Memilih Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Sebagai Salah Satu Lokasi Percutian Musim Cuti Sekolah Di Perak

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 807 hits
Memilih Movie Animation Park Studios Ipoh Perak Sebagai Salah Satu Lokasi Percutian Musim Cuti Sekolah Di Perak Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Sedar tak sedar dah dua minggu cuti sekolah berjalan ibu ibu dan ayah ayah pasti meran...
Wapres Jk Ibaratkan Pemilu Pertandingan Badminton Bawaslu Sebagai Wasit

Wapres Jk Ibaratkan Pemilu Pertandingan Badminton Bawaslu Sebagai Wasit

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 199 hits
Wapres JK menegaskan Bawaslu serupa dengan wasit dalam pertandingan badminton Namun JK mengingatkan sebaik baiknya wasit bekerja jika lengah tetap akan mudah disusupi pihak yang tak bertanggungjawab
Khidmat Jurupeluk Sebagai Satu Kaedah Rawatan

Khidmat Jurupeluk Sebagai Satu Kaedah Rawatan

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 244 hits
Kita biasa dengan tentang khidmat pelacuran dan perempuan khidmat pelanggan Kalau lelaki pula dipanggil gigolo Sekarang ini ada pula diperkenalkan perkhidmatan pelukan atau pemeluk Perkhidmatan ini belum meluas kerana mungkin kerana ia juga...
Neelofa Satu Satunya Wanita Hijab Pertama Dipilih Sebagai Model Agensi Antarabangsa Est Models

Neelofa Satu Satunya Wanita Hijab Pertama Dipilih Sebagai Model Agensi Antarabangsa Est Models

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 731 hits
Nama pengacara dan usahawan popular Neelofa sememangnya sentiasa menjadi sebutan rakyat Malaysia apabila kejayaan dan pencapaian yang membanggakan oleh gadis berusia 29 tahun itu dalam bidang perniagaan serta pengacaraan Sering ke luar nega...
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 540 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
Pembunuh Sisca Icun Sulastri Berstatus Menikah Punya Satu Anak

Pembunuh Sisca Icun Sulastri Berstatus Menikah Punya Satu Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 239 hits
Kata Indra Sisca Icun Sulastri dan pelaku mulai berkenalan melalui aplikasi dari MeChat Namun saat ini pihaknya tengah dalami jalan cerita perkenalan tersebut
Fuh Tedia Satu Dunia Gerun Dengan Tun Mahathir

Fuh Tedia Satu Dunia Gerun Dengan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR Negarawan ulung Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja muncul sebagai Perdana Menteri tertua di dunia pada usia 93 tahun tetapi juga disanjungi kerana ketokohannya dalam memimpin negara dan memperjuangkan pelbagai isu demi keaman...
Tahlil Sama2 Satu Malaysia Untuk Adib Malam Ini

Tahlil Sama2 Satu Malaysia Untuk Adib Malam Ini

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 287 hits
26hb November 2018 tercetus rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya Akibat kenyataan awal dari 2 orang ahli politik seorang bertaraf exco negeri Selangor dan seorang lagi bertaraf menteri di Jabatan Perdana Menteri rusuhan yang pada ...
Hubungan Mahathir Anwar Adalah Satu Cabaran Yang Perlu Diurus Pakatan Kata Dap

Hubungan Mahathir Anwar Adalah Satu Cabaran Yang Perlu Diurus Pakatan Kata Dap

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 303 hits
Hubungan Mahathir Anwar adalah satu cabaran yang perlu diurus Pakatan kata DAP Dikemas kini 6 minit yang lalu middot Diterbi
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator