Serangan Terbuka Kepada Pm Boleh Timbulkan Krisis Umno



(Malaysia Gazette) – Pergerakan Wanita UMNO mengakui terkesima dengan keputusan mahkamah berkaitan kes yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.
Sayap parti itu juga turut merasai kehilangan seorang pemimpin apabila mantan perdana menteri itu disabitkan kesalahan dan menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang pada Selasa lalu.
Namun Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Zarina Abdol Majid tidak dapat menyembunyikan kekhuatirannya urutan daripada kes itu yang dilihatnya parti semakin celaru apabila ada pihak menyeret nama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula.
Katanya, serangan terbuka dan memalukan terhadap Ismail Sabri kononnya perdana menteri itu tidak membantu Najib mampu mengheret parti dalam krisis dan boleh melemahkan kesatuan UMNO.
“Kenapa PM harus dipersalahkan? Apa kuasa PM dalam prinsip pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan judisiari.
“Kerosakan prinsip ini telah lama berlaku dan sudah sampai masanya kita melalui reform untuk pengasingan kuasa ini.
“Apakah kerosakan yang telah berlaku sebelum ini harus juga dilakukan dan diamalkan oleh Perdana Menteri sekarang?” soal beliau menerusi kenyataannya kepada sebuah portal hari ini.
Menurut Zarina, lebih parah apabila serangan dari dalam UMNO itu dihalakan terus kepada “poster boy” yang parti jadikan faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Kata beliau, bukti penerimaan rakyat terhadap kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin Ismail Sabri amat jelas.
Jelasnya, Ismail Sabri telah membawa negara ini pada kedudukan yang stabil dalam politik sekali gus meletakkan ekonomi rakyat dan negara sebagai keutamaan serta memacu ekonomi negara pada tahap terbaik.
“Usaha yang diambilnya setahun ini bukan sesuatu yang mudah, Malah bukan semua pemimpin mampu membawa negara keluar dari masalah besar ini terutama selepas dunia melalui fasa kemerosotan dan kejatuhan disebabkan pandemik Covid-19.
“Apakah sebagai pendokong UMNO sukar untuk kita sedikit bersyukur setelah Allah memberikan teguran apabila kalah dalam PRU-14?
“Dengan peluang kebangkitan UMNO sehingga Allah angkat darjat kita menjadi kerajaan kembali dalam masa yang singkat merupakan hadiah yang harus disyukuri bukan dikufuri,” katanya.
Kata Zarina lagi, seharusnya dalam keadaan begini, semua dalam parti harus melakukan perancangan dan mencipta strategi dengan baik untuk kemenangan, bukan bercakap tin kosong yang berbunyi kuat, tetapi tiada isi di dalamnya.
“Dari dulu orang kita sememangnya hebat mengkritik kepimpinan sendiri. Bertegang leher sesama ahli parti. Menegakkan benang yang basah demi menjadi juara dalam pasukan sendiri, tetapi menikus dengan musuh yang nyata.
“Tidak tercalar walau sedikit pun musuh kita ketika berlawan dengan mereka, tetapi apabila bergaduh sesama sendiri sehingga menggoyahkan tiang seri utama perpaduan dalaman parti.
“Fokus kita ialah untuk menang PRU-15 yang akhirnya akan menjadikan BN sebagai kerajaan yang kuat dan utuh. Dari kekuatan inilah kita mampu memperbaiki kerosakan yang pernah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), ujar beliau.
Katanya, segala kepincangan dalam aspek pentadbiran kerajaan akibat dari kegagalan kerajaan PH dahulu dapat dibetulkan dan menjadikan negara Malaysia yang stabil dan sejahtera demi rakyat.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/08/27/serangan-terbuka-kepada-pm-boleh-timbulkan-krisis-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Yakin Boleh Menang Besar Jika Pru15 Diadakan Waktu Terdekat

Umno Yakin Boleh Menang Besar Jika Pru15 Diadakan Waktu Terdekat

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 217 hits
UMNO boleh menang besar sekiranya Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan dalam waktu terdekat Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pendirian UMNO yang mahukan PRU15 diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi ...
Pengampunan Najib Boleh Menjadikan Umno Kalah Sekali Lagi

Pengampunan Najib Boleh Menjadikan Umno Kalah Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 211 hits
Satu lagi kesilapan UMNO selain mahu menjadikan isu pemenjaraan Najib Razak sebagai umpan menarik simpati rakyat untuk memenangi PRU15 ialah terlalu awal bertempik ingin mengusahakan pengampunan diraja buat bekas Perdana Menteri itu Hanya s...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 334 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Sampai Terkelicuh Kaki Pendekar Umno Menepis Serangan Rafizi Sejak Dia Keluar Gua

Sampai Terkelicuh Kaki Pendekar Umno Menepis Serangan Rafizi Sejak Dia Keluar Gua

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 243 hits
Sejak dia keluar gua letih Umno tepis peluru Orang ramai sokong Rafizi terus terajang geng sakau duit rakyatARIF ATANSejak Rafizi Ramli kembali ke arena politik atau keluar gua istilah kerap disebut Najib Razak dan penyokong BN selepas lebi...
Jom Dengar Himpunan Lebai Janji Tak Mahu Join Umno

Jom Dengar Himpunan Lebai Janji Tak Mahu Join Umno

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 158 hits
Sebaliknya Malaysia akan Makmur berdaya saing setanding singapura indonesia brunei new zealand australia turkiye amerika dan eropah jika PM nya DS Anwar Ibrahim inshaAllah you all do watch out my sttmnt as well sdgkan baru 22 bln PH perinta...
A Day After Najib Jailed Pm Ismail Sabri Attends Political Bureau Meeting At Umno Headquarters

A Day After Najib Jailed Pm Ismail Sabri Attends Political Bureau Meeting At Umno Headquarters

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 175 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob is pictured leaving the 2023 Budget Consultation at Ministry of Finance in Putrajaya August 23 2022 Picture by Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR Aug 24 Barely 24 hours after disgraced former prime min...
Umno Leaders Arrive For Political Bureau Meeting

Umno Leaders Arrive For Political Bureau Meeting

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 187 hits
KUALA LUMPUR Top Umno leaders have started to arrive at the party headquarters for its political bureau meeting on Wednesday night to discuss various issues including preparations for the 15th General Election Umno president Datuk Seri Dr A...
Rentasan 1195 Panas Kini Pas Sangat Teruja Mahu Rujuk Kembali Umno

Rentasan 1195 Panas Kini Pas Sangat Teruja Mahu Rujuk Kembali Umno

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 153 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11951 PEMIMPIN ISLAM MESTI BERTANGGUNGJAWAB APA YANG DIKATA 2 PAS KATA NAK UMNO KATA TIDAK 3 SKANDAL LCS SETARA SKANDAL 1MDB
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice