12 Perkara Isteri Wajib Tahu Berkaitan Harta Jika Suami Meninggal Dunia


Urusan keluarga selepas seseorang meninggal dunia tidak terhenti di perkuburan.
Waris perlu mengetahui tindakan seterusnya bagi menunaikan hak si mati seperti membayar hutang; memenuhi hak anak yatim serta menguruskan harta dengan cara terbaik bagi mengelakkan pertelingkahan sesama ahli keluarga.
Berikut merupakan 12 perkara yang wajib para isteri tahu berkenaan peninggalan arwah suami dikongsikan Majlis Agama Islam Selangor.
1. Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan harta tanpa membuat wasiat atau tanpa menghibahkan hartanya semasa hidup, maka semua harta-harta yang halal yang ditinggalkan adalah merupakan harta pusaka yang akan diwarisi oleh isteri dan waris-waris lain mengikut hukum faraid.
2. Jika suami meninggal dunia meninggalkan anak lelaki, anak perempuan, ibu dan bapa, maka mereka juga adalah waris-waris yang berhak mewarisi harta pusaka arwah suami selain daripada isteri.
3. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan, bapa dan adik-beradik, maka waris yang berhak ke atas harta pusaka arwah suami adalah isteri, anak perempuan dan bapa sahaja. Adik-beradik arwah suami tidak berhak.
4. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan dan adik beradik, maka semua itu adalah merupakan waris-waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.
5. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri, anak perempuan berumur 8 tahun dan anak lelaki berumur 2 hari, maka adik-beradik arwah suami tidak berhak ke atas harta pusaka arwah suami walaupun anak lelaki tersebut baru berumur 2 hari.
6. Jika suami meninggal dunia dan 2 hari sebelum itu telah menceraikan isterinya dengan perceraian secara talaq 1, maka isteri tersebut masih lagi berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya.
7. Jika suami meninggal dunia sebaik sahaja selepas akad nikah dengan isterinya, isterinya tetap berhak ke atas harta pusaka arwah suaminya. 8. Jika suami sebelum meninggal dunia menyatakan mengharamkan harta-hartanya diwarisi oleh isteri dan kemudiannya meninggal dunia, isteri tersebut tetap berhak mewarisi harta pusaka arwah suaminya.
9. Jika suami meninggal dunia meninggalkan harta yang berkongsi bahagian dengan isteri, bahagian yang dimiliki oleh arwah suami merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris termasuk isteri mengikut hukum faraid.
10. Jika suami meninggal dunia meninggalkan isteri sebagai penama kepada simpanan KWSP, Tabung Haji, Takaful atau seumpamanya, maka isteri hendaklah bertindak sebagai pentadbir untuk membahagikan wang-wang tersebut kepada dirinya dan waris-waris lain yang berhak mengikut hukum faraid.
11. Jika suami meninggal dunia namun harta yang ditinggalkan merupakan harta yang dipinjam, harta yang diamanahkan, harta yang telah diwakafkan, harta yang telah dihibahkan atau harta yang telah dijual, harta-harta tersebut bukan merupakan harta pusaka yang layak diwarisi oleh isteri.
12. Harta pusaka arwah suami yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan isteri boleh dituntut oleh isteri sebagai harta sepencarian melalui Mahkamah Syariah.
Untuk lebih mudah, uruskan harta anda di Majlis Agama Islam Selangor, layari www.mais.gov.my
P/S: Jom sebarkan. Penting untuk pengetahuan semua terutamanya para isteri.
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
The post 12 Perkara Isteri Wajib Tahu Berkaitan Harta Jika Suami Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/26/12-perkara-isteri-wajib-tahu-berkaitan-harta-jika-suami-meninggal-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelakon Ashraf Sinclair Suami Bunga Citra Lestari Meninggal Dunia

Pelakon Ashraf Sinclair Suami Bunga Citra Lestari Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 736 hits
Pelakon Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung menurut Kompas com Suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari itu disahkan menghembuskan nafas terakhir hari ini melalui pesanan aplikasi WhatsApp oleh pengurus penya...
Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta Tapi Hutang Perlukah Dibahagi Ikut Faraid Ini Jawapan Mufti Wp

Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta Tapi Hutang Perlukah Dibahagi Ikut Faraid Ini Jawapan Mufti Wp

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 554 hits
Meninggal Dunia Tak Tinggalkan Harta Tapi Hutang Perlukah Dibahagi Ikut Faraid Ini Jawapan Mufti WP Bila kita sentuh bab harta pusaka mungkin ramai waris yang dah mula celik mata dan tahu selok belok hukum faraid demi mempertahankan hak mas...
Ini Penyebab Suami Bcl Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Ini Penyebab Suami Bcl Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 331 hits
Suami penyanyi sekaligus aktris Bunga Citra Lestari atau BCL Ashraf Sinclair meninggal dunia pada Selasa hari ini Kabar meninggalnya Ashraf dibenarkan oleh manajer BCL Doddy Iya ujar Doddy via pesan WhatsApp Selasa dilansir Kompas com Doddy...
Wahai Isteri Buat Lima Perkara Ini Agar Rezeki Suami Bertambah

Wahai Isteri Buat Lima Perkara Ini Agar Rezeki Suami Bertambah

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 351 hits
Gambar HiasanPerkahwinan itu sememangnya sunnah Rasulullah SAW Bagi yang sudah menjalankannya kamu sudah melengkapi separuh iman yang ada di dalam dirimu Tentu saja sunnah yang dijalankan akan mendapatkan pahala dari Allah SWT Hakikatnya ke...
Aura Love Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri

Aura Love Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 718 hits
Aura Love Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri Salam Bila di alam perkahwinan ni benda paling utama ialah kasih sayang yang berpanjangan Sebab bila kita dah berkahwin dengan pasangan kita maka selama lamanya jugalah kita nak menghadap pasanga...
Mufti Wp Jelaskan Hukum Isteri Iringi Jenazah Suami Ke Kubur

Mufti Wp Jelaskan Hukum Isteri Iringi Jenazah Suami Ke Kubur

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 596 hits
Kematian ahli keluarga yang tercinta semestinya merupakan satu perkara yang sangat menyedihkan Seperti seorang isteri yang kehilangan suaminya perasaan tersebut sudah pasti akan memberi kesan mendalam kepada seseorang Segala kenangan manis ...
Isteri Masih Terima Jambangan Bunga Walau Jasad Suami Telah Hancur Di Mamah Bumi

Isteri Masih Terima Jambangan Bunga Walau Jasad Suami Telah Hancur Di Mamah Bumi

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 409 hits
Walaupun jasadnya sudah lapan tahun terkubur namun cinta dan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi sebagai seorang suami tetap diterjemah tanpa batasan buat seorang wanita bergelar isteri yang amat dikasihinya Rich Cox tetap menghantar...
Buat Kerja Rumah Bersama Perkahwinan Harmoni Isteri Ini Kongsikan Caranya Suami

Buat Kerja Rumah Bersama Perkahwinan Harmoni Isteri Ini Kongsikan Caranya Suami

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 348 hits
Hidup berumah tangga haruslah saling membantu dan memahami Adalah lebih baik jika kerja rumah dapat dibuat bersama sama untuk meringkan beban si isteri Emosi isteri stabil suami juga yang dapat untung Di dalam perkongsian seorang isteri bel...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025