Sikap Ibu Bapa Punca Kanak Kanak Berpelesiran Meningkat


Aqila Saban tahun, purata 100 kes berjaya diselamatkan oleh pihak JKM

PUTRAJAYA – Isu lepak dan berpelesiran yang melibatkan kanak-kanak di negara ini dilihat tidak berkesudahan, malah ia sering dikaitkan dengan pelbagai permasalahan termasuk menunggang basikal lasak yang dikategorikan sebagai bahaya dan sukar diambil tindakan dari segi undang-undang

Saban tahun, purata 100 kes kanak-kanak berpelesiran berjaya diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sekali gus menunjukkan langkah proaktif diambil bagi membendung nasib kanak-kanak ini agar terus terbela

Menerusi temu bual eksklusif wartawan Bernama, Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Arfan Sulaiman mengupas isu kanak-kanak melepak dan berpelesiran dengan lebih mendalam

BERNAMA: Dengan kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh JKM, boleh huraikan faktor utama penyebab kanak-kanak ini berpelesiran

ARFAN: Saya percaya, isu ini berlaku disebabkan pelbagai faktor dan paling menonjol adalah ibu bapa terlalu percaya dan mengambil mudah apabila anak mereka berada di luar. Ini dapat dapat dilihat apabila saban tahun lebih 100 aduan diterima mengenai kanak-kanak ini berpelesiran dan JKM sentiasa tampil dengan pelbagai kaedah untuk membantu dan menyelamatkan kanak-kanak ini

Melalui pemerhatian kami juga, tidak dinafikan sikap ibu bapa yang ambil mudah serta terlalu mempercayai anak mereka menyebabkan kanak-kanak ini ‘berani’ berpelesiran sehingga lewat malam

Tidak terkecuali apabila ibu bapa menganggap kawasan perumahan yang didiami selamat serta umur anak yang berusia sembilan hingga 15 tahun adalah sudah besar juga mendorong kanak-kanak ini berada di luar rumah tanpa pengawasan yang sewajarnya

Kami melihat trend ini amat membimbangkan walaupun secara purata ia hanya 100 kes setahun yang dilaporkan. Jadi bagaimana dengan yang tidak dilaporkan

Bagaimanapun, melihat jumlah aduan yang diterima kita dapat simpulkan masyarakat semakin berani membuat aduan terutama di Talian Kasih 15999. Ini secara tidak langsung menunjukkan sensitiviti masyarakat terhadap kes melibatkan kanak-kanak semakin meningkat

BERNAMA: Ada ibu bapa yang terlalu percayakan anak-anak mereka dan disebabkan itu mendorong ‘membenarkan’ anak mereka berpelesiran hingga dinihari. Adakah ini boleh dianggap kecuaian

ARFAN: Kita tidak boleh menyamaratakan kerana setiap kes berbeza daripada pelbagai faktor. Sebagai contoh, anak memberitahu pergi tuisyen atau ada kelas tambahan dan sudah tentu ibu bapa percaya

Begitu juga dengan keadaan sosioekonomi sesebuah keluarga yang ‘memaksa’ ibu bapa meletakkan kepercayaan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, ada ibu bapa yang terpaksa bekerja syif dan tiada kemampuan menyediakan pembantu rumah atau penjaga. Jadi mahu tidak mahu, mereka terpaksa ‘membiarkan’ anak menjaga diri sendiri

Jika ada yang mendakwa faktor saiz rumah yang kecil membuatkan kanak-kanak itu tidak selesa berada di rumah, ia juga tidak tepat kerana ada kes berpelesiran yang membabitkan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan mewah

Bagaimanapun, jika terdapat aduan terutama daripada jiran terdekat kami akan siasat dan lakukan yang terbaik untuk membantu mencari jalan penyelesaian. Kita juga percaya, peranan ibu bapa dalam proses mendidik dan mencegah itu lebih penting dalam mengekang anak-anak daripada berpelesiran

BERNAMA: Isu kanak-kanak berpelesiran/ lepak ini juga sering dikaitkan dengan aktiviti basikal lajak. Apa pandangan pihak tuan

ARFAN: Persoalan paling penting di sini adalah siapa yang sediakan basikal, dan jika diubah suai siapa yang membenarkannya? Bagi saya, jika pencegahan awal oleh ibu bapa sudah diambil, sudah tentu aktiviti basikal lajak ini dapat dikekang

BERNAMA: Selain daripada cadangan peraturan ‘waktu perintah berkurung’, apakah antara solusi lain yang boleh diguna pakai dalam usaha mengekang kanak-kanak ini daripada berpelesiran, sekali gus mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko keselamatan

Azrul Hakimie, [04.03.20 09:23] ARFAN: Saya kira, usaha terbaik adalah membudayakan semula ‘jaga tepi kain orang’ yang selama ini diketepikan atas pelbagai alasan. Saya percaya, jiran adalah jaringan sokongan yang perlu diperkukuhkan terutama di kejiranan yang mempunyai kes-kes kanak-kanak berpelesiran ini

Di samping itu, kefungsian ibu bapa juga perlu diberi perhatian. Maksud saya, sistem kekeluargaan yang kondusif perlu diwujudkan seperti kemahiran menguruskan rumah tangga dan ini secara tidak langsung mengurangkan kebarangkalian anak-anak berpelesiran

Di samping itu, ibu bapa juga perlu belajar menerima hakikat jika anak mereka bermasalah termasuk suka berpelesiran. Terima teguran yang diberikan oleh jiran kerana mereka mungkin mata dan telinga keselamatan anak anda ketika anda tiada di rumah

BERNAMA: Difahamkan, JKM sendiri mempunyai pasukan khas untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial, terutama yang melibatkan kanak-kanak. Boleh terangkan lebih lanjut mengenai pasukan ini

ARFAN: JKM telah menubuhkan Pasukan Pelindungan Kanak-kanak yang mempunyai 132 Pelindung Kanak-kanak dan 149 Pusat Aktiviti Kanak-kanak. Mereka ini terdiri daripada masyarakat atau individu di kawasan penempatan yang kami pilih dan akan menggerakkan pelbagai program atau mengambil tahu isu-isu yang berlaku di kawasan mereka

Penubuhan pasukan ini difokuskan di kawasan yang kadar jenayah kanak-kanak tinggi, kawasan berkepadatan tinggi atau kawasan yang mempunyai masalah sosial yang tinggi

Kami tubuhkan pasukan ini bagi mengekang kecenderungan perilaku kanak-kanak ke arah negatif dengan mengadakan aktiviti yang bergantung kepada keperluan tempat atau lokasi

Selain itu, dalam akta kanak-kanak sendiri, JKM mempunyai peranan iaitu pegawai kami diwartakan sebagai Pelindung/Pegawai Akhlak. Ini bermaksud, Pelindung/Pegawai Akhlak yang diberi kuasa ini menyelamat kanak-kanak bagi kes melibatkan pengabaian kanak-kanak, pembuangan bayi malah berpelesiran

Namun dalam menjalankan fungsi itu, JKM mempunyai garis panduan dan tertakluk kepada akta dan kategori kanak-kanak yang perlu diselamatkan.-Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/sikap-ibu-bapa-punca-kanak-kanak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Palestin Derita Kanser Berseorangan Ibu Bapa Dihalang Israel Untuk Melawat

Kanak Kanak Palestin Derita Kanser Berseorangan Ibu Bapa Dihalang Israel Untuk Melawat

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 254 hits
Baru baru ini Ohmedia melihat satu posting yang dibuat oleh seorang pengguna yousefslym di Twitter mengenai seorang kanak kanak perempuan Miral Abu Amsha berusia 10 tahun meninggal dunia akibat kanser leukimia tanpa kehadiran ibu bapa di si...
Sekolah Sikap Ibu Bapa Dulu Sekarang

Sekolah Sikap Ibu Bapa Dulu Sekarang

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 619 hits
Master bercerita kepada Tedi Sikap ibu bapa terhadap guru amat berbeza jika dibandingkan dulu dan sekarang Apa yang bezanya master Dulu ibu bapa ajar anak hormati guru Jika guru menghukum anak mereka siaplah pelajar itu jika ibu bapa mereka...
Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak

Kesalahan Yang Kerap Dibuat Oleh Ibu Bapa Dalam Menidurkan Anak

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 200 hits
Pada mereka yang sudah bergelar ibu bapa pengetahuan tentang menjaga dan mendidik anda hendaklah dipelajari dan jangan melakukan semua itu sesuka hati jika tidak mahu kesan buruk yang akan anda rasai bila mereka sudah besar Kesalahan Yang K...
Jenis Tekanan Yang Ada Pada Anak Anak Anda Yang Perlu Setiap Ibu Bapa Tahu

Jenis Tekanan Yang Ada Pada Anak Anak Anda Yang Perlu Setiap Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 260 hits
Mungkin anda hanya berfikir masalah stress hanya akan berlaku pada orang dewasa sahaja Tahukah anda gejala stres juga boleh mempengaruhi kanak kanak juga tanpa anda sedari Mungkin masalah seperti ini jarang sekali kita dengar dan berlaku Je...
Tiktok Kini Membolehkan Ibu Bapa Menetapkan Had Masa Penggunaan Untuk Anak Anak

Tiktok Kini Membolehkan Ibu Bapa Menetapkan Had Masa Penggunaan Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 551 hits
https ift tt eA8V8J Dengan perkembangan arena media sosial salah satu perkara yang sering menjadi kerisauan ramai pihak adalah berkaitan dengan masa lama yang dihabiskan untuk melayari media sosial dan internet Untuk mengatasinya sejumlah p...
Pastikan Rezeki Ibu Bapa Terima Benar Benar Berkat Barulah Anak Tak Keras Hati

Pastikan Rezeki Ibu Bapa Terima Benar Benar Berkat Barulah Anak Tak Keras Hati

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 383 hits
Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibu bapa Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika merek...
Kalau Mahu Hidup Bahagia Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri

Kalau Mahu Hidup Bahagia Janganlah Duduk Rumah Mertua Atau Rumah Ibu Bapa Sendiri

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 390 hits
Sekarang aku mahu ceritakan kisah aku sedikit Selepas berkawan dengan teman lelaki aku selama setahun dia ajak aku kahwin Perkara pertama yang aku tanya adalah mahu tinggal di mana nanti selepas berkahwin Aku tidak ada masa untuk bermanja m...
Hukum Isteri Melawat Ibu Bapa Tanpa Izin Suami

Hukum Isteri Melawat Ibu Bapa Tanpa Izin Suami

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 336 hits
Salah satu bentuk taat kepada suami adalah perlu meminta izin ke atas setiap perkara yang ingin dilakukan Jika ingin keluar rumah ingin melakukan puasa sunat dan juga untuk keluar negeri disebabkan urusan kerja maka wajib ke atas seseorang ...
Ada Ibu Bapa Berilmu Tetapi Tidak Beradab 9896

Ada Ibu Bapa Berilmu Tetapi Tidak Beradab 9896

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 840 hits
Pentingnya beradab baharulah layan berilmu Akan rosak ilmu bila membelakangi adab Pengarah Pendidikan Bagi Mesej Pedas Buat Ibubapa Mesej dari Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MalaysiaPesanan untuk semua ibu bapa Cikgu juga adalah ibu bap...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke