Taktikal Sahaja Namakan Sulaiman Sebagai Km Melaka Sebenarnya Rauf


AGENDA DAILY
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional menang Pilihan Raya Negeri 20 November ini, bukannya Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang ketika pentadbirannya lah kerajaan UMNO tumbang.
Langkah Barisan Nasional (BM) menamakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri (KM) sekiranya gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November ini hanya strategi politik dan taktikal semata-mata.
Sebaliknya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, adalah individu yang telah dinamakan lebih awal untuk menjadi KM Melaka jika BN menang.
Agenda Daily difahamkan, Ab Rauf yang sebelum ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka adalah individu berkebolehan untuk menggalas tugas itu kerana peranannya dalam pentadbiran negeri sebelum ini.
Beliau juga dikatakan mendapat restu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk diangkat sebagai KM Melaka. Sebab itu, kali ini beliau dicalonkan untuk bertanding.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu Ab Rauf tidak dicalonkan, namun setelah kerajaan Pakatan Harapan Melaka tumbang pada Mac 2020, beliau dilantik sebagai Speaker DUN.
Ab Rauf yang sebelum ini dikatakan kerap memberi tunjuk ajar kepada Sulaiman yang ketika itu menjadi KM, bagaimana untuk mentadbir negeri, mengundang keresahan beberapa Ahli Exco, termasuk Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan, kedua-duanya wakil rakyat UMNO.
Lagi pula Sulaiman tidak disukai beberapa pemimpin atasan UMNO negeri pimpinan Ab Rauf.
Terdahulu, ketika mengumumkan calon KM Melaka hari ini, Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Sulaiman dilihat sebagai pemimpin yang disenangi rakyat Melaka serta bebas daripada sebarang isu.
“Saya harap pentadbiran beliau diterima ramai, beliau tiada isu…Insya-Allah jika diizinkan Allah kita jadikan Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka yang baharu,” kata Mohamad selepas melancarkan manifesto BN, hari ini.
Mengulas mengenai beberapa nama yang sebelum ini turut disebut sebagai calon Ketua Menteri daripada BN, Mohamad, pemimpin-pemimpin berkenaan berpotensi untuk dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri atau meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat.
Apa yang utama, kata Mohamad ialah, kerajaan negeri yang bakal dibentuk lebih stabil dan bebas daripada sebarang ancaman pemimpin yang berpaling tadah.
“Kita mesti ada satu parti teras tubuhkan kerajaan, kalau nak kestabilan politik mesti kita sendiri tubuhkan kerajaan. Kerana kita tak mahu setiap ketika ada orang mengugut dan mengancam untuk tarik sokongan, akhirnya rakyat juga akan susah.
“Saya harap rakyat Melaka pada 20 November ini pilih parti (yang) telah terbukti… kita sudah ada track record yang lama dan bagi kepada satu parti teras (iaitu) BN mentadbir Melaka,” katanya.
Difahamkan, kem penyokong Ab Rauf bagaimanapun tidak terkejut atau kecewa dengan pengumuman itu kerana mereka telah mengetahui lebih awal bahawa bekas Speaker DUN Melaka itu sebenarnya yang akan dilantik sebagai KM Melaka.
Bagi mereka pengumuman itu hanya sebagai taktikal politik sedangkan sebenarnya Ab Rauf lebih layak untuk menerajui pentadbiran negeri, sesuai dengan tugas digalasnya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.
PRN Melaka diadakan setelah berlaku krisis pentadbiran dalam kerajaan negeri pimpinan Sulaiman apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk Idris dan Noor Azman, menarik sokongan.
Dua ADUN lain ialah Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Susulan penarikan sokongan itu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam membubarkan DUN setelah mendapat nasihat Sulaiman dan Ab Rauf. SPR menetapkan 8 November lalu sebagai hari penamaan calon, diikuti 16 November bagi pengundian awal dan 20 November pengundian biasa.
Seramai 112 calon layak bertanding pada PRN Melaka kali ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/taktikal-sahaja-namakan-sulaiman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Diadakan Bukan Salah Umno Jadi Undilah Bn Kata Sulaiman

Prn Melaka Diadakan Bukan Salah Umno Jadi Undilah Bn Kata Sulaiman

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 174 hits
agendaily com16 11 2021Datuk Seri Idris Haron menuduh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengikut telunjuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka sementara Datuk Seri Sulaiman Md Ali tida...
Jangan Beritahu Sesiapa Ab Rauf Tetap Akan Jadi Ketua Menteri Melaka

Jangan Beritahu Sesiapa Ab Rauf Tetap Akan Jadi Ketua Menteri Melaka

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 219 hits
Berikutan Sulaiman Md Ali telah diumumkan secara rasmi sebagai calon Ketua Menteri bagi BN ramai yang bertanya apa jadi kepada Ab Rauf Yusoh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Apakah selepas 20 November nanti andai ditakdirkan B...
Prn Melaka Sulaiman Md Ali Calon Ketua Menteri Bn Mohamad Hasan

Prn Melaka Sulaiman Md Ali Calon Ketua Menteri Bn Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 175 hits
Fareez AzmanDatuk Seri Sulaiman Md Ali dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri pada 20 November ini Gambar fail AYER KEROH Datuk Se...
Walaupun Jadi Punca Banjir Rauf Terus Pertahan Projek Tambakan Laut Di Melaka

Walaupun Jadi Punca Banjir Rauf Terus Pertahan Projek Tambakan Laut Di Melaka

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 225 hits
November 17 2021Pengerusi badan perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh terus mempertahankan projek penambakan laut di perairan Melaka walaupun ia menjadi punca utama masalah banjir di Melaka Menurut laporan Malaysiakini Ab Rauf menegaskan ne...
Pernah Dihalau Kebasahan Di Tengah Rintik Hujan Iqbal Namakan Single Lagu Baru Sebagai Hujan

Pernah Dihalau Kebasahan Di Tengah Rintik Hujan Iqbal Namakan Single Lagu Baru Sebagai Hujan

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 167 hits
Usahawan yang namanya menjadi siulan netizen sejak kebelakangan ini Ahmad Iqbal Zulkefli khabarnya akan muncul dengan single lagu pertama berjudul 8216 Hujan 8217 tidak lama sahaja lagi ARTIKEL BERKAITAN Hormati Saya Sebagai
Pas Ini Parti Kecil Sahaja Di Melaka Dia Punya Sembang Macam Orang Tak Beriman

Pas Ini Parti Kecil Sahaja Di Melaka Dia Punya Sembang Macam Orang Tak Beriman

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 166 hits
Pas kata dia anak dara jadi rebutan di melaka antara PN dan BN kehkehkehhhh W FAUDZIN
Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya

Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 251 hits
BEKAS perdana menteri Najib Razak mungkin masih boleh menarik orang ramai ke mana sahaja beliau pergi tetapi sukar untuk melihat hal ini diterjemahkan sebagai sokongan kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya Melaka kata pengundi dan peme...
Surat Idris Sebagai Km Tersebar Ketika Kempen Prn Melaka Semakin Sengit

Surat Idris Sebagai Km Tersebar Ketika Kempen Prn Melaka Semakin Sengit

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 170 hits
Diterbitkan Nov 9 2021 PRN MELAKA Surat yang dikatakan menunjukkan wakil rakyat Pakatan Harapan mengesyorkan Idris Haron sebagai ketua menteri Melaka telah diedarkan secara tanpa nama kepada beberapa media di tengah tengah kempen pilihan ra...
Yehaaaaa Rauf Ketua Menteri Yang Lain2 Termasuk Sulaiman Md Ali Eloklah Berhenti Bermimpi

Yehaaaaa Rauf Ketua Menteri Yang Lain2 Termasuk Sulaiman Md Ali Eloklah Berhenti Bermimpi

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 219 hits
Setakat ini sekurang kurangnya ada dua berita gembira mengenai PRN Melaka Pertama kenyataan Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah PRN Melaka Mohamad Hasan yang menyatakan hampir 90 peratus calon UMNO yang mewakili BN pada pengundian 20 ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Zus Coffee Ice Green Tea Latte



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


K Speed Strikes Again With A Menacing Honda Dax Caf Racer

Onsen Tamago

Panas Tikam Belakang Cubaan Bekas Pemimpin Ph Hati Hitam

Rebus Ubi Kayu Kena Air Bersih

Cadangan Tambah Baik Gaji Penjawat Awam Diumum 1 Mei Pm

Bupati Sidoarjo Muhdlor Mangkir Dari Pemeriksaan Kpk Ini Alasannya