Adakah Solatku Dapat Mencegah Dari Melakukan Keburukan



Umum mengetahui, ibadah solat merupakan rukun Islam yang utama setelah 2 kalimah syahadah. Pengertian solat dari sudut syarak bermaksud, solat itu merupakan beberapa ucapan atau perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan untuk beribadah kepada Allah dengan menurut segala syarat/rukun yang telah ditentukan.
Apakah Tujuan Anda Mendirikan Solat?
Tujuan mendrikan solat adalah untuk manusia sebagai hamba mengingati Allah selaku pencipta. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
“ Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKU!”
Surah Taha : 14
Perhatikanlah penganut agama lain, mereka hanya mengingati tuhan mereka pada setiap hari ahad sahaja, berbeza dengan orang Islam yang wajib mendirikan solat 5 kali sehari untuk mengabdikan diri kepada Allah. Benarlah, hanya Islam agama yang diktiraf oleh Allah S.W.T.
Diantara manfaat solat adalah untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dengan kata mudah, solat itu mampu menghalang seseorang melakukan kesalahan dan dosa. Firman Allah S.W.T dalam Al Quran yang bermaksud;
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”
Surah Al Ankabut : 45
Tetapi, kita lihat pada hari ini, ramai manusia yang solat, namun pada masa yang sama mereka tetap juga melakukan kemungkaran. Contohnya seperti tidak menutup aurat dengan sempurna, mengumpat, memfitnah, melakukan maksiat dan mencuri.
Walaupun kemungkaran itu kelihatan biasa, tetapi setiap daripada itu tetap diiringi dengan dosa. Lalu, mengapa ini boleh terjadi sedangkan Allah menegaskan dalam Al Quran bahawa solat itu mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar?
Adakah maksud Allah itu sekadar ditujukan kepada para nabi dan rasul semata? Jawapannya, tidak bukan begitu.
Percayalah. Semua yang dikatakan atau dijanjikan oleh Allah itu pastinya benar. Tidak akan ada satu pun kesilapan dalam penilaian Allah S.W.T.
Jika seorang manusia itu sudah melaksanakan solat tetapi masih tidak mampu meninggalkan perkara keji dan mungkar, maka ianya berpunca daripada diri manusia itu sendiri. Salah satu sebab utamanya adalah, kerana solat yang didirikan adalah tidak sempurna.

Bagaimana Menyempurnakan Solat?
Diriwayatkan daripada Hatim Al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab;
“Ketika tiba solat, ku sempurnakan wudukku. Aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu, aku dirikan solat. Aku jadikan Kaabah di depan mataku, sirat dibawah tapak kakiku, syurga dikananku, neraka dikiriku, malaikat maut dibelakangku, dan kukira itu solatku yang terakhir. Kemudian, aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu, apakah solatku itu diterima ataupun tidak.”
Kitab Imam Al Ghazali dari terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub
Mari sama-sama kita perhatikan solat kita. Solat anak-anak kita. Ahli keluarga kita. Apakah selama ini, solat yang didirikan itu cukup sempurna untuk dihadiahkan kepada Ilahi? Ataupun sekadar solat kerana ianya wajib dilaksanakan atas tuntutan sebagai orang yang beragama islam semata?
Cuba buat satu checklist. Sempurna atau tidak wuduk kita? Tahu atau tidak tentang rukun solat? Sudah betul dan lancarkah membaca Surah Al Fatihah?
Lakukan atau tidak perkara sunat dalam solat? Faham atau tidak maksud bacaan dalam solat? Bagaimana pula halnya dengan tomaqninah? Sempurna atau tergesa-gesa?
Walaupun solat itu dilakukan sebanyak 5 kali sehari, yakinkah kita bahawa solat itu diterima Allah S.W.T? Sedangkan usai solat saja, kita sudah berani mengumpat orang lain.
“Eh, si Kamal tu. Bukannya sakit teruk. Tu baru terseliuh kaki pun dah tak datang masjid. Padahal boleh saja berjalan. Masjid pun bukannya jauh sangat! Pemalas betul dia tu.”
Dan beberapa orang jemaah yang mendengar semuanya mengangguk setuju. Percakapan sudah sebegitu, belum sempat melangkah keluar dari masjid. Kaki pun masih lagi melekat di lantai masjid.
MasyaAllah, inilah yang dikatakan solat tetapi sia-sia. Bukan setakat itu, malah dijanjikan pula neraka oleh Allah S.W.T! Buktinya, Allah berfirman yang bermaksud;
“Orang mendirikan solat diancam dengan neraka Wail, bagi yang melupakan tujuan solatnya, mereka solat hanya semata kerana manusia (riak) dan enggan membantu orang lain, yakni dengan solat yang tidak mampu mengubah sifat buruknya.”
Surah Al- Ma’un : 4-7
Wahai manusia! peliharalah solat. Perbaikilah solat. Kerana dengan solat yang khusyuk dan sempurna barulah solat itu dapat mencegah dirimu daripada melakukan hal keji dan mungkar.
Perbanyakkan menghadiri majlis ilmu yang mengajar tentang fekah, dalamilah ilmu agama dengan sebaiknya supaya boleh membersihkan hati dan ilmu yang dipelajari boleh diterapkan dalam diri sendiri,keluarga serta dalam kehidupan seharian.
Cubalah solat dengan seikhlas hati. Perhatikan bacaan, biasakan diri melakukan perkara sunat dalam solat, bacalah sambil menghayati maknanya sekali.
InsyaAllah kita akan dapati, bahawa kita tiada masa untuk mengingati perkara lain selain daripada Allah sahaja.
Berusahalah sedaya upaya untuk perbaiki solat kita dari semasa ke semasa. Sama ada Allah menerimanya ataupun tidak, bukanlah itu menjadi urusan kita. Yang paling penting, kita sudah pun melaksanakan perintah Allah dengan sesempurna mungkin.
 
Sumber: Tazkirah.net 
The post Adakah Solatku Dapat Mencegah Dari Melakukan Keburukan? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/adakah-solatku-dapat-mencegah-dari-melakukan-keburukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencegah Lebih Baik Dari Merawat Gunakan Carrie Mozzibuster Untuk Anak Anda

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat Gunakan Carrie Mozzibuster Untuk Anak Anda

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 431 hits
Assalamualaikum Dan Selamat Tengahari Hai reader semua Wabak Denggi sering menular di Malaysia sebagai penduduk di Taman Perumahan kena harus waspada dengan kebersihan kawasan persekitaran rumah Nyamuk aedes senang membiak di tempat tempat ...
Adakah Masih Ramai Guru Besar Dan Pengetua Ingkar Arahan Tiada Aktiviti Pada Sabtu Pertama Ketiga Kelima

Adakah Masih Ramai Guru Besar Dan Pengetua Ingkar Arahan Tiada Aktiviti Pada Sabtu Pertama Ketiga Kelima

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 351 hits
Bila bercakap tentang perkara ini rasanya masih ramai yang tidak tahu mengenai Surat Pekeliling Ikhtisas Pelaksanaan 5 Hari Bekerja Seminggu ini Ianya bukan perkara baru tetapi masih ramai yang lupa atau tidak pernah tahu mengenainya diseba...
Cara Mencegah Dan Mengatasi Kacer Yang Mbagong Turun Tangkringan Saat Lomba

Cara Mencegah Dan Mengatasi Kacer Yang Mbagong Turun Tangkringan Saat Lomba

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 419 hits
Cara mencegah dan menagatasi kacer yang mbagong adalah cara yang banyak dicari oleh kacer mania Pasalnya seekor kacer umumnya akan selalu mengeluarkan perilaku mbagong apalagi jika Ia sedang stres atau karena sakit Nah dengan alasan itulah ...
Mencegah Dan Mengatasi Kebotakan Pada Kacer

Mencegah Dan Mengatasi Kebotakan Pada Kacer

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 306 hits
Sudah bukan lagi menjadi rahasia umum bila seekor Kacer akan memiliki bulu yang lebih indah saat Ia sudah melewati masa mabung Masa mabung sendiri adalah masa dimana seekor burung berganti dari bulu yang lama ke bulu mereka yang baru Akan t...
Cara Mencegah Kulit Muka Berminyak

Cara Mencegah Kulit Muka Berminyak

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 442 hits
Salam cinta semua Hari berganti hari dan kita semakin sibuk dengan urusan peribadi yang menyebabkan kita kurang peka dengan kesihatan kulit muka kita Kadang kadang kita juga tidak sedar bahawa kulit muka kita sering berminyak Mungkin ada ya...
Cara Mudah Dan Murah Untuk Mencegah Serangan Jantung

Cara Mudah Dan Murah Untuk Mencegah Serangan Jantung

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 364 hits
Menurut seranganjantung org serangan jantung terjadi apabila darah berhenti mengalir Apabila darah berhenti mengalir jantung akan jadi rosak dan boleh mengakibatkan kematian Seseorang yang menderita serangan jantung akan merasa sakit pada b...
Play Your Role Be A Safe Driver Adakah Kita Pemandu Yang Bagus

Play Your Role Be A Safe Driver Adakah Kita Pemandu Yang Bagus

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 315 hits
Assalamualaikum ualls hari ni daku nak ajak ualls cerita tentang topik kereta Eh kereta Kenapa kereta Takde pe cumanya tetiba teringat pengalaman sepanjang daku menjadi pemandu berhemah yang penuh gemalai dan lembut lembut bagaikan wanita m...
Hapus Tol Adakah Rakyat Boleh Henti Bermimpi

Hapus Tol Adakah Rakyat Boleh Henti Bermimpi

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 338 hits
Siti Nursyahidah Abu Bakar KUALA LUMPUR Isu penghapusan tol seperti dijanjikan dalam manifesto PH sekali lagi dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini Kali ini Ahmad Fadhli Shaari dalam soalan tambahannya di sesi pertanyaan menteri bertanya sa...
Adakah Ini Nasihat Tun M Kepada Pm S Pore

Adakah Ini Nasihat Tun M Kepada Pm S Pore

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 242 hits
Secara logiknya Tun M lah yang patut pergi ke Singapura mengunjungi Lee Hsien Loong untuk pembatalan projek HSR Tetapi terbalik 10 hari selepas PRU 14 PM Singapura melawat Tun dan pada 28 Mei projek HSR dibatalkan Apakah agaknya 7 nasihat y...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It