Dewan Rakyat Dipanaskan Isu Surat Tommy Thomas


MALAYSIAKINI
PARLIMEN | Suasana panas tercetus di Dewan Rakyat petang ini ekoran isu keputusan untuk mendapatkan penyelesaian luar mahkamah kerajaan dengan firma Goldman Sachs.
Ia bermula apabila Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memetik nama Tommy Thomas dengan merujuk surat bekas peguam negara itu - bertarikh 11 Feb - yang didakwa bersetuju dengan penyelesaian luar mahkamah bersama bayaran balik dana sebanyak AS$1.75 bilion.
Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng (PH-Bagan) bangkit mempersoalkan sama ada persetujuan Perikatan Nasional (PN) untuk penyelesaian bernilai AS$3.9 bilion itu mendapat kelulusan kabinet.
Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun, kemudian mencelah dan memberikan jawapan kepada soalan Lim itu bagi pihak kerajaan.
Sebelum ini Thomas mengkritik persetujuan kerajaan PN dengan Goldman Sachs - bernilai AS$2.5 bilion dalam bentuk tunai dan AS$1.4 bilion dalam bentuk jaminan - bagi mendapatkan semula aset yang diperolehi menggunakan dana 1MDB.
Menurut Thomas, kerajaan sepatutnya boleh mendapat nilai lebih tinggi daripada perjanjian berkenaan.
Kata Tengku Zafrul, pada 11 Feb Thomas menulis surat kepada perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, untuk memberitahu Goldman Sachs bersetuju menaikkan tawaran penyelesaian mereka kepada AS$1.75 bilion.
Kata senator itu ia termasuk AS$164 juta cukai dan pemulangan semula AS$576 juta fi yang dibayar kepada Goldman Sachs oleh kerajaan sebelum ini.
"Syor yang diberikan mantan peguam negara ketika itu ialah untuk mencari penyelesaian di luar mahkamah," katanya.
Oleh sebab itu, kata Tengku Zafrul, tidak wajar untuk Thomas mendakwa kerajaan PN tidak sepatutnya mengambil langkah yang memang dipersetujuinya sebelum ini.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen Thomas berhubung dakwaan Tengku Zafrul.
Susulan kenyataan dibuat menteri kewangan itu, Tony Pua (PH-Damansara) bangun mencelah dan mendakwa Thomas sebenarnya mencadangkan penyelesaian dibuat hanya selepas Goldman Sachs dan pegawai eksekutifnya didakwa di mahkamah.
Dengan cara itu, kata Pua, kerajaan boleh memaksimumkan perolehannya daripada firma berkenaan.
Menurut Pua lagi, setakat pengetahuannya, kerajaan PH juga sebelum ini pernah menolak tawaran penyelesaian Goldman Sachs bernilai AS$1.75 bilion.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/dewan-rakyat-dipanaskan-isu-surat-tommy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Moratorium Antara Tumpuan Dewan Rakyat

Isu Moratorium Antara Tumpuan Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 599 hits
KUALA LUMPUR 27 JULAI Isu lanjutan tempoh moratorium kewangan bagi membantu perniagaan dan individu terjejas akibat pandemik Covid 19 antara perkara yang bakal dibincangkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyu...
Isu Kematian Kanak Kanak Akibat Kecuaian Ibu Bapa Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Isu Kematian Kanak Kanak Akibat Kecuaian Ibu Bapa Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR 3 Ogos Isu kematian bayi dan kanak kanak yang meninggal dunia dalam kenderaan akibat kecuaian ibu bapa mahupun penjaga merupakan antara perkara yang bakal dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ke 12 har...
Dewan Rakyat Tumpu Isu Tuntutan Hak Minyak Gas Sarawak

Dewan Rakyat Tumpu Isu Tuntutan Hak Minyak Gas Sarawak

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 477 hits
KUALA LUMPUR 10 OGOS Penyelesaian komersial dalam tuntutan hak minyak dan gas di Sarawak antara perkara yang bakal dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen isu tersebut terk...
Dr Mahathir Tommy Thomas Dan Guan Eng Tipu Rakyat

Dr Mahathir Tommy Thomas Dan Guan Eng Tipu Rakyat

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 891 hits
Finance Minister Tengku Zafrul Aziz and his legal team successfully negotiated almost US 4 billion from Goldman Sachs Tun Dr Mahathir Mohamad Lim Guan Eng and Tommy Thomas said that figure is too low They said it should be close to US 10 bi...
Isu Goldman Sachs Tommy Thomas Nafi Cadang Selesai Luar Mahkamah

Isu Goldman Sachs Tommy Thomas Nafi Cadang Selesai Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 489 hits
Bekas Peguam Negara Tommy Thomas menafikan dakwaan bahawa beliau bersetuju supaya kerajaan Pakatan Harapan menyelesaikan tuntutan dana dan aset milik Malaysia daripada bank pelaburan global Goldman Sachs Dalam satu surat tulisan tangan Tomm...
Jujur Cakap Kenapa Tidak Ada Sebarang Pendakwaan Salah Guna Kuasa Ke Atas Tommy Thomas

Jujur Cakap Kenapa Tidak Ada Sebarang Pendakwaan Salah Guna Kuasa Ke Atas Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 602 hits
Oleh Jebat1 Nama bekas Peguam Negara Tommy Thomas akan dikenang sebagai satu satunya peguam peguam negara yang cukup dibenci oleh rakyat Malaysia 2 Selama 22 bulan Peguam Negara Bukan Islam pertama di Malaysia ini telah banyak mengguris hat...
Pindaan Naikkan Had Minimum Muflis Bakal Dibentang Di Dewan Rakyat

Pindaan Naikkan Had Minimum Muflis Bakal Dibentang Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan berkata pindaan untuk menaikkan had minimum muflis bakal dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan kali ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan sedang berusaha untuk meminda khususnya...
Tommy Thomas Attacks Government For Settling With Goldman Sachs

Tommy Thomas Attacks Government For Settling With Goldman Sachs

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 432 hits
Former attorney general Tan Sri Tommy Thomas said he saw no clear motivation for the federal government to settle what was a very strong criminal case against US investment bank Goldman Sachs in return for US 2 5 billion in compensation In ...
Pelan Tangani Covid 19 Naik Di Kuching Antara Fokus Dewan Rakyat

Pelan Tangani Covid 19 Naik Di Kuching Antara Fokus Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR 28 JULAI Pelan kerajaan menangani isu peningkatan kes Covid 19 di Kuching Sarawak antara perkara yang bakal dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen isu tersebu...
Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Siti Nurhaliza Terkesan Ujian Peminat Setia Di Icu Hkl Mohon Doa Keajaiban

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

Bmw N57 Vs Bmw M57 Which One Is A Better Engine

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

7 Drama China Komedi Romantis Terbaik Yang Siap Bikin Baper


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Aqiqah Anak Lelaki Vs Perempuan Apa Bezanya Panduan Lengkap Ibu Bapa Muslim

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis

Buat Duit Tanpa Modal Besar Cara Realistik Jana Income Secara Automatik