Adakah Syurga Dan Neraka Telah Wujud Sekarang



SOALAN:
Adakah syurga dan neraka telahpun wujud pada masa sekarang? Atau Allah SWT hanya akan menciptakan kedua-duanya setelah terjadinya hari Kiamat?

JAWAPAN:
Imam Abi al-‘Izz al-Hanafi ketika mensyarahkan matan aqidah Imam al-Tohawi menjelaskan bahawa para ulama' Ahlussunnah wal Jamaah telah bersepakat bahawa syurga dan neraka merupakan dua makhluk Allah SWT yang telah diciptakan sebelum Allah SWT menciptakan manusia, dan kedua-duanya telah wujud pada masa sekarang.

Mazhab Muktazilah, Qadariyyah dan Khawarij telah mengingkari hal ini, dan mendakwa bahawa Allah SWT hanya akan menciptakan syurga dan neraka pada hari Kiamat. Hal ini menurut Imam Abi al-‘Izz tidak lain tidak bukan kerana mereka telah menetapkan kaedah-kaedah batil dan memestikan Allah SWT untuk menuruti kaedah tersebut. Bagi mereka, adalah satu perbuatan yang sia-sia untuk Allah SWT menciptakan syurga dan neraka sekarang, sedangkan kedua-duanya hanya akan dihuni setelah manusia diadili pada hari Kiamat. Mereka merupakan golongan musyabbihah yang menyamakan Allah SWT dengan makhluk yang tertakluk dengan prinsip dan kaedah-kaedah tertentu pada apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. (Rujuk: Syarh al-‘Aqidah al-Tohawiyah, hlm. 420)

Imam Ibn Qayyim al-Jawzi juga menyebut hal yang sama, di mana golongan Muktazilah mengumpamakan seperti seorang raja yang membina sebuah rumah dan menyediakan di dalamnya pelbagai jenis makanan, perhiasan dan kelazatan, namun tiada seorangpun yang dibenarkan masuk ke dalamnya dalam satu tempoh yang sangat lama. Hal ini merupakan satu hal yang sia-sia dan tiada hikmah padanya. Imam Ibn Qayyim menyanggah perumpaan seperti ini dan menegaskan Allah SWT tidak boleh sama sekali diumpamakan seperti makhluk.

Hal yang sama turut diulas oleh Ibn Hazm al-Andalusi dan Imam Sa’duddin al-Taftazani ketika beliau mensyarahkan matan Aqidah Imam al-Nasafi. (Rujuk: Hadi al-Arwah ila Bilad al-Afrah hlm. 11; Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal 4/68 dan Syarh al-‘Aqa’id al-Nasafiyyah, hlm. 103)

Adapun dalil-dalil yang menjadi sandaran para ulama' Ahlussunnah cukup banyak, antaranya ialah firman-firman Allah SWT serta hadith-hadith Nabawi:

فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ
“Maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.” (Surah al-Baqarah: 24)

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Ali ‘Imran: 133)

سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَرُسُلِهِ ۚ
“Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya.” (Surah al-Hadid: 21)

Lafaz yang digunakan dalam ayat-atat di atas berbentuk fi’il madhi (فعل ماضي), yang membawa maksud ‘telah disediakan’, dan ini memberi makna bahawa syurga dan neraka telah diciptakan, dan hanya menunggu masa untuk dihuni oleh manusia setelah selesainya proses pengadilan pada hari Kiamat kelak. Begitu juga dengan ayat-ayat berkenaan peristiwa Isra’ Mikraj:

وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ ﴿١٣﴾ عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ ﴿١٤﴾ عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ ﴿١٥﴾
“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, di sisi Sidratul-Muntaha; yang di sisinya terletak syurga Jannah al-Ma’wa.” (Surah al-Najm: 13-15)

Memandangkan peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku dengan roh dan jasad baginda SAW menurut pendapat yang sahih, maka difahami bahawa syurga yang dilihat Baginda itu merupakan syurga yang hakiki, bukan ilusi atau gambaran semata-mata.

Begitu juga dengan hadith Anas bin Malik R.A yang meriwayatkan bahawa suatu hari para sahabat solat bersama Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda:

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْ رَأَيْتُمْ مَا رَأَيْتُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا‏‏‏.‏ قَالُوا وَمَا رَأَيْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ رَأَيْتُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ‏
“Demi Dia yang nyawa Muhammad ada pada Tangan-Nya, jika kalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kalian akan kurang ketawa, dan banyak menangis.” Para sahabat bertanya: “Apakah yang kau lihat itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Aku melihat syurga dan neraka.” [Sahih Muslim (426)]

Selain itu, Imam Ibn Qayyim turut menukilkan satu riwayat marfu’ daripada al-Laits bin Sa’ad:

ما من يوم إلا والجنة والنار يسألان تقول الجنة يا رب قد طاب ثمري واطردت أنهاري واشتقت إلى أوليائي فعجل إلي بأهلي. وتقول النار أشتد حري وبعد قعري وعظم جمري فعجل علي بأهلي".
Tiada satu hari pun berlalu melainkan syurga dan neraka meminta kepada Allah SWT: “Wahai Tuhan, buah-buahan telah masak ranum, sungai-sungai telah dan aku rindu kepada para waliku, maka kau segerakanlah mereka untuk menjadi ahliku (ahli syurga).” Neraka pula berkata: “Apiku makin panas, lantaiku yang paling bawah makin bertambah dalam, dan arangku makin membesar, maka kau segerakanlah ahli neraka memasukiku.” (Rujuk: Hadi al-Arwah ila Bilad al-Afrah, hlm. 20)

Kesimpulan

Tuntasnya, kami nyatakan bahawa syurga dan neraka merupakan makhluk Allah SWT yang telah diciptakan, dan telah wujud pada masa sekarang, dan inilah aqidah Ahlussannah wal Jamaah sebagaimana yang ditegaskan para ulama' sejak zaman berzaman berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah.

Adapun pandangan yang menyatakan bahawa kedua-duanya hanya akan diciptakan pada hari Kiamat, ia merupakan pandangan golongan Muktazilah, Khawarij dan Qadariyyah yang telah ditolak dan disanggah oleh nas-nas Al-Quran, hadith dan hujahan para ulama'.

Wallahua’lam.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/adakah-syurga-dan-neraka-telah-wujud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Ini Gerbang Ke Neraka

Adakah Ini Gerbang Ke Neraka

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 175 hits
Arkeolog Itali mencari Gerbang Neraka di kawasan di Turki bernama Pamukkale Gerbang Neraka ini diduga digunakan oleh masyarakat Yunani dan Rom sebagai tempat ritual persembahan kepada dewa tanah Pengertian Gerbang Neraka pastinya bukan gerb...
Syair Kitab Lama Tahun 565 Hijriah Tentang Peristiwa Sekarang Wallahuaklam

Syair Kitab Lama Tahun 565 Hijriah Tentang Peristiwa Sekarang Wallahuaklam

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 544 hits
ROSLAN MELIIni syair ulamak kita ni bagaimana 1000 tahun yang lampau dia boleh cerita tentang covid19 dengan terperinci dan memang tepat apa yang disebut Terdapat dalam kitab Aza imu Duhur oleh Abi Ali Addabiziri tahun 565 1 Ketika menjelan...
Tahu Tak B40 Tu Gaji Bawah Rm2 360 Dan 4 4 Juta Yang Tengah Sengsara Sekarang

Tahu Tak B40 Tu Gaji Bawah Rm2 360 Dan 4 4 Juta Yang Tengah Sengsara Sekarang

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 552 hits
Kecoh betul media sosial dengan perbahasan antara golongan T20 dengan B40 dan M40 Semuanya gara gara bantuan kerajaan yang didakwa tidak adil hingga ada yang terpaksa mengikat perut Tetapi sebenarnya tahukah anda apa yang dimaksudkan golong...
Sekarang Dah Tak Ada Nyamuk Tidur Lena Ye Adik Comel Mulianya Hati Ustaz Ebit

Sekarang Dah Tak Ada Nyamuk Tidur Lena Ye Adik Comel Mulianya Hati Ustaz Ebit

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 233 hits
Di saat kita semua dapat berada di rumah bersama anak anak dan ahli keluarga lain masih ada lagi insan yang tak bernasib baik dan hanya mampu berteduh di tempat laluan awam hanya beralaskan kotak untuk tidur Pengalaman yang dilalui satu kel...
Guna Kain Lampin Ganti Pampers Anak Itu Lebih Jimat Buat Masa Sekarang Kena Cari Alternatif Bijak

Guna Kain Lampin Ganti Pampers Anak Itu Lebih Jimat Buat Masa Sekarang Kena Cari Alternatif Bijak

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 240 hits
Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan rata rata rakyat Malaysia tiada punca pendapatan bagi yang bekerja gaji harian Ramai yang terkesan dan mula berjimat cermat Namun mungkin ada yang kurang bernasib baik Ketika inilah kita ...
Ikut Tantangan Until Tomorrow Wajah Jodie Idol Beda 180 Derajat Dengan Sekarang

Ikut Tantangan Until Tomorrow Wajah Jodie Idol Beda 180 Derajat Dengan Sekarang

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 199 hits
Brisia Jodie dikenal sebagai salah satu penyanyi yang tengah naik daun Namanya begitu dikenal setelah ia sukses menjadi finalis Indonesian Idol musim ke 9
Ambil Iktibar Keadaan Sekarang

Ambil Iktibar Keadaan Sekarang

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 212 hits
MAT SAMAN KATISelepas dua minggu pergerakan terhad ada banyak yang boleh kita nampak tentang keterjaminan makanan Yang ni mereka yang didalam kerajaan perlu teliti dan perbaiki manakala yang didalam pembangkang juga kena cari jalan penyeles...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene

It Is The Government Not Capitalists That Should Be Allowed Near The Malaysian Healthcare System


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Siapa Berisiko Kenali Faktor Penyakit Buah Pinggang

Sijil Lahir Anak Hilang Ni Cara Mohon Semula Secara Online Di Jpn Mudah

Pelarasan Gaji Opsyen Sspa

Apa Sudah Jadi Madani

Huawei Freebuds Pro 4

Stara Mahu Lebih Ramai Pelajar Sekolah Rendah Fokus Akademik Dari Awal Usia