Adakah Tommy Dan P Gunasegaram Sengaja Memperdaya Rakyat



OLEH JALALUDDIN ALIAS, MP JELEBU 1.​ Pada 24.7.2020, Menteri Kewangan Tengku Zafrul mengumumkan kejayaan penyelesaian bersama Goldman Sachs di mana Malaysia mendapat USD3.9 bilion merangkumi bayaran tunai USD2.5 bilion dan jaminan USD1.4 bilion nilai aset. Penyelesaian ini adalah satu peningkatan yang ketara sebanyak 42% jika dibandingkan dengan tawaran sebelumnya sebanyak USD1.75 bilion yang dibuat oleh Goldman Sachs kepada kerajaan lalu pada 2019
2.​ Seperti orang yang iri hati, pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengkritik penyelesaian tersebut sebagai satu lagi keputusan buruk oleh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Mantan PM Tun Dr Mahathir dan mantan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas membuat kenyataan awam bahawa sewaktu pemerintahan PH, mereka telah mendesak Goldman Sachs untuk membayar USD9.6 bilion. YB Lim Guan Eng dan YB Tony Pua turut mengalunkan irama yang sama bahawa Tan Sri Muhyiddin telah menjual negara. Mereka mengkritik bahawa Malaysia tidak sepatutnya bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah tetapi patut meneruskan tindakan jenayah di mahkamah
3.​ Pada 3.8.2020, Tommy Thomas telah mewarkah sepucuk Surat kepada Penyunting The Edge tentang pertuduhan yang dia buat terhadap syarikat-syarikat Goldman Sachs dan 17 pengarahnya dan yakin akan ada sabitan kesalahan melalui perbicaraan bersama yang akan membolehkan Malaysia mendapat pampasan tinggi. Dia gambarkan bahawa Malaysia boleh mendapat USD9.6 bilion jika kerajaan sekarang mengikut pendekatan beliau
4.​ Menyusul pula serangan terancang terhadap Tengku Zafrul oleh penulis veteran P. Gunasegaram melalui artikelnya di MalaysiaKini “Did Zafrul Wilfully Mislead Over ‘US$3.9b’ Goldman Deal” yang memaparkan Tengku Zafrul secara negatif. Gunasegaram melakukannya dengan memetik kenyataan media Tommy Thomas bertarikh 17.12.2018 di mana Tommy Thomas menyatakan pertuduhan yang dibuatnya adalah bagi kesalahan memfraud
5.​ Pada 6.8.2020, saya hadir di Parlimen semasa Tengku Zafrul menyampaikan ucapan penggulungannya. Sebagai seorang ahli Parlimen, saya turut mahukan penjelasan dalam hal yang telah dicanangkan oleh pemimpin PH dan Tommy Thomas. Saya bimbang jika kerajaan PN yang saya sokong telah memperdaya rakyat. Saya juga mahu melontarkan soalan kepada Menteri
6.​ Pendedahan dari ucapan Menteri buat saya tergamam. Saya tidak pernah percaya bahawa Dr Mahathir, Lim Guan Eng, Tony Pua dan Tommy Thomas dapat memperdaya rakyat Malaysia sebegitu rupa. Bagi memudahkan pemahaman sesama rakyat, izinkan saya memperincikan pembohongan yang mereka sebarkan: a) ​PH telah menipu tentang desakan mereka kepada Goldman Sachs untuk membayar USD9.6 bilion. Sebenarnya pada Disember 2019, Tommy Thomas mengatakan dengan jelas melalui kenyataannya sendiri – “the settlement offer that Malaysia made to GS in December was in the region of US$4 billion, which was rejected by GS, which had counter-offered only US$1.5 billion”; b) ​Sudah terang lagi bersuluh bahawa Tommy sangat terdesak sehingga menyembah Goldman Sachs dengan menawarkan penyelesaian sejumlah USD4 bilion bukan USD9.6 bilion yang beliau uar-uarkan. Amat memalukan apabila dengan jumlah “rendah” sebegitu pun, Goldman Sachs tidak ambil endah. Sebaliknya, mereka terus menghina Tommy dengan menawarkan kurang dari separuh jumlah USD4 bilion yang ditawarkan oleh Tommy; c) ​Tommy bongkak tentang boleh mendapat kejayaan dalam perbicaraan bersama 17 pengarah tersebut. Kini telah terdedah bahawa selain mendaftarkan pertuduhan terhadap 17 pengarah tersebut, Tommy tidak pun mulakan langkah-langkah untuk menyerahkan tuduhan tersebut kepada mereka yang berada di luar negara. Samada Tommy sengaja sembunyikan kesukaran teknikal proses ekstradisi atau beliau memang dangkal dalam aspek undang-undang jenayah; d) ​Tommy bongkak dengan keyakinan beliau untuk mendapatkan sabitan terhadap kesemua pengarah tersebut. Umum mengetahui bahawa Tommy adalah seorang peguam sivil dan di awal perlantikannya sebagai Peguam Negara, suatu jawatan yang tidak layak dia pegang, Tommy mengaku tidak berpengetahuan dalam undang-undang jenayah. Inilah sebabnya dia outsource semua kes pendakwaan 1MDB kepada kawan-kawannya yang merupakan peguam jenayah swasta. Berapa banyak kes jenayah yang pernah dia kendalikan sehingga dia sangat yakin dapat menang sedangkan dia sendiri melepaskan tugas pendakwa raya dari skop kerja Peguam Negara?; e) ​Menurut Gunasegaram, kenyataan media Tommy pada 2018 mendakwa dia membuat pertuduhan terhadap Goldman Sachs bagi skim untuk memfraud. Ini adalah dusta. Kini terdedah bahawa Tommy menuduh syarikat-syarikat Goldman Sachs dan 17 pengarahnya di bawah s. 179(c) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 untuk kesalahan membuat pernyataan tidak benar. Tiada pertuduhan yang dibuat untuk kesalahan tipu daya untuk memfraud; f) ​Tommy mengecam bahawa tiada sebab untuk mencapai penyelesaian sedangkan Tengku Zafrul menekankan “it is disingenuous of him to say we should not have done exactly what he wanted to do in the first place”; g)​ Tommy memetik 2 kes kesalahan bon iaitu Aldwich dan Pesaka untuk memberi gambaran bahawa 2 kes ini akan membolehkan Malaysia untuk mendapat pampasan USD9.6 bilion seperti yang dicanang. Indah khabar dari rupa. Dalam kes Pesaka di mana beliau telah kalah di Mahkamah Persekutuan, penyusun utama didapati tidak bersalah. Dalam kes Aldwich, Mahkamah Persekutuan memutuskan liabiliti bank pelaburan tersebut dihadkan kepada 50%. Justeru, walaupun bergantung kepada 2 kes ini, tidak mungkin Goldman Sachs boleh dikenakan tanggungan kesemua liabiliti USD9.6 bilion; h) ​Dalam kenyataan media yang ditulis tangan oleh Tommy bertarikh 7.8.2020, Tommy mengatakan dia tidak mahu mengulas perkara ini. Hakikatnya ialah dia sudah pecah tembelang kerana menipu rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan hebat mengenai pencapaiannya; i) Terkini, Tommy menafikan dia telah bersetuju kepada tawaran USD1.75 bilion dari Goldman Sachs. Tiada siapa menuduh sebegitu. Perkara utama ialah dia telah memperdaya rakyat untuk percaya yang selama ini kegagalannya untuk menyelesaikan perkara ini disebabkan desakan beliau untuk mendapat USD9.6 bilion. Sedangkan dia lah dalang yang menawarkan penyelesaian sejumlah USD4 bilion kepada Goldman Sachs. Apa lagi temberang Tommy
7.​ Faktanya ialah Tengku Zafrul serta pasukan perunding yang diketuai Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berjaya mendapat penyelesaian USD3.9 bilion sedangkan kerajaan PH yang diketuai Tommy hanya mendapat tawaran USD1.5 bilion yang kemudiannya dinaikkan kepada USD1.75 bilion. Ini jauh sekali dari pencapaian kerajaan PN Tan Sri Muhyiddin Yassin. PH dan Tommy sebenarnya jaki dan cuba memperlekeh kejayaan yang dicapai oleh kerajaan sekarang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/08/08/adakah-tommy-dan-p-gunasegaram-sengaja-memperdaya-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Rakyat Dipanaskan Isu Surat Tommy Thomas

Dewan Rakyat Dipanaskan Isu Surat Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 273 hits
MALAYSIAKINIPARLIMEN Suasana panas tercetus di Dewan Rakyat petang ini ekoran isu keputusan untuk mendapatkan penyelesaian luar mahkamah kerajaan dengan firma Goldman Sachs Ia bermula apabila Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz...
Dr Mahathir Tommy Thomas Dan Guan Eng Tipu Rakyat

Dr Mahathir Tommy Thomas Dan Guan Eng Tipu Rakyat

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 675 hits
Finance Minister Tengku Zafrul Aziz and his legal team successfully negotiated almost US 4 billion from Goldman Sachs Tun Dr Mahathir Mohamad Lim Guan Eng and Tommy Thomas said that figure is too low They said it should be close to US 10 bi...
Did Tommy And P Gunasegaram Wilfully Mislead Malaysians

Did Tommy And P Gunasegaram Wilfully Mislead Malaysians

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 190 hits
BY MP FOR JELEBU 1 On 24 7 2020 the Minister of Finance Tengku Zafrul announced the success in the Goldman Sachs negotiation settlement of 1MDB whereby Malaysia secured a USD3 9 billion settlement comprising USD2 5 billion cash payment and ...
Penyerahan Tv Oleh Bank Rakyat

Penyerahan Tv Oleh Bank Rakyat

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 408 hits
Sk Kubang Kerian 2 Tanggal 28 Julai 2020 Sk Kubang Kerian 2 telah menerimasumangan Tv bagi tujuan PdPc di sekolah Tv ini telah disampaikan oleh wakil Bank Rakyat Kubang Kerian kepada Tuan Guru Besar Skkk2 En Yaman B Yaacob Majlis diadakan d...
Pindaan Naikkan Had Minimum Muflis Bakal Dibentang Di Dewan Rakyat

Pindaan Naikkan Had Minimum Muflis Bakal Dibentang Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 180 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan berkata pindaan untuk menaikkan had minimum muflis bakal dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan kali ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan sedang berusaha untuk meminda khususnya...
Hikmah Sebalik Pkp Menjadikan Rakyat Malaysia Lebih Pentingkan Kesihatan

Hikmah Sebalik Pkp Menjadikan Rakyat Malaysia Lebih Pentingkan Kesihatan

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 376 hits
Rentetan pandemik COVID 19 budaya kesihatan rakyat Malaysia nyata telah banyak berubah Kini rakyat Malaysia lebih bijak dalam menggunakan teknologi kesihatan lebih lebih lagi telekesihatan Malahan masyarakat kita juga lebih mengutamakan kes...
Memperkasakan Industri Getah Dan Penggalakan Rakyat Malaysia Bekerja Di Sektor Hiliran Getah

Memperkasakan Industri Getah Dan Penggalakan Rakyat Malaysia Bekerja Di Sektor Hiliran Getah

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 245 hits
Memperkasakan Industri Getah Dan Penggalakan Rakyat Malaysia Bekerja Di Sektor Hiliran Getah
Pelantikan Ahli Politik Di 17 Syarikat Sejak Mac Dewan Rakyat Diberitahu

Pelantikan Ahli Politik Di 17 Syarikat Sejak Mac Dewan Rakyat Diberitahu

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 298 hits
Kementerian Kewangan berkata pelantikan ahli politik itu dibuat ke atas 17 buah syarikat berkaitan kerajaan KUALA LUMPUR Ahli politik dilantik untuk 17 buah syarikat milik Kementerian Kewangan berdasarkan kemampuan dan kepakaran mereka Dewa...
Tak Pakai Pelitup Muka Rakyat Keliru Denda Tetap Kena

Tak Pakai Pelitup Muka Rakyat Keliru Denda Tetap Kena

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 306 hits
Kredit Wan Zamzahidi Wan Zahid Semalam 1 Ogos 2020 penguatkuasaan pemakaian pelitup muka telah bermula dan sebilangan rakyat Malaysia telah dihukum dengan denda RM1000 seorang atas sebab tidak memakai pelitup muka Menjadi banyak persoalan d...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Kereta Bergoyang Di Kawasan Parkir Rupanya Janda Dan Suami Orang Sedang Bercucuk Tanam Didalamnya

Zulries D Pojok

Wanita Makan Kucing Hidup Hidup

Wanita Diuji Bila Lelaki Tak Punya Apa Apa Lelaki Diuji Bila Punya Segalanya Betul Ke


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Taquari House By Est Dio Empena In Brasilia Brazil

Malaysia Day Message From Sam The Ceo

Emulate The Spirit Of Social Cohesion Of Sabah And Sarawak

Man Cendol Outing

Generating Boutique Names